JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, April 6, 2011

SEBUAH CINTA GEMURUH

Sebenarnya sy nak sambung cerita sy pada petang semalam tapi broadband sy dah expired, lupa nak top up sebab selalu asyik guna WIFI aje, tak sedar …terpaksalah sy habiskan cerita tu pagi ni....
Selepas kawan sy ni terkantoi dengan cleaner yang telah memerhatikan gelagat kawan sy ni bercakap sorang2 dengan cermin di toilet, maka semakin gemuruhlah dia ditambahkan dengan malu kerana diperhatikan. Tapi nak tak nak, dia terpaksa keluar jugak daripada toilet itu kerana kawan perempuannya sedang menunggu di meja makan…so perbualan diorang  lebihkurang macam nilah ( seperti yang diberitahu kawan sy kepada sy..mungkin ada sedikit perbezaan kerana sy tidak berapa ingat semuanya )
Selepas kawan sy ni duduk di meja, makanan telah pun terhidang dan mereka pun makan sambil kawan sy mencari masa yang sesuai. Dalam beberapa suap selepas tu kawan sy pun memulakan misi bicaranya.
“Errr Shikin ( nama kawan perempuan dia ) Sebenarnya I ada nak beritahu you something, tapi I harap you jangan marah ye” Kawan sy memulakan perbualan
“Marah? Buat apa I nak marah asalkan you jangan buat dan cakap yang bukan2 sudahlah” Shikin pun tertanya2 apakah yang ingin disampaikan oleh kawan sy tu…belum sempat kawan sy nak bercakap,
“You tahu tak si Razman tu hari ni asyik buat kelakar je, cerita itulah cerita inilah…his very funny person kan?” tanya Shikin kepada kawan sy. Razman tu office mate Shikin kalau you all nak tahu..ahaksss.
“Errr ye ke..ahhh ahhh memang kelakar. Tengok muka pun dah tahu. You suka kat dia ke?” tiba-tiba itu pulak yang di tanya oleh kawan sy kepada Shikin.
“Apa you merepek ni, I kalau boleh nak single lagi ok. Tak naklah couple2 ni, nanti kena ada commitment sana commitment sini..Susah I nak buat apa yang I suka..mesti you fahamkan sebab you yang paling rapat dengan I. Errr tadi you ada nak cakap something pada I, apa dia?”
“Err..errr…Sebenarnya I …Sebenarnya..Macam mana I nak cakap ehh? Errr I ni kan suka kat you… I mean I really2 sukakan you…” terkeluar jugak apa yang kawan sy ingin sampaikan kepada Shikin.
“Is  a joke right? You pun nak jadi kelakar macam Razman…hahahaha, very funny.” Shikin ketawa terdekah-dekah sambil kawan sy ni pulak meng’ya’ kan saja kata2 Shikin tu dan dia jugak join ketawa tapi dengan mata yang berair... Malam itu kawan sy makan tanpa rasa gemuruh, sama jugak seperti malam2 yang lain…kerana apa yang ingin disampaikannya tidak kesampaian….
Apa terjadi kepada mereka sekarang? Shikin sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Kawan sy masih lagi membujang tapi baru saja mula berdating dengan seseorang. Dia dah 3 kali putus cinta…errr sy tak pastilah cinta atau apa tapi katanya dah 3 kali break off. Razman? Sy tak pasti dimana dia berada kerana dia telah berhenti kerja. So itulah ceritanya……

9 comments:

  1. wahhh .. . sangat MENARIK ini cerita. . hehehe . . :)

    ReplyDelete
  2. Laa... Tak menjadi la pulak. Takpe... Bunga bukan sekuntum :)

    ReplyDelete
  3. cinta...buat xreti kalau belum temui tapi kalau sudah jumpe, jaga, macam pokok dibubuh baja...baja bukan racun serangga.

    ReplyDelete
  4. cik michiko - menarik, tertarik kau memang the boom..

    Siti Radz - ye betulll..gemuruh punya pasal sampai semua yang nak cakap selalu tak jadi.

    kak ct - patutlah kebun kak ct menjadi, rupanya guna baja ye...

    ReplyDelete
  5. ala ! kenape dye x kawen ngn shikin tu ? kesian die.. huhu.. len diharap, len menjadi ..

    ReplyDelete
  6. hehehe . . . dah lame tak dengar lagu tuh . . nyanyi siket . . hehehehe

    ReplyDelete
  7. Jeely jelly - Kalau yana nak tahu, dia memang macam tu..bukan setakat masa bercinta je, masa biasa2 pun dia cepat gemuruh...

    Cik michiko - kejap ehhh, tgk cuaca ok ke tidak, nnt hujan pulak kalau sy nyanyi...

    ReplyDelete
  8. a'ah...hape ingat berkebun guna air lioq aje ke? makin susut poket. tapi hairan... badan kalau tak kontrol...montel (montok & comel).

    gelak besar.

    lambat nak tunggu kamu puji. puji diri sendiri puas hati.

    ReplyDelete
  9. Suka xsemestinya memiliki... Memang die xde jodoh ngan shikin 2 kottt... Tp, at least die berani nk ckp kt Shikin 2... Wlaupn bgi shikin it's just a joke... Nice try!!!!

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails