Monday, June 29, 2015

SAMPAINYA HATI....

Anak-anak satu amanah - Ehsan Google
Entah apalah yang nak jadi pada manusia sekarang ni... Semalam bila sy menonton berita dan terlihat pulak pasal kes budak kena dera, tulang rusok semua patah 13 pulak tu.. yang mendera tu pulak ahli keluarga sendiri ( bapa kandung dan ibu tiri ).. Macam mana boleh sampainya hati diorang ni nak mendera sampai ke tahap macam tu? Anak sendiri pulak... Tak faham..tak faham. Allah s.w.t telah mengamanahkan anak-anak untuk kita jaga dan bentuk, bukannya untuk didera atau dibuat sebagai hamba... Apa-apapun, semuga sesiapa yang bertanggungjawab tu dapat di bawa ke muka pengadilan.
Rasanya kes-kes mendera anak di Malaysia ni selalu berlaku tidak kiralah di dera oleh keluarga sendiri, pengasuh, orang gaji, saudara mara, tapi kejadian-kejadian ini sudah semakin kerap. Entah di mana silapnya hinggakan sifat-sifat kasih sayang seperti sudah hilang. Kadang-kadang tu disebabkan perkara-perkara macam ni selalu berlaku, sy sampai malas nak tengok berita... bukan lah tak nak tengok tapi tak sanggup kalau berita2 macam ni selalu keluar...tapi yelah kalau berita tak keluar, kat facebook, twitter, whatsapp... lagi laju dari berita kat tv...ahaksss.
Apa-apa pun, semuga gejala2 seperti ni dapatlah di hindari dan mereka-mereka ini mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t..... Amin.

Saturday, June 27, 2015

MACAM TAK ADA RASA APA-APA.. KAN?

Suasan di Bazaar Ramadhan - Ehsan Google
Pejam celik pejam celik dah hari ke 9 kita berpuasa... Sy rasa puasa tahun 2015 nilah tahun yang macam tak ada rasa apa-apa... ahaksss. Maksud sy keseronokan tu kurang berbanding tahun2 yang terdahulu. Sehingga hari ni sy pun belum jejak lagi ke bazaar macam tahun2 lepas. Tak tahulah samada tak ada mood atau sebab tau harga barang yang dijual semuanya sudah naik.. yelah sana sini malah dalam berita pun ramai yang komen harga makanan yang di jual di bazaar Ramadhan rata-rata naik dan tidak berpatutan... alasan sudah pastilah disebabkan GST. 
Pada hujung minggu pun bila singgah ke mana-mana shopping kompleks terutamanya disekitar Shah Alam seperti Kompleks PKNS, SACC Mall, Plaza Shah Alam dan Alam Sentral, suasana masih agak lengang, belum ada orang yang berpusu2 untuk membeli persiapan puasa mahupun raya.. mungkin masih awal agaknya tapi jelas berbeza di bandingkan tahun2 sebelumnya bila sy dapat lihat minggu pertama saja sudah ramai yang berkunjung ke shopping kompleks... terutamanya ke kedai yang menjual pakaian baju raya dan kuih2 raya...
Nak raya ni pun tengah fikir berapa hari nak cuti... ahakssss.

Friday, June 26, 2015

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU - RETRO

Pastinya bagi mereka yang mendapat pelepasan balik awal pada bulan puasa nanti akan menggunakan masa tersebut untuk memasak juadah berbuka puasa.. sy rasa pastinya bulan puasa ni blog ini pun akan ada banyak entry samada berbentuk resepi atau tempat2 untuk berbuka puasa..ahaksss. So kali ini sy mulakan dengan resepi yang agak mudah..pasti ramai yang boleh mencuba ini iaitu resepi Ikan Tenggiri Masak Taucu.
Antara bahan-bahannya adalah:
Ehsan Google
3 @ 4 keping ikan tenggiri ( Ikan lain pun boleh tapi sy selalu pakai ikan tenggiri)
1 peket taucu yang selalu jual kat kedai ( atau dalam 1/2 cawan taucu )
1/2 batang carrot di potong kecil.
1 sudu kecil kunyit
Garam,gula dan air secukup rasa.
Bahan-bahan untuk di mayang adalah:
3 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
2 biji cili merah di hiris panjang
2 biji cili hijau dihiris panjang
2 biji bawang besar dihiris kasar
1 batang serai.
Cara memasaknya. Pertamanya ikan tenggiri (setelah dibasuh) hendaklah di gaul dengan garam dan kunyit, di goreng dan kemudian di ketepikan. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan2 yang di mayang tadi sehingga naik bau. Masukkan taucu, air, carrot dan biarkan mendidih. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Setelah agak serasi dan sebati, masukkan ikan tenggiri yang sudah digoreng dan biarkan dalam seminit dua....Siap untuk dimakan.

Thursday, June 25, 2015

RESEPI AYAM GORENG MADU MANGGA

Ehsan Google
Resepi kali ni pun agak mudah. Elok sangat untuk lauk berbuka puasa. Tak perlu banyak sangat bahan dan senang je nak buat. Dalam 20 minit rasanya dah siap. Yang lama part nak goreng ayam je.. yang lain semudah ABC.. ahaksss.
Antara bahan-bahannya adalah:
4 ketul drumstick ayam atau apa2 bahagian yang anda suka
(Ayam ni terlebih dahulu digoreng garing. Just taburkan sedikit garam dan lumurkan beberapa kali dengan tepung gandum dan goreng sehingga kekuningan)
1 biji mangga yang dihiris nipis dan panjang2.
1 biji cili merah dihiris kecil2
Bahan sos nya yang dikisar semuanya adalah:
1 biji cili merah
1 biji cili padi
1 sudu tepung jagung
2 sudu madu
1/2 cawan air ( mengikut kesukaan kepekatan yang anda mahu)
Cara membuatnya pula. Goreng ayam seperti yang sy cakap tadi dan asingkan. Panaskan kuali dan masukkan dalam 1 sudu besar minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi, kacau sehingga nampak sedikit pekat. Matikan api dan masukkan ayam serta hirisan mangga dan cili. Gaul sama rata dan bolehlah dihidangkan.... Boleh di makan tapi tunggu azan maghrib ye.

Wednesday, June 24, 2015

KISAH NAKAL DI BULAN RAMADHAN

Ehsan Google
Bila cakap pasal nakal ni... of cozlah ceritanya masa zaman budak2. Sy ni zaman budak2, bukanlah katogeri over nakal atau baik sangat, kira biasa-biasa aje. Ada masa nakal ada masa baik. Tapi kadang2 bergantung jugak dengan siapa kita berkawan. Kalau kita berkawan dengan kawan2 yang baik, baik lah jadinya. Bila kawan dengan yang kurang baik, maka macam tulah jugak kita sebab kita selalu akan join atau buat apa yang diorang buat... selalunya lah.
Salah satu kisah yang tak dapat sy lupakan ialah masa solat terawikh. Kira saat-saat yang memang kami nantikan kerana masa nilah dapat makan free setiap kali selesai solat terawikh. Macam2 juadah ada, almaklumlah ramai yang hantar kadang2 tu sampai tak larat dah nak kami makan sebab banyak sangat...bawak balik buat sahur...
Setiap kali bila orang mula solat terawikh, kami ( kenalah cakap kami sebab ramai lagi.. kalau tak, nampak sangat sy seorang yang nakal ) akan mula berjalan-jalan ke bahagian dapur surau, meninjau-ninjau apakah makanan yang ada untuk malam tu.. kadang2 sempat jugak kitaorang 'menjamah' satu dua kuih muih yang ada... kata orang jadi tester sedap ke tak.. ahakssss.
Bila dah survey semua makanan yang ada.. kitaorang pun baliklah semula ke saf yang belakang2.. biasalah, budak2 memang saf kat belakang sekali.. buat muka tak bersalah join balik solat terawikh.. masa tu memang tak kira berapa rakaat yang sempat kitaorang buat... huhu. 

Monday, June 22, 2015

CINTA PANDANG PERTAMA DIBULAN RAMADHAN

"Kadangkala kita tidak tahu bila cinta itu akan datang. Kita tidak tahu dengan siapa kita bercinta....."
Perghhhh pembuka cerita macam tengok movie je...
Kisah ni kisah lama. Kisah semasa sy sedang belajar di UiTM. Sy ni dikatogerikan sebagai pelajar yang biasa2 aje.. result pun biasa2.. rupa biasa2... semua biasa2 aje.. ahaksss. Dalam dok biasa2 tu, sy memang minat sangat dengan seorang student yang sama batch dengan sy tapi dalam kursus yang berlainan... Dia ni memang top student.. cantik bertudung menjadi kegilaan bukan saja kawan2 satu batch, malah senior pun berebut2..dapat jadi abang angkat pun jadilah...ahaksss
Satu ketika, waktu tu bulan puasa. Sy sedang dalam perjalanan balik dari perpustakaan.. menapak dari perpustakaan ke hostel adalah dalam beberapa ratus meter. Dalam perjalanan keluar dari perpustakaan tu sy ditegur oleh seseorang....
"Assalamualaikum... Boleh mintak tolong?"
"Waalaikumusallam.... Nak mintak tolong aaaaaaa.... mintak tolong apa ye?" Sy terkedu sekejap bila yang menyapa sy tu adalah student yang sangat2 sy admire tu ..
walaupun dari jauh.
"Boleh tolong ambilkan beg sy tak kat loker.. Kawan sy tadi dia letak kat atas. Dia dah balik. Sy ni tak berapa tinggi nak ambik beg tu... Kawan sy tinggi."
"Ooooo boleh je.. kat mana?" Sambil dia menunjukkan di mana beg itu berada dan sy pun mengambilkannya....
"Ni nak balik hostel ke? Kejap lagi dah nak berbuka..." tanya sy tanpa malu walaupun sy ni pemalu.. ahakss.
"Ye.. kawan semua dah balik. Sy kena siapkan assignment.. tu yang kena tinggal ..." 
"Emm kalau macam tu nak sy temankan ke... lagipun satu jalan kan..?" muka tak malu sy semakin menjadi2.. yelah peluang tu sekali je kan.
"Emmmm bolehlah jugak... kalau tak sure ramai yang kacau.. tak suka" jawab dia pendek.... 
Sepanjang berjalan tu banyak jugak yang kami bualkan.. dalam beberapa minit sampailah di hadapan hostel student perempuan dan saat-saat indah pun berakhir.
"Terimakasih awk ye sebab tolong sy tadi dan escort sy balik..." 
"Sama-sama...bukan apa2 pun..benda kecik je... Sy sebenarnya pun dah lama........awak..ehh mana awak?"
"Allahuakhbar Allahuakhbar!" tiba2 kedengaran suara azan maghrib berkumandang.....
"Oiii JSS. Bangun. Dah maghrib ni... orang puasa jugak tapi tak adalah tidur memanjang. Lepas tu siap boleh senyum-senyum pulak tu... mimpi aweksss lah tu?"... kawan satu bilik mengejutkan sy dan dalam masa yang telah menghilangkan cerita cinta sy.... huhu.

Saturday, June 20, 2015

RESEPI PUDING KARAMEL


Antara salah satu kuih kegemaran sy sewaktu bulan puasa ni adalah karamel atau puding karamel. Kat bazaar Ramadhan memang selalu jugak kita nampak orang jual tapi harga nya boleh tahan mahal. Jadi daripada beli mahal, makan tak puas, apa kata kita buat je sendiri... dapat bedal sepinggan karamel.. ahaksss. Buatnya pun mudah sangat.........

Bahan-bahannya adalah:
3/4 - 1 cawan gula bergantung kepada kemanisan yang anda suka
4 - 5 biji telur
1 tin susu cair
sedikit esen vanilla
1- 1 1/2 cawan air
Cara memasaknya pun mudah. Mula-mula masukkan 3/4 cawan gula dalam kuali. Panaskan dalam api sederhana sehingga nampak keperangan dan kemudian masukkan air dalam 1/2 cawan dan kacau cepat-cepat dan kemudian masukkan air gula perang tadi kedalam acuan atau bekas ( yang akan dikukus nanti). Kalau bekas besar, boleh lah dituang semuanya tapi kalau bekas kecik, kenalah guna beberapa bekas... janji lapisan gula tu tidak terlalu tebal. (Nipis je macam dalam gambar)
Pukul 4 biji telur dalam bekas, perlahan-lahan sehingga sebati. Masukkan 1 tin susu cair kedalam periuk dan panaskan dalam api sederhana dan kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan lebih kurang 3 sudu besar gula dan 3/4 cawan air. Kacau sehingga gula larut dan kemudian padamkan api dan masukkan susu tersebut kedalam bekas berisi telur tadi dan kacau perlahan2. Kemudian anda boleh tapis untuk mendapatkan isi yang lembut. Kemudian masukkan acuan yang ditapis ini kedalam bekas yang berisi gula perang tadi dan kukus dalam 30 minit. Siap untuk dihidangkan...

Friday, June 19, 2015

BULAN PUASA BUKA PERIUK

Ehsan Google
Teringat waktu zaman kecik2 dulu selalu terdengar kata-kata seperti "Puasa yang yang yok, balik rumah bukak periuk" dan macam-macam lagi. Ada yang puasa setengah hari, ada yang puasa suku hari dan ada jugak yang berlakun puasa tapi balik rumah diteguk air 2,3 gelas. Zaman budak-budak lah katakan.
Kadang-kadang ada yang tinggal berdekatan dengan sungai atau air terjun... waktu tengahari memang waktu kegemaran untuk berendam... kata orang sambil menyelam minum air cuma bezanya zaman budak2... memang betul2 diorang sambil menyelam minum air..ahakss. Tau2 kembung dah perut dok sedut air je.
Kelakar jugak bila sy ingatkan apabila waktu petang2... kira waktu untuk bermain.. menghabiskan masa sebelum waktu berbuka. So masing2 bertanya.." Kau puasa tak?" "Kau puasa tak?" ... paling best ada member yang jawab puasa tapi kuah kari masih cantik je meleleh kat tepi mulut dia..ahaksss.
Memang banyak kenangan masa kecik2 berpuasa terutama dengan kawan2 sekampung.. macam2 ragam.. Tapi tu semua kenangan. Sekarang semua dah dewasa.. ada yang masih dapat berhubung dan ada yang terpisah tanpa mengetahui di mana mereka sekarang........

Thursday, June 18, 2015

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2015

Sekali lagi bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia dipenuhi dengan seribu rahmat dan pelbagai ganjaran.
Sempena dengan itu jugak sy ingin mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakan bloggers, semuga kita sama-sama diberkati sentiasa. 
Kebiasaannya bila sampai time puasa pastinya cuaca akan panas.. tapi hari ni nampaknya hujan mula turun dengan lebatnya.. hujan rahmat. Rasanya tahun ini, rata2 bila di lihat dari keadaan sekeliling, sy boleh rasa Ramadhan tahun ini persiapannya agak sederhana, apalagi dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi, GSTnya lagi, harga barangan pun semua naik... nampak sangat kesannya. Tapi memang itulah yang di galakkan.. berhemah dan berjimat dalam berbelanja.
Sama2 lah kita memperbanyakkan amalan dan sentiasa berbuat baik dan sabar dengan setiap ujian yang datang lebih2 lagi pada bulan Ramadhan... Selamat berpuasa, berbuka puasa dan bersahur untuk ada semua rakan bloggers..... 

Thursday, June 11, 2015

TERJUMPA KEKASIH LAMA...

Semalam bila terasa keboringan, maka sy pun redahlah ke Shah Alam untuk pergi makan malam. Malas pulak rasa nak masak, sekali sekala makan luar lah pulak. So dalam pukul 8.30 mlm tu sy pun pergilah bersantai ke sekitar Alam Sentral, SACC Mall dan PKNS sambil meninjau2 kemanakah tempat makan malam sy... Last2, sy decide nak pekena mee sup kat kedai makan berhadapan Alam Sentral. Dalam sy dok berjalan2 menuju kekedai makan tu, tiba-tiba sy terlihat.... Ehh Ehh..Betul ke? Macam tak percaya je setelah hampir 6 tahun berpisah, akhirnya boleh terjumpa kembali. Sy pasti kini dia sudah berpunya, cuma rupa dia sudah agak kusam sikit, tapi masih lagi dengan warna kulit yang original. Oleh kerana teruja sangat, sy pun mendekatkan diri sy sambil melihat sekelilingnya tanpa menyentuh.. yelah, sudah jadi milik orang lain... Nanti kena marah free aje. 4 tahun bersama.. Kenangan yang tak dapat nak sy gambarkan, maklumlah cinta pertama sy. Ingatkan nak jugak sy tunggu untuk melihat siapa pemilik dia sekarang tapi nanti gamaknya sampai tengah malam tak muncul.. tak makan malam pulak sy nanti. Jadi sy tinggalkan kenangan sy tu dengan menyentuh sedikit di bahagian depan bonet kereta yang pertama kali sy beli dulu... Kancil 660, warna merah.. huhu.

Wednesday, June 10, 2015

RESEPI KARIPAP KECIL INTI SERUNDING

Ahakkksss.. bila nak raya ni opsss bila nak puasa dulu hahaha... marah nanti cik akak dok sebut raya padahal puasa belum lagi. Macam biasalah blog ni pun sure secara amnya akan penuh dengan resepi2 tidak kira resepi sendiri mahupun yg sy google... Tapi kebiasaannya sy hanya akan google dan buat resepi2 yang mudah supaya semua boleh buat... yang lain tu bergantunglah pada anda untuk mengubahsuai mengikut citarasa sendiri....
So, walaupun belum lagi puasa, kita start dulu dengan resepi mudah karipap berintikan serunding, tak kiralah serunding daging atau ayam... biasanya yang sedap sikit serunding daging.
Bahan-bahannya adalah:
300gm tepung gandum
50gm -60gm butter yang dicairkan.
1/2 cawan air sejuk
Serunding daging atau ayam untuk inti karipap
garam secukup rasa... dalam 1/2 sudu kecil pun dah cukup.
Sedikit serbuk kari buat penyedap karipap... namapun ada pakai kari..ahaksss
Cara membuatnya pun sesenang sangat. Campurkan tepung, kari dan garam dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian tuangkan butter yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit. Kemudian tuang pula air sejuk sedikit demi sedikit sambil kita menguli adunan tadi sampai jadi doh dan rehatkan selama 15-30 minit. Lepas tu ambil doh tu dan buat kepingan bulat kecil sebagai kulit karipap ( boleh guna apa saja perkakas dapur anda yang bentuk bulat kecil....ahakksss) dan isikan dengan isi serunding dan kelim cantik2 ye... biar lagi selera anda nak makan. Lepas tu bolehlah digoreng.... mudah bukan.

Tuesday, June 9, 2015

MAIN KAHWIN-KAHWIN, KAHWIN MAIN-MAIN

Ehsan Google
Teringat masa zaman kecik2 dulu.. masa sy dok kat flat tempat arwah ayah sy bekerja. Bila musim cuti sekolah je pasti riuh rendah flat tu dengan jerit pekik budak2 yang keluar bermain tak kira apa jenis permainan... (masa tu belum ada game2 pakai handphone lagi) Daripada main guli, galah panjang, teng-teng sehinggalah pada permainan main kahwin-kahwin. Biasanya budak2 bila kita selalu kenengkan si dia dengan si dia...so diorang nilah yang jadi mangsa kena di'kahwin'kan...ahaksss. Kadang2 tu terbawak2 sampai ke jinjang pelamin pun ada... kalau dah jodohlah katakan......
Bila dah dewasa ni dan bila terlihat ramai pasangan2 muda yang bercerai dalam usia perkahwinan tak sampai setahun dua... terfikir pulak akan permainan kahwin2 dulu. Kalau zaman budak2 semua tu hanyalah satu permainan aje..tak ada istilah tanggungjawab, masalah, kerja dan macam2 lagi.. Takkan alam perkahwinan dewasa pun nak disamakan macam permainan kahwin2 masa zaman budak2 dulu? Mungkin ada benarnya jugak bezanya perkahwinan zaman ibubapa kita... Bila mereka rasa dapat memikul tanggungjawab, barulah berkahwin, barulah bercinta... Sedangkan masa sekarang, kita bercinta dahulu, kemudian berkahwin baru memikirkan tanggungjawab... ahakksss. Tu belum lagi bercinta dahulu, berkahwin sebab terpaksa bertanggungjawab...aduhaiii.    

Monday, June 8, 2015

RAMADHAN SEMAKIN DEKAT

Minggu depan bermulalah bulan puasa atau bulan Ramadhan yang mulia... kejap je kan. Kebiasaannya bagi mereka yang ketara... minggu pertama tu terasa lah sangat, nak2 budak2 yang baru nak belajar berpuasa atau orang dewasa yang susah nak puasa..ahaksss. Bagi mereka yang dah biasa buat puasa sunat pasti tidak mendatangkan apa2 masalah... 
Apa2 pun yang paling penting disamping kita memenuhi tuntutan agama untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, perlu jugak kita isi kan sebanyak mungkin kerana bulan Ramadhan inilah penuh dengan pelbagai ganjaran2 yang di janjikan Allah disamping membuat amal jariah dan lain2 lagi. Terlalu banyak menafaatnya.... 
Disamping kita mengawal nafsu tidak kira dari apa segi deria, juga mengawal nafsu berbelanja dan boros dalam membeli makanan berbuka puasa mahupun ketika menyambut Hariraya nanti.. opsss cepat nya pulak ... 

Friday, June 5, 2015

DIA.. SUAMI LUAR BIASA

Pasti ada di antara anda sedang mengikuti slot Akasia "Dia... Isteri Luar Biasa" yang sedang di tayangkan di TV3 pada jam 6.55 petang dari hari Isnin hingga Khamis... Sy pun kadang2 mengikuti cerita tu kalau berkesempatan balik awal. Cuma bila kita dah start mengikuti cerita yang bersiri ni pasti nya akan terus mengikuti hingga tamat cerita.. sebab tu kadang2 sy lebih suka tengok cerita yang tak bersiri...ahakssss.
Jadi, oleh sebab dah 'terlanjur' mengikuti cerita "Dia... Isteri Luar Biasa" ni, setakat ni memang menarik dan penuh dramatik apalagi dengan kehadiran Kak Long Raden tu yang laser dan over. Buat masa ni sy belum nampak lagi keluarbiasaan si isteri..ahakkss. Yang sy lebih nampak adalah kesabaran dan kasihsayang yang ditunjukkan oleh Dr Raden kepada isterinya.. rintangan yang datang dari Kak Longnya dan jugak dari isterinya sendiri namun dia tetap sabar dan tidak melenting... Emm tak tahulah lepas ni...ahaksss.
Apa2pun, bagi yang sedang mengikuti teruskanlah. Bagi yang belum... cuba try test tengok cerita ni.

Wednesday, June 3, 2015

BILA ADA PIHAK KE TIGA

Ehsan Google
Minggu lepas sy terima whatsapp daripada salah seorang kawan baik sy dari JB. Katanya perlukan bantuan sangat2. Selama ni jarang sekali atau rasanya tak pernah pun dia meminta bantuan sy tapi bunyinya macam penting. So sy tanyalah apa yang boleh sy bantu. Dia pun menceritakan serba sedikit tentang masalah yang melanda adik dia yang berada di KL. Oleh kerana adik dia masih muda, maka kawan sy ni meminta sy menolong mana yang boleh dalam membantu kes adik dia yang dipukul suami walaupun baru kahwin tak sampai setahun. 
Dipendekkan cerita kes diorang selesai dengan mahkamah mengesahkan penceraian diorang kerana sebelum ni suami dia berkali2 melafazkan dengan niat untuk meninggalkan dia.... huhuhu.
Tapi persoalannya ialah apakah punca yang menyebabkan masalah macam tu berlaku. Kalau nak di ikutkan dari cerita, salah satu puncanya adalah campurtangan daripada pihak ke tiga... dalam kes ni mak mertua adik kawan sy ni yang agak cemburu apabila anaknya terlalu memberi perhatian kepada isterinya. Maka jalan mudah adalah dengan mengada2 kan cerita negatif hinggakan berjaya mempengaruhi anak nya dan sejak itu hubungan mereka sentiasa tegang dan selalu bergaduh hingga satu ketika mendatangkan kecederaan kepada adik kawan sy ni... Dengar tu memang simpati jugak sebab muda2 lagi dah ada title..tapi kadang2 semua ini ada hikmahnya. Semuga adik kawan sy ni sentiasa tabah dalam menghadapi kehidupan yang mendatang dan bertemu jodoh yang sesuai dah saling memahami.... 

Tuesday, June 2, 2015

TEGANGKAN WAJAH CARA TRADISIONAL

Menegangkan muka atau wajah ni sekarang bukan saja dititik beratkan oleh kaum wanita tapi kaum lelaki jugak sudah mula 'pandai' menjaga ketegangan muka. Sebab tu sekarang terdapat banyak produk2 'kemachoan' yang berada di pasaran.. Tapi jangan kita lupa kecantikan wajah telah pun di amalkan sejak dari zaman nenek moyang kita dulu2 dengan cara tradisional. Antara petua2 nya yang dapat sy google adalah:
1. Pukul sebiji putih telur yang dicampurkan dengan sedikit tepung sagu. Letakkan beberapa perahan limau nipis. Pukul hingga sebati. Kemudian lumurkan ke seluruh muka macam masker dan biarkan untuk sejam atau dua, kemudian di bilas dengan air bersih. Boleh di amalkan 3 kali seminggu.
2. Ada petua yang menggunakan bunga iaitu dengan mengisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka serta bunga raya, kemudian bahan tadi dicampurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air supaya jadi pekat dan lumurkan ke muka sebelum tidur. Cuci esoknya dengan air suam.
3. Ambil sebiji tomato dan kulit pisang. Di kisar halus dan kemudian dicampur dengan tepung sagu sehingga dapat sukatan yg agak pekat. Lumurkan ke muka dan biarkan selama sejam atau lebih dan kemudian bolehlah dibilaskan dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu. 
4. Petua paling mudah adalah dengan memperbanyakkan minum air kosong, walaupun kesannya bukan nampak tang tang tu jugak tapi untuk jangka masa panjang. Bila kita berumur 50an keatas kulit kita masih tegang dan kurang berkedut kerana kesan pengaliran darah yang baik hasil daripada kita sentiasa mengamalkan minuman air kosong atau air suam kosong, sekurang2nya 8 gelas sehari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails