Tuesday, June 9, 2015

MAIN KAHWIN-KAHWIN, KAHWIN MAIN-MAIN

Ehsan Google
Teringat masa zaman kecik2 dulu.. masa sy dok kat flat tempat arwah ayah sy bekerja. Bila musim cuti sekolah je pasti riuh rendah flat tu dengan jerit pekik budak2 yang keluar bermain tak kira apa jenis permainan... (masa tu belum ada game2 pakai handphone lagi) Daripada main guli, galah panjang, teng-teng sehinggalah pada permainan main kahwin-kahwin. Biasanya budak2 bila kita selalu kenengkan si dia dengan si dia...so diorang nilah yang jadi mangsa kena di'kahwin'kan...ahaksss. Kadang2 tu terbawak2 sampai ke jinjang pelamin pun ada... kalau dah jodohlah katakan......
Bila dah dewasa ni dan bila terlihat ramai pasangan2 muda yang bercerai dalam usia perkahwinan tak sampai setahun dua... terfikir pulak akan permainan kahwin2 dulu. Kalau zaman budak2 semua tu hanyalah satu permainan aje..tak ada istilah tanggungjawab, masalah, kerja dan macam2 lagi.. Takkan alam perkahwinan dewasa pun nak disamakan macam permainan kahwin2 masa zaman budak2 dulu? Mungkin ada benarnya jugak bezanya perkahwinan zaman ibubapa kita... Bila mereka rasa dapat memikul tanggungjawab, barulah berkahwin, barulah bercinta... Sedangkan masa sekarang, kita bercinta dahulu, kemudian berkahwin baru memikirkan tanggungjawab... ahakksss. Tu belum lagi bercinta dahulu, berkahwin sebab terpaksa bertanggungjawab...aduhaiii.    

Monday, June 8, 2015

RAMADHAN SEMAKIN DEKAT

Minggu depan bermulalah bulan puasa atau bulan Ramadhan yang mulia... kejap je kan. Kebiasaannya bagi mereka yang ketara... minggu pertama tu terasa lah sangat, nak2 budak2 yang baru nak belajar berpuasa atau orang dewasa yang susah nak puasa..ahaksss. Bagi mereka yang dah biasa buat puasa sunat pasti tidak mendatangkan apa2 masalah... 
Apa2 pun yang paling penting disamping kita memenuhi tuntutan agama untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, perlu jugak kita isi kan sebanyak mungkin kerana bulan Ramadhan inilah penuh dengan pelbagai ganjaran2 yang di janjikan Allah disamping membuat amal jariah dan lain2 lagi. Terlalu banyak menafaatnya.... 
Disamping kita mengawal nafsu tidak kira dari apa segi deria, juga mengawal nafsu berbelanja dan boros dalam membeli makanan berbuka puasa mahupun ketika menyambut Hariraya nanti.. opsss cepat nya pulak ... 

Friday, June 5, 2015

DIA.. SUAMI LUAR BIASA

Pasti ada di antara anda sedang mengikuti slot Akasia "Dia... Isteri Luar Biasa" yang sedang di tayangkan di TV3 pada jam 6.55 petang dari hari Isnin hingga Khamis... Sy pun kadang2 mengikuti cerita tu kalau berkesempatan balik awal. Cuma bila kita dah start mengikuti cerita yang bersiri ni pasti nya akan terus mengikuti hingga tamat cerita.. sebab tu kadang2 sy lebih suka tengok cerita yang tak bersiri...ahakssss.
Jadi, oleh sebab dah 'terlanjur' mengikuti cerita "Dia... Isteri Luar Biasa" ni, setakat ni memang menarik dan penuh dramatik apalagi dengan kehadiran Kak Long Raden tu yang laser dan over. Buat masa ni sy belum nampak lagi keluarbiasaan si isteri..ahakkss. Yang sy lebih nampak adalah kesabaran dan kasihsayang yang ditunjukkan oleh Dr Raden kepada isterinya.. rintangan yang datang dari Kak Longnya dan jugak dari isterinya sendiri namun dia tetap sabar dan tidak melenting... Emm tak tahulah lepas ni...ahaksss.
Apa2pun, bagi yang sedang mengikuti teruskanlah. Bagi yang belum... cuba try test tengok cerita ni.

Wednesday, June 3, 2015

BILA ADA PIHAK KE TIGA

Ehsan Google
Minggu lepas sy terima whatsapp daripada salah seorang kawan baik sy dari JB. Katanya perlukan bantuan sangat2. Selama ni jarang sekali atau rasanya tak pernah pun dia meminta bantuan sy tapi bunyinya macam penting. So sy tanyalah apa yang boleh sy bantu. Dia pun menceritakan serba sedikit tentang masalah yang melanda adik dia yang berada di KL. Oleh kerana adik dia masih muda, maka kawan sy ni meminta sy menolong mana yang boleh dalam membantu kes adik dia yang dipukul suami walaupun baru kahwin tak sampai setahun. 
Dipendekkan cerita kes diorang selesai dengan mahkamah mengesahkan penceraian diorang kerana sebelum ni suami dia berkali2 melafazkan dengan niat untuk meninggalkan dia.... huhuhu.
Tapi persoalannya ialah apakah punca yang menyebabkan masalah macam tu berlaku. Kalau nak di ikutkan dari cerita, salah satu puncanya adalah campurtangan daripada pihak ke tiga... dalam kes ni mak mertua adik kawan sy ni yang agak cemburu apabila anaknya terlalu memberi perhatian kepada isterinya. Maka jalan mudah adalah dengan mengada2 kan cerita negatif hinggakan berjaya mempengaruhi anak nya dan sejak itu hubungan mereka sentiasa tegang dan selalu bergaduh hingga satu ketika mendatangkan kecederaan kepada adik kawan sy ni... Dengar tu memang simpati jugak sebab muda2 lagi dah ada title..tapi kadang2 semua ini ada hikmahnya. Semuga adik kawan sy ni sentiasa tabah dalam menghadapi kehidupan yang mendatang dan bertemu jodoh yang sesuai dah saling memahami.... 

Tuesday, June 2, 2015

TEGANGKAN WAJAH CARA TRADISIONAL

Menegangkan muka atau wajah ni sekarang bukan saja dititik beratkan oleh kaum wanita tapi kaum lelaki jugak sudah mula 'pandai' menjaga ketegangan muka. Sebab tu sekarang terdapat banyak produk2 'kemachoan' yang berada di pasaran.. Tapi jangan kita lupa kecantikan wajah telah pun di amalkan sejak dari zaman nenek moyang kita dulu2 dengan cara tradisional. Antara petua2 nya yang dapat sy google adalah:
1. Pukul sebiji putih telur yang dicampurkan dengan sedikit tepung sagu. Letakkan beberapa perahan limau nipis. Pukul hingga sebati. Kemudian lumurkan ke seluruh muka macam masker dan biarkan untuk sejam atau dua, kemudian di bilas dengan air bersih. Boleh di amalkan 3 kali seminggu.
2. Ada petua yang menggunakan bunga iaitu dengan mengisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka serta bunga raya, kemudian bahan tadi dicampurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air supaya jadi pekat dan lumurkan ke muka sebelum tidur. Cuci esoknya dengan air suam.
3. Ambil sebiji tomato dan kulit pisang. Di kisar halus dan kemudian dicampur dengan tepung sagu sehingga dapat sukatan yg agak pekat. Lumurkan ke muka dan biarkan selama sejam atau lebih dan kemudian bolehlah dibilaskan dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu. 
4. Petua paling mudah adalah dengan memperbanyakkan minum air kosong, walaupun kesannya bukan nampak tang tang tu jugak tapi untuk jangka masa panjang. Bila kita berumur 50an keatas kulit kita masih tegang dan kurang berkedut kerana kesan pengaliran darah yang baik hasil daripada kita sentiasa mengamalkan minuman air kosong atau air suam kosong, sekurang2nya 8 gelas sehari.

Wednesday, May 27, 2015

RESEPI CHAWANMUSHI ALA SANTAI

Bagi sesiapa yang pernah ke restoran makanan jepun pasti pernah menikmati salah satu menunya iaitu Chawanmushi yang seakan2 macam puding telur.. biasanya dicampur dengan cendawan dan jugak crab stick.. Memang sedap dan menyihatkan. Resepinya memang simple..
Antara bahan-bahannya adalah:
Isi ayam di potong kecil2. Kita boleh goreng tanpa minyak atau rebus dulu bagi dia separuh masak.
2 batang crab stick di potong panjang2.
Cendawan hitam di potong sederhana kecil 
Carrot di potong kecil2
4 biji telur
2 @ 3 cawan air rebusan ayam campur beberapa titis soy sauce atau kicap masin pun boleh.
( Anda boleh tambah bahan2 lain yang anda suka macam brokoli ke, udang ke..ikut suka tapi jangan banyak sangat nanti rasa dia dah bercampur2 )
Cara membuatnya pun cukup senang.....
Panaskan periuk kukus. Isi semua bahan tadi dalam cawan2 kecik. Kalau tak ada, bekas plastik yang selalu orang orang jual jelly kelapa tu pun boleh. Jangan isi banyak2. Agak2 jelah. Dalam pada tu, kita pecahkan telur dan pukul perlahan2 bagi sebati tapi jangan sampai berbuih, nanti rupa nya tak berapa cantik. Kemudian baru masukkan air rebusan ayam ( stok ayam) dan kacau rata. Tapis campuran tadi kedalam bekas lain supaya hasil nampak lebih cantik. Kemudian boleh di tuang campuran tadi ke dalam cawan atau bekas plastik mengikut sukatan yang kita suka. Tutup cawan dengan tudung atau aluminium foil selama lebih kurang 10 ke 15 minit dan kukus dalam api yang sederhana besar. Lepas tu...bolehlah dihidangkan.. nak tambah daun bawang pun boleh menambah aroma kesedapan.

Monday, May 25, 2015

ULASAN MOVIE - JUPITER ASCENDING

Dah lama betul sy tak sempat nak menonton wayang apalagi DVD... maknanya entry pasal cerita2 filem pun tak adalah..ahaksss. Tapi minggu lepas sebab kat tv tak ada cerita yang menarik, maka sempatlah sy melihat satu cerita Jupiter Ascending lakunan mantap Channing Tatum dan Mila Kunis. Walaupun pada awalnya ceritanya agak susah nak kita faham sebab banyak scene cakap bercakap menyebabkan kita kena fokus apa yang diorang cakap barulah kita tahu apa cerita ni sebenarnya.. :-) 
Cerita ni secara ringkasnya mengisahkan tentang seorang gadis bernama Jupiter Jones yang bekerja sebagai cleaner, tetapi secara tidak sedar dia adalah merupakan calun ratu bagi memerintah planet2 dan bumi pada masa akan datang. Namun ada pihak2 musuh daripada planet lain yang mengetahui perkara tersebut berniat ingin menghapuskan Jupiter daripada memerintah. Dalam keadaan begitu, seorang pejuang yang bernama Caine ( Channing Tatum ) telah di beri tugas untuk menjaga keselamatan Jupiter sehingga ke upacara Jupiter menjadi ratu...
Cerita boleh tahan..apalagi berkait dengan cerita science fiction. Ada adegan action yang mendebarkan dan diselit2 sedikit adegan cinta Jupiter dengan Caine yang berlainan darjat kerana Jupiter bakal menjadi ratu manakala Caine hanya pejuang biasa.

Monday, May 18, 2015

KATA ORANG...SEPI ITU INDAH

Sepi itu indah... Sy ambil ungkapan dari seorang kenalan fb sy antaranya berbunyi....
Bila dia memilih untuk tidak lagi peduli,
aku terpaksa memilih untuk tidak lagi mencari,
sepi itu indah...tetap indah.
buat selamanya..........
Kadang2 tu bila dalam keadaan sepi lah kita akan merasa tenang, tapi kadang2 dalam keadaan sepi juga lah seribu kenangan yang mengusik jiwa akan datang mengembalikan nostalgia lama menyebabkan kita terusik kembali dengan kisah suka duka lama...
Mungkin kita mampu untuk melupakan kisah2 lama tapi parutnya tetap ada biar sejauh mana pun kita pergi, selama mana pun kita menghindari. Namun biar apa pun kesannya, semua itu akan menjadi titik tolak untuk kita meneruskan kehidupan yang mendatang yang masih lagi menjadi tanda tanya, namun jika kita dapat mengatasi apa yang telah kita lalui, pasti ada sudut yang cerah yang akan menanti....
........... orang katalah.

Friday, May 15, 2015

LAPTOP ROSAK.. ENTRY PUN HILANG

Dah dekat 2 minggu.. ke dah 3 minggu kot... ke lebih blog ni sunyi tak ada entry. Sebab apa? Laptop tiba2 rosak.. tak bagi apa2 clue langsung nak rosak...lebih tragik dia rosak masa sy tengah elok je nak buat entry... ahaksss. Pi kedai diorang cakap motherboard yang rosak, kena ganti...perghhh. Laptop pulak jenis lama..Terpaksalah tunggu sampai diorang dapat jumpa spare part yang sesuai... Nak guna hp memang leceh sikit. kadang2 tu hang pun sama...
Dan akhirnya....tadaaaaaa. Barulah dapat bernafas kembali.
Apa2 pun ni entry lepas gian je sebab dah lama tak menulis, takut terlupa macam mana nak post entry..ahaksss. Tunggu ye.........

Tuesday, May 5, 2015

A.ISMAIL DAN LES COASTERS

Siapakah A.Ismail? Kali ini sy post daripada pendekatan yang berlainan...ahaksss.
Rasanya memang tak ada siapa yang kenal tapi bagi mereka yang mengenali zaman pop yeh-yeh dan lagu2 60an pasti mengenali kumpulan Les Coasters serta penyanyi2 yang terdiri daripada M.Fadil, Orchid Abdullah dan A.Ismail, seangkatan dengan penyanyi2 seperti S.Jibeng, M Osman, Jeffrydin dan lain-lainnya.
Les Coasters adalah band atau kugiran yang sangat aktif pada era 60an dan pernah merakamkan lagu di piring hitam bersama penyanyi2nya. Kumpulan yang ditubuhkan di Pontian Johor pada 1963 adalah terdiri daripada Abd Mutalib Mansor (gitar utama) Jamaluddin Ibrahim (rythm gitar), Bakri Sahid (gitar bass) Hussin Salleh (drummer) dan Ismail Yusoff (tamburin) serta S Omar Osman yang bermain organ menyertai pada tahun 1965. Mereka telah membuat beberapa EP bersama EMI Singapura dan pada tahun 1967 telah muncul dalam filem A Go Go 67 dimana kugiran ini adalah satu2 nya kugiran luar dari Singapura yang berjaya terpilih. Kumpulan ini telah berpecah pada tahun 1969 namun penyanyi2 nya masih meneruskan karier mereka termasuklah A.Ismail. Antara lagu2 popular A.Ismail adalah Seruan Pertiwi yang pernah menjadi naib juara carta lagu pada masa itu dan jugak lagu2 lain seperti perosak jiwa, hasrat penyanyi, permata hati dan lain2.
Beliau banyak menyertai konsert2 pop yeh-yeh dan lagu2 60an dan juga pernah menjadi juri bagi siri2 pertandingan lagu2 60an. Bakat dan pengalaman yang ada telah diturun kan jugak kepada anak2 muda yang tinggal di Johor Bahru yang berminat dengan lagu2 60an dan adakalanya beliau jugak bermain muzik dan menyanyi di majlis2 perkahwinan.
Beliau telah pun meninggal dunia beberapa tahun yang lepas dan meninggalkan 2 orang isteri serta 5 orang anak. Semuga rohnya sentiasa di rahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin..... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails