Tuesday, April 23, 2019

RESEPI AYAM SAMBAL ALA SANTAI

Dah lama jugak saya tak post pasal resepi. Bertahun rasanya.... Memang bila blog dah bersawang macam tulah hakikatnya tapi walau apa pun keadaannya sukar untuk memisahkan blog dengan kehidupan seharian kita biar sesibuk mana pun, biar kehidupan kita berubah.. masa yang terluang tidak seperti dulu.. tapi tetap kita post jugak....tak gitu?
Ok kali ni resepi saya adalah ayam masak sambal. Mula nak buat ayam masak sambal petai tapi petai pulak tak ada dalam simpanan, so jadilah ayam masak sambal je.. Bahan2nya adalah:

Potong kecik bahagian isi ayam. ikut suka berapa banyak nak.
3 tangkai kacang panjang dipotong pendek.
Setengah batang carrot dihiris panjang.
3 ulas bawang merah diblend/tumbuk
3 ulas bawang putih diblend/tumbuk
Sepotong kecik belacan diblend/tumbuk
5-6 biji lada kering diblend/tumbuk
Sedikit sos cili.
Garam secukup rasa. Ok done. 
Cara memasak senang. Masukkan 2 sudu besar minyak masak. Panas kan. Masuk bahan blend/tumbuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam. Gaul sehingga ayam setengah masak, kemudian masukkan air dalam suku cawan. Bila ayam sudah hampir masak masukkan pulak carrot dan kacang panjang.Kalau ada petai lagi elok...ahaksss. Masak sehingga kuahnya pekat dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba...resepi simple tapi menyelerakan.

Friday, April 12, 2019

MYMEE MINDA - PRODUK BARU BUMIPUTERA


Produk Mymee Minda
Mungkin ada yang sudah mengenalinya dan mungkin juga ada yang belum. Post kali ni adalah tentang produk mee segera tetapi bukan sebarang mee segera kerana ianya adalah produk 100% asli buatan bumiputera dan antara kebaikannya adalah:


* 100% produk bumiputra ðŸ‡²ðŸ‡¾

* mee tanpa kimia no.1 di malaysia
* menggantikan salutan lilin kepada salutan kurma dan kismis
* tanpa MSG
* tanpa pewarna tiruan
* tanpa wax
* tanpa benzoyl peroxide
* tanpa bahan pengawet
* tanpa asid boric

Dengan mempunyai perisa seperti sup, kari, tomyam dan mee bandung pasti akan menambahkan lagi selera penggemar mee segera yang sihat dan lagi menyihatkan dengan bahan pembuatannya daripada campuran kurma dan lain-lain. Bagi yang ingin mencuba atau menempah produk mee segera Mymee Minda boleh saja whatsapp di 017-7869502.

Wednesday, January 23, 2019

SEMALAM DAN HARI INI


Bila cakap pasal masa-masa lepas, rasanya ada yang suka bercerita tentangnya.. ada juga yang kalau boleh tak nak sentuh pun kisah-kisah lama, yelah mungkin ada banyak kenangan pahit dari manis. Tapi pada hakikatnya apa yang ada hari ni bermula dari semalam.. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi esok hari tapi apa yang kita buat hari ni sedikit sebanyak dapat menentukan apakah corak yang akan kita tempuh dikemudian hari... Tidak kira dari apa segi sekali pun.

Kadang2 tu terasa macam nak putar balik masa.. Kalau boleh nak ubah balik sejarah masa lalu. Mana yang patut kita elakkan kita jauhkan.. Mana yang melukakan kita cegahkan. Kan? Siapa yang tak nak happy dan bahagia biarpun untuk mendapatkannya kadangkala memerlukan pengorbanan tidak kira sedikit mahupun besar.
Perjalanan kita bukan hanya tentang kisah-kisah semalam tapi perjalanan untuk masa depan.. perjalanan untuk suatu masa dan tempat yang lebih jauh. Bekalan semalam dan hari ini.. semangat dan kekuatan serta keteguhan kita menghadapi kehidupan... Menentukan sejauh mana kita dapat menempuh arus akan datang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails