Tuesday, June 28, 2016

YEAAYYY TAHUN NI TAK ADA BONUS

Walaupun anak bulan raya masih belum lagi kelihatan, tapi anak bulan bonus sudah pun hilang dari pandangan dan diumumkan bahwa tahun ini memang tiada bonus....hik hik hik. Hilang semua semangat raya. Hilang semua plan nak sambut raya... Hilang keceriaan nak berjumpa sahabat handai.. Hilang seri muka kita yang bolehlah dikatakan manis...orang katalah. Rupa-rupanya boss belanja berbuka puasa kat hotel hari tu ada makna yang tersirat rupanya. Nak bagi kita happy2 lepas tu bagi tau tahun ni tak ada bonus... duit raya dalam ang pow pun tak ada..tinggal sampul aje yang ada..huhu.
Emmmm jadi nampak gaya nya... kenalah sy tukar plan. Kalau tak nanti lepas raya sudah pasti terpaksa ikat perut sebab gaji dah habis sambut raya. Cakap pasal tu, teringat sy cerita kat tv baru2 ni cerita pasal mamat ni yang terlalu kedekut nak berbelanja...semua nak save sampai peti surat pun di buat daripada tong plastik. Minyak motor siap isi cukup2 untuk pergi kemana yang dia nak pergi.. apa tajuk nya lupa pulak sy.... Emmm apa2 pun masih ada masa untuk buat perancangan.. Yeaaayyy
Tahun ini tak ada bonus!!

Friday, June 24, 2016

BERBUKA DI HOTEL THE MAJESTIC, KL

Semalam dapat jugaklah akhirnya berbuka puasa di hotel...ahaksss. Bukan sendirian berhad ye.. tapi company yang buat majlis berbuka puasa di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, berdekatan dengan stesen KTM tu... Ingatkan tahun ni tak buat..tapi ada jugak rupanya. Terimakasih boss. Boss lah boss terbaik...hahaha. Lupa pulak nak ambik gambar almaklumlah kelam kabut dengan orang yang kesana kesini mengambil makanan ....
Secara kasarnya makanannya boleh tahanlah. Ada yang sedap dan ada yang biasa2 saja tapi overall ok. Pelbagai variasi makanan dan minuman. Tempatnya tidaklah terlalu crowded seperti masa sy berbuka di Hotel Singgahsana PJ beberapa tahun yang lepas. Juadah yang paling sy suka? Emmm kejap nak flashback apa yang sy makan ekkk? Arrrrr sy suka air juice dia..memang fresh dan betul2 fruit blended.. ada juice guava, juice kurma, soyabean dan limau citrus. So you all ada berbuka kat mana2 hotel tak tahun ni? Ke tiap2 hari berbuka kat hotel..ahaksss...Yelah sebab kerja kat hotel..haha. Cuciter cuciter.....

Thursday, June 23, 2016

MALAM YANG DINANTI2KAN...

Diam tak diam kita sudah pun sampai ke hari 18 berpuasa. Terasa singkat pulak... sudah semakin hampir ke suku terakhir bulan Ramadhan yang mana pasti ramai antara kita yang tak sabar untuk mendapat ganjaran2 dan keberkatan apalagi bila ianya dikatkan dengan malam Lailatul Qadar.
Apalagi perkara ini telah dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatul qadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" (surah al-Qadr, ayat 1-5).
Teringat sy masa belajar dulu2 di sekolah asrama... masa tu semua berlumba2 sembahyang terawikh. Memang menyeronokkan... Emmmm terkenang terkenang. Anyway, untuk semua pembaca Jomsantaisekejap, semuga anda semua mendapat keberkatan dan ganjaran di bulan yang mulia ini. Aamin. 

Thursday, June 16, 2016

BAZAAR OH BAZAAR 2016

Entah kenapa sejak 2,3 tahun kebelakangan ni sy semakin kurang ke Bazaar Ramadhan. Terasa lebih senang masak sendiri kat rumah walaupun lauk yang simple mimple. Dulu2 memang nak kata tiap2 hari ke bazaar kecuali hari minggu... ada saja yang nak dibeli, kuih itulah kuih inilah..lauk itulah lauk inilah.. air apa lagi.. apa jenis warna air yang di jual kat bazaar tu semua nak try..ahaksss. Tapi itu duluuuuuu.
Sekarang ni macam dah malas dah. Mungkin sebab harga makanan dan minuman pun kebanyakan dah naik, makanan pun kadang2 ada yg ok dan ada yang tak sesedap mata memandang. Mungkin jugak sebab dah selalu sangat ke bazaar, jadi boring pulak sebab asyik tengok benda yang sama siap dah tahu semua jenis makanan dan minuman yang dijual kat bazaar tu.
Apa-apa pun sekali sekala kalau agaknya sy dah boring nak masak, mungkin jugak akan menjejaki ke bazaar tapi entah2 masa tu semua peniaga dah tak meniaga..dah start nak balik kampung sebab dah penghujung Ramadhan...ahaksss.

Monday, June 13, 2016

LAGU RAYA PALING DIMINATI

Rasa-rasanya kejap lagi mulalah berkumandang lagu2 raya kat corong2 radio... Tapi bagi sy lah, lagu2 yang lama2 masih lagi sedap didengar dan terasa sangat rasa rayanya bila didengar terutama macam lagu "Dendang Perantau" nyanyian Tan Sri P Ramlee dan jugak "Balik Kampung" nyanyian Datuk Sudirman Hj Arshad... Bila dengar je mulalah feeling sekejap.
Teringat zaman sekolah asrama dulu, bila time puasa..bila terdengar lagu "Dendang Perantau" mulalah mata ni berair2 sebab terkenangkan mak ayah kat kampung... Bila dekat2 nak cuti raya, terdengar pulak lagu "Balik Kampung"..hilang terus sedih2 dulu tu..punya happy nak balik kampung beraya... Itulah kesannya lagu2 raya setiap kali datangnya musim raya ni. So, apa lagu raya favourite you all....?
Apa-apa pun, puasa baru hari ke 8, masih panjang namun jika kita tidak mengambil segala ganjaran2 yang ada pada bulan Ramadhan ni pun tak guna jugak... Semuga rakan bloggers semua sentiasa mendapat keberkatan dan ganjaran yang berlipat kali ganda di bulan puasa ini... santai selalu.

Wednesday, June 8, 2016

MIMPI DALAM MIMPI DALAM MIMPI...

Orang kata mimpi ni mainan tidur. Ada jugak yang kata sebab otak kita asyik stress fikir itu ini, so bila kita tidur otak kita masih belum shut down..tu yang terbawak2 sampai ke mimpi.. ahaksss. Pernah tak dalam banyak2 mimpi tu ada mimpi yang langsung tak ada jalan cerita atau kalau ada ceritanya pun memang tak masuk akal.
Sy pernah jugak dulu ada beberapa mimpi yang macam tu. Antaranya macam ada satu mimpi ni, sy berjogging kat satu taman, tiba-tiba tau2 sy dah dalam kapalterbang..bukan sebagai penumpang tapi pilot..haha. Lepas tu bila sy tengok belakang ada padang bola besar tapi orang tak ada, cuma padang bola aje... bila sy pandang balik kedepan, ada anak jiran sebelah rumah dengan kawan sy tengah bersanding. Masa tu macam ada rasa frustlah kenapa diorang berkahwin... padahal dua-dua orang tu, anak jiran dan kawan sy, dua-dua dah pun berkahwin dengan pasangan masing2lah... Last-lastnya, mimpi sy habis macam tu aje...ahaksss.
So you all pernah ke bermimpi macam tu? Cuciter cuciter....

Friday, June 3, 2016

HARGA BARANG DAH MULA NAIK DAH..

Ehsan Google.
Belum pun kita start berpuasa, harga barang dah mula naik..kecuali barang yang terkawal lah sebab yang tu memang dikawal harganya...ahaksss. Semalam bila sy singgah ke salah sebuah hypermarket, rata-rata sy lihat banyak harga-harga barangan sudah mula naik antara 10 sen ke 20 sen. Ada jugak yang sampai naik 40 sen terutamanya barang makanan seperti keropok2...yang ni memang selalu sy beli jadi bila harga naik tu memanglah sy tahu sangat...ahaksss
Kalau barang-barang untuk buat kuih-kuh raya tu sy tak pasti..Kena tanya pulak pada mereka2 yang selalu buat kuih sebab sy cuma buat kuih untuk makan je tapi untuk kuih2 Hariraya ni jaranglah..selalu tunjuk itu tunjuk ini je dah dapat kuih raya 2,3 balang.
Apa-apa pun di harap pihak penjual terutamanya di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di hypermarket tidaklah menaikkan harga barangan terlalu tinggi semata-mata untuk mengaut keuntungan.. ni belum lagi bila barangan tersebut tiba2 tak ada stock. Memang selalu berlaku. Nanti pihak itu salahkan pembekal lah, nanti ada yang kata ada yang sorokkan barangan tersebutlah..tapi harga tetap dinaikkan... so siapa yang kena? Pengguna jugak...ahaksss 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails