Friday, February 27, 2015

BUKAN KE U DAH TANYA

"U...!! Temankan I boleh?" Allyn tiba-tiba bersuara.
"Kemana? Nak buat apa?" tanya Daniel sambil berkerut-kerut kehairanan.
"Banyak tanyalah U ni.. Nak ke tak nak?" sambil Allyn mencebik jauh memandang.
"Yelah..yelah. U nak kemana?" Daniel mengalah, kalau tidak pasti lagi panjanglah muncung Allyn, sambil menarik lembut tangan Allyn.
"U...!! Temankan I boleh? tiba-tiba Allyn bersuara lagi.
"Ehh..ehh. Bukan U dah cakap ke tadi?" double trouble kerutan di dahi Daniel.
"Bila masa pulak I tanya ni? Ke orang lain yang tanya tapi cakap I yang tanya... kan?" Kali ni Allyn terus memalingkan muka sambil mengertap bibirnya.
"Emmm tak pelah. Sorry sayang. I salah dengar kot.. Jom. Kita nak kemana? Nak buat apa?" Tanya Daniel sambil cuba mencuri-curi senyum.
"Ehh..ehhh. Bukan ke U dah tanya I soalan tu tadi?" Kali ini Daniel pulak mencebik sambil muncung bibirnya memanjang memcecah KLCC.....

Tuesday, February 24, 2015

PETUA MEMUTIHKAN GIGI DULU-DULU

Sekarang ni mungkin banyak produk2 untuk memutihkan gigi apalagi ubat gigi yang adanya mengatakan dapat memutihkan gigi dalam 14 harilah, sebulan lah..macam2lah..ahakss, tapi kadang2 gigi tak pun putih, yang putih ialah gusi kita sebab dok asyik menyental je....ahaksss lagi. So apa kata kita cuba petua orang dulu2.. so survey punya survey, adalah beberapa cara diantaranya adalah:
1) Ambil sebiji buah pinang dan kacip halus2, kemudian dibakar sehingga menjadi arang. Sapukan ke permukaan gigi kita dan biarkan dalam beberapa minit dan kemudian bolehlah dikumur dan bilas.
2) Kulit buah oren, limau mahupun lemon jugak boleh memutihkan gigi. Anda hanya perlu ambil kulit oren tu dan gosok2 di permukaan gigi hingga bersinar..huhu. Jadi sekarang musim limau kan, sambil makan sambil sental gigi tu dengan kulit limau...ahakss
3) Buah strawberi yang di tumbuh lumat ( 1 biji ) dan dicampur dengan sedikit baking soda jugak dapat memutihkan gigi. Cuma perlu sapu pada gigi dan biarkan beberapa minit dan kemudian kumur. Ada jugak petua buah lemon dicampurkan dengan baking soda.. 
4) Kulit pisang jugak dapat memutih kan gigi..emm semua pakai buah je.. ambil sedikit kulit pisang dan tumbuk hingga lumat, kemudian campur sedikit perahan limau dan baking soda. lumur pada gigi untuk seketika dan kemudian kumur...
So selamat mencuba ye... Jap lagi sy pun nak menyental dengan kulit limau... almaklum sekotak limau jiran bagi belum habis2 lagi..

Monday, February 23, 2015

ADUHSSS MALASNYA.

Cuti 5 hari yang cukup meletihkan... Biasalah kalau dah cuti panjang, mood nak kerja tu lari entah kemana2, kelaut lah, ke gunung everest lah, ke hutan belantaralah. Pendek kata, memang penyakit malas tu melekat aje, elok je jadi sahabat karib baik pada mata, tangan mahupun kaki. Kalau ikut kan hati nak aje sambung cuti, tarik selimut dan sambung tidur.. tapi pepatah ada berkata ikut rasa binasa, ikut hati..errrr tak moo tak moo, baik gi je kerja walaupun berat macam mana sekalipun..ahaksss.
Ok, cukup intro pemanas badan.
Cerita pasal cuti ni, sinonim jugak dengan cerita pasal jam kat mana2 highway tak kira lah nak balik ke arah utara, selatan, timur dan barat.. memang jam kalau tak kena gaya dan nasib. Sama jugak lah dengan nasib sy. Jam nya perghhh sampaikan bukak lagu kat radio pun boring apalagi bila deejay2 nya pulak berceloteh entah apa2. Last2 sy pasang CD..sendiri jadi deejay..ahaksss.
Apa2 pun untuk yang sudah mulakan kerja hari ni selamat menjalan kan tugas. Nanti pejam celik pejam celik...Raya puasa pulak..huhu. Jauh betul imiginasi.

Friday, February 20, 2015

TIPS LANGKAH BERJIMAT CERMAT

Entry ni sy share daripada blog Maisarah dan sy share pulak dengan anda semua sebab rasanya berguna dan banyak tips yang boleh kita buat dalam menghadapi dunia globalisasi yang semakin menyusut apalagi bila berkait dengan nilai matawang kita. Tips2 ini telah di kongsi oleh seorang Pensayarah UITM iaitu Azizul Azli Ahmad yang jugak seorang penulis buku. Sy cuma share sebahagian saja, nak banyak lagi anda boleh ke blog Maisarah. Antara langkah2 berjimat cermat adalah:

1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung
6. Potong kad kredit jadi 2
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah
26. Barang terpakai bukan dosa
27. Beli baju di Mydin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
Ahakssss.... jom.

Thursday, February 19, 2015

APA PERANCANGAN CUTI PANJANG NI?

Entry ni sy buat advance beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina..ahakss. Sebab apa? Sebab memang dah dijangka cuti panjang tu nanti akan ada penyakit kemalasan nak update entry sebab sudah pastinya sy takkan bersama2 dengan laptop sy tapi sebaliknya akan berjalan2 sana sini situ sinun. Jadi sebelum blog ni kosong, baik kita readykan.. apa kata orang, rehearsal ehhh? 
Kalau ikut perancangan, sy akan ke Kelantan kerana nak menghadiri majlis kenduri kahwin saudara belah mak. Lama jugak tak ke Kelantan..huhu. Tu tak tahulah berapa hari kat sana, yelah tengok jugak keadaan kalau sedara dah paksa tidur ke bermalam ke..dapat jumpa balik ke 'kawan2' lama..ahakss.. kan kan kan. Tapi rasanya diorang sekarang ni pun dah merantau keluar dari Kelantan.
So apa plan cuti panjang anda kali ni? Pastinya sy rasa ramai yang balik kampung. Apa2 pun sentiasa berhati2 di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat.

Wednesday, February 18, 2015

KATA ORANG TENUNGLAH MATA INI..

Kadang-kadang dalam pergaulan kita seharian..nak-nak pada zaman sekarang ni, susah untuk menduga dan menjangka hatibudi serta keikhlasan seseorang samada bersikap jujur mahupun tidak. Sehinggakan kadang-kadang, dengan kelembutan dan kelunakan suara dan kata2 saja sudah mencairkan seseorang tanpa diketahui akan niat sebenar tersirat daripada kata2 tersebut, apalagi dalam dunia cyber alam maya...macam2 boleh terjadi.
Ada jugak orang berkata, kalau kita nak tahu kejujuran seseorang, kita cuma perlu tenung dan renung mata dia. Kata orang lagi, mulut cuma manis untuk berkata2, namun keikhlasan hati terpancar dari mata yang bersinar..huhu. Dalam sungguh maknanya...orang katalah. Jadi jika kita lihat seseorang itu kerap memandang ke arah lain atau matanya berkedip cepat sewaktu di ajukan soalan, maka adalah yang tak betul tu.... ahakss ( kecuali kalau mata dia memang betul2 sakit )
Apa2 pun, akal dan hati kenalah seiring dalam membuat keputusan. Akal dalam menentukan baik buruk dan hati dalam menentukan kejujuran dan keikhlasan seseorang. Dalam perhubungan, tidak kira kawan mahupun yang lebih serius, kita bukan merancang untuk seketika, kalau boleh biarlah ianya berpanjangan sehingga ke akhir hayat... tak gitu?

Tuesday, February 17, 2015

RESEPI PUCUK UBI GORENG SOS TIRAM


Semalam ada jiran sebelah rumah baru balik dari kampung. Kalau balik dari kampung pasti adalah sikit2 hasil kampung yang dia bagi kat jiran2... So dapatlah ubi kayu beberapa batang dengan pucuk ubi kayu muda seikat. Emm nak masak apa ye? Last2, apa kata masak style sos tiram... So, apalagi. Jom jom jom...

Antara bahan2nya adalah :
1 ikat pucuk ubi ..agak2 lah ye. Pucuk ubi ni dibersih dulu dan direndam dengan air garam untuk hilangkan getahnya.   
1 biji bawang besar dihiris
kasar
2 ulas bawang putih dihiris kasar
3 biji cili merah dihiris kasar
3 biji cili padi dihiris kasar
1 bahagian isi ayam dipotong dadu. Guna daging pun boleh. ikut citarasa anda.
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Gula dan garam secukup rasa.
Cara memasaknya cukup mudah. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kan bawang besar dan putih sampai naik bau, kemudian masukkan ayam. Agak dah masak sikit ayam tu, masukkan bahan2 lain kecuali pucuk ubi dan gaul hingga sedikit pekat. Kemudian masukkan sedikit air dan pucuk ubi dan gaul hingga sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan siap untuk dimakan... 


Monday, February 16, 2015

SAMPAINYA HATI...

Pada hari Jumaat yang lepas sewaktu dalam perjalanan masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.. ternampaklah sy 2 orang wanita bersama 'anak' diorang yang masih kecil lagi duduk di perkarangan masjid meminta simpati dan sedekah daripada orang ramai yang datang. Sy rasa kadang2 bukan sahaja di masjid, pasti ada jugak di tempat2 lain.
Persoalannya bukanlah pasal diorang meminta sedekah tu, tapi pasal budak2 kecik tu yang sy rasa tak patut sama sekali diheret bersama. Sy pun tak pastilah diorang ni warga apa. Kadang2 tu sy lihat mereka sengaja duduk ditengah2 panas padahal ada tempat yang lebih redup... Mungkin sebab 'anak' diorang ni dah terbiasa dengan keadaan tu, ada yang boleh tidur di tengah2 panas.
Ada jugak kadang2 sy lihat mereka2 ini berjalan2 menjual tisu sewaktu kereta2 berhenti di traffic light. Kadang2 sy rasa benda2 ni boleh membawa mudarat kepada mereka apalagi dengan keadaan traffic yang sesak.
Apa2 pun sy rasa, perkara2 seperti begini patut dihentikan dan pihak berkuasa perlu mengambil satu tindakan dan mencari jalan penyelesaiannya... terutamanya bila melibatkan kanak2 yang kecil. Tepuk dada tanya selera...

Thursday, February 12, 2015

BANYAKNYA IKLAN DARI NUFFNANG

Tahun baru cina dah nak dekat kot, jadi banyaklah iklan2 dari Nuffnang berkumandang di blog ni. Sekali sekala kan..bukan selalu pun dapat tengok iklan2 dari pelbagai advertiser dalam masa yang sama. Anyway, terimakasih Nuffnang dan advertiser yang memeriahkan dunia blogging sambil memberikan sedikit pendapatan sampingan....
Cakap pasal tahun baru cina ni, terfikir pulak apa nak buat cuti panjang nanti... Sure sunyi sepi suasana kat bandar seperti macam dulu2 lah..nak tengok KL sunyi masa raya cina nilah sebab banyak perniagaan tutup, kereta kurang..tapi orang tetap ramai, cuma bukanlah dari warga kota tapi warga asing.. ahaksss.
Tekak pun dah mula rasa macam nak batuk2 ni sebab dok asyik makan limau je tiap2 hari. Sekali supplier datang bawak 2 kotak limau, ada yang manis ada yang masam..yang tawar pun ada. tapi dah orang bagi..free pulak tu, hentam sajalah labu, Nanti dah habis musim raya cina, tercari2 pulak limau.

Wednesday, February 11, 2015

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA ALA SANTAI

Gambar dah terdelete, terpaksa pinjam Google
Entry ni sy re'update' balik sebab bila sy bukak entry yang asal, semua blank. Dalam nak update2 tu terdelete lah pulak gambar ikan siakap yg sy masak tu..aduhsss. Habis ikan sy hilang..ahaksss. Anyway, tak pe...janji resepinya tak hilang. So kita mulakan balik ye.
Antara bahan2 untuk membuat Ikan Siakap 3 Rasa Ala Santai adalah:
Ikan Siakap Goreng
Seekor ikan siakap
Tepung Jagung
Telur
Minyak secukup rasa..ahakss
Ikan siakap ni kena goreng dulu. Kita gaul ikan siakap ni dengan telur, kemudian salut denga tepung jagung dan kemudian gorengkannya, dah garing kita ketepikan.
Kuah 3 Rasa
3 biji bawang merah dipotong kasar
3 biji bawang putih dipotong kasar
2 biji tomato dipotong 4
sedikit halia
3 batang cili padi dihiris kasar
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 @ 2 potong nenas dipotong dadu
garam, kicap dan gula secukup rasa.
Cara memasak kuahnya mudah sangat. Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang merah dan putih, tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan semua bahan kecuali nenas. Dah agak sebati dan kuah mula memekat, masukkan nenas, garam, gula dan kicap secukup rasa. Kacau dalam 2,3 minit dan kemudian curahkan di atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.. walaaaa. siap untuk dimakan panas2..huhu

Friday, February 6, 2015

KATA ORANG LANGIT TIDAK SELALU CERAH...

Kehidupan di dunia ini hanyalah satu kehidupan yang singkat...tapi dalam sesingkat itu jugak kita dapat merasakan saat2 berada dibawah dan di atas, saat2 susah dan senang, berduka dan bahagia. Disaat kita berada dibawah, disaat itulah menguji ketabahan dan kesabaran kita menghadapi dugaan untuk kembali bertapak dan bangkit dari kegagalan. Disaat kita berada di atas, disaat itulah menguji kemuliaan dan keikhlasan hati untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.....
Tapi kadang2, ada yang lupa...
Pernah dulu sy mempunyai seorang kawan.. sama2 belajar di IPTA dan sama2 kami mencari kerja. selepas kami grad. Adalah dalam 5,6 orang antara kami dan kami bernasib baik 4 daripada kami mendapat kerja ditempat yang sama, jadi senanglah nak melepak, bersembang, berdiskusi bersama..huha huha. Tiada yang berubah sehinggalah satu hari dia di naikkan pangkat menjadi pengurus kerana jabatan tempat dia bekerja ada kekosongan dan orang paling layak adalah kawan sy ni. Pada mulanya kami semua tumpang gembira, menyambutnya dengan teruja kerana antara kami ada yang sudah berjawatan tinggi namun sedikit demi sedikit perubahan mula kelihatan. Kawan sy ni dah mula tidak join group dan jarang berkomunikasi walau di luar waktu pejabat. Apalagi bila waktu bekerja, jarang sekali dia memandang kami dan sikap dia jugak sudah berubah menjadi pemarah. Nasib baiklah kami ni tidak satu jabatan..kalau tak dengan sy pun dia marahnya..ahaksss.
Well, itu cerita dulu. Beberapa bulan lepas tu sy dan rakan2 sy berhenti kerana mendapat pekerjaan yang lebih baik dan jugak tak sanggup melihat perubahan kawan kami tu.

Monday, February 2, 2015

SAHABAT - TIFFANY LAGU PILIHAN BULAN INI

Lagu pilihan Jomsantaisekejap bulan ini adalah lagu nyanyian penyanyi cilik baru berusia 15 tahun dari Indonesia yang nama asalnya adalah Tiffany Kenanga Mandalawangi... So kita enjoy.

SAHABAT - TIFFANY
Ketika aku berduka
Kau selalu ada memeluk lukaku
Di saat ku butuh teman
Yang mengertiku, bahagiakanku
Telah banyak cerita yang kita lalui
Menangis bersama dan tertawa
Jarak di antara kita tak lagi bermakna
Engkau sahabatku selamanya
Sahabat kau bagai bintang
Hiasi malam dengan indah terangmu
Sahabat kau takkan hilang
Walau kau jauh tapi dekat hatiku
Telah banyak cerita yang kita lalui
Menangis bersama dan tertawa
Jarak di antara kita tak lagi bermakna
Engkau sahabatku selamanya
Sahabat kau bagai bintang
Hiasi malam dengan indah terangmu
Sahabat kau takkan hilang
Walau kau jauh tapi dekat hatiku


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails