Saturday, January 31, 2015

PLAN HUJUNG MINGGU.. SEMAI ROS JEPUN

Antara pokok2 bunga ros jepun yg sy tanam
Diam tak diam dah penghujung bulan Januari 2015... Rasa macam sekejap pulak. Entry awal bulan pun tak banyak tapi masa berlalu begitu pantas. Betul jugak kata orang, kalau kita menunggu dan mengira waktu, pasti akan terasa lambat, kalau kita buat sesuatu tanpa memikirkan soal masa, pasti terasa cepat..... 
Cakap pasal masa, apa plan anda hujung minggu ni? Emmm... sy rasa macam dah lama sangat sy tak 'mengemaskini' tanaman pokok2 bunga kat laman rumah. Yelah sejak musim hujan beberapa minggu yang lepas menyebabkan susah sy nak tanam pokok2 bunga baru dan baikpulih tanaman yang ada, so harap2 hujung minggu ni cuaca cerah... niat nya nak semai balik pokok bunga ros jepun yang dah lama tak sy semai...takut lama2 nanti hilang dah pokok tu sebab tak disemai baru..huhu.

Friday, January 30, 2015

MENYESALNYA...

Gambar memang tak ada kaitan langsung - Ehsan Google
Emmmm.... macam mana nak start cerita ye? 
Kadangkala kecanggihan teknologi terutama dalam pengunaan handphone ni harus jugak berhati2 terutama dengan kemasukkan segala macam iklan dan virus yang datang sekali dengan apa2 program yang kita download... Applikasi yang terlalu banyak apa lagi PERCUMA samada applikasi camera, games dan macam2 yang boleh terdapat dalam playstore mahupun windows...
Minggu lepas sy adalah download beberapa applikasi untuk kegunaan sy tapi macam biasalah, kadang2 applikasi ni selalu datang dengan pelbagai iklan yang menyakitkan hati.. sikit2 keluar iklan..sikit2 keluar iklan. Entah mcm mana dalam sedar tak sedar, bila sekali tu iklan keluar sy ter'klik' dan ter'download'... Keluarlah warning cakap handphone dalam bahaya..ahakss. Dengan pantasnya sy uninstall atau delete balik applikasi tu tapi seminit kemudian, keluar balik perkataan warning tu..aduhsss. Sah dah terkena virus. Apa lagi terus sy kekedai handphone dan suruh diorang repairkan.. Nak tak nak katanya kena reinstall balik atau buat factory reset.... huhu. Menyesal tak sudah....Nasib baiklah kebanyakan data dah sy simpan dalam memory card.
Itulah ceritanya. 

Thursday, January 29, 2015

SAYURAN DAPAT MENCEGAH KANSER

Aduhsss dekat seminggu jugak sy tak sempat nak update blog kerana terpaksa bergegas ke Johor atas urusan keluarga... Ni baru je berkesempatan untuk menjenguk balik blog dan dengan serta mertanya sy terus update.. ahaksss.
Masa kat JB sempatlah sy makan malam dengan kawan2 lama dan pekena mee rebus kegemaran sy. Dalam ramai2 orang tu ada sorang kawan sy ni vegetarian. Tak makan daging, cuma sayuran. So sy tanyalah dia, tak boring ke makan sayur je. Dia cakap mula2 tu memang ada jugak rasa boring tapi lama2 dah okay. Lagi katanya sayuran ni menyihatkan dan banyak fungsi untuk mencegah kanser. Tertarik dengan kata2 dia tu, sy pun survey kat internet dan antara sayuran yang dapat membantu mencegah kanser adalah:
1.  Ubi keledek kukus
2.  Ubi keledek mentah
3.  Asparagus
4.  Kubis Bunga
5.  Kubis
6.  Brokoli
7.  Daun Saderi
8.  Kulit terung
9.  Lada Benggala
10. Lobak Merah
11. Bunga Lili Kering
12. Kubis Cina
13. Kailan
14. Sawi
15. Sawi Jepun
Dan lain-lainnya lah...

Tuesday, January 20, 2015

TERKENANG PERMAINAN DULU-DULU

Terkadang... dalam sibuk budak2 sekarang bermain games daripada playstation, tablet mahupun handphone yang boleh di download dengan senangnya membuatkan mereka tidak lagi mengenali permainan dulu-dulu sebelum adanya segala kemudahan canggih itu. 
Paling mudah nya adalah permainan tutup botol atau sy panggil 'ceper'. Dulu-dulu minuman packagingnya tak macam sekarang yang menggunakan plastik dan kotak, tapi banyak kepada botol2 dan tutupnya itu selalu digunakan untuk membuat permainan ceper dan kadang2 ada juga digunakan untuk membuat gasing dengan menggunakan benang, cuma kena ketuk dengan penukul bagi meratakan, buat lubang kat tengah dan masukkan benang secukup rasa dan pusing..ahakss.
Cakap pasal permainan ceper, paling best bila dapat menggunakan kemahiran tangan untuk mencungkil, membuat hantaran silang, mencilok pada laluan sukar..huhu. How i miss that game. Dengan tangan sy yang agak besar, setakat nak 'timbang' dan dapat 'tangkap' semua tutup botol tu..kacang je. Anyway, semua tu pastinya akan pupus kalau tiada pihak2 yang dapat mempromosikan balik permainan dulu2...yang mana semuanya menggunakan apa yang ada di keliling kita..

Monday, January 19, 2015

RESEPI KACANG BOTOL GORENG BELACAN

Ehsan Google
Minggu lepas sempatlah jugak sy memasak satu masakan mudah. Kacang botol goreng belacan. Ada yang cakap kacang botor..ada jugak yang cakap kacang kelisa. Apa2 pun janji rasanya sama. Ok, antara bahan2bahan nya adalah:
Satu peket kacang botol atau dalam 15-20 batang kacang botol dan dipotong serong
4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, ikut rasa selera andalah kalau nak kurang atau lebih
4 biji cili merah
setengah genggam udang kering
Garam dan kicap secukup rasa.
Cara membuatnya pun senang. Udang kering yang telah direndam dan ditoskan, ditumbuk bersama2 dengan cili, belacan dan bawang putih hingga lumat.
Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang telah ditumbuk dan tumis hingga sedikit garing, kemudian masukkan kacang botol dan gaul sehingga sebati. Campurkan sedikit beberapa camca air bagi mendapatkan sedikit kuah...Sy memang suka sambal yang berkuah sikit. Kemudian masukkan garam dan kicap secukup rasa... Gaul beberapa minit dan bolehlah dihidangkan. 



Friday, January 16, 2015

KATA ORANG MAKAN TAK LALU...

Kalau dah kena penyakit 'angau', pastilah melekat kata2 makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, jalan tak jejak, pandang tak nampak...ahakkss. Macam2 bidalan nak menunjukkan betapa kesannya cinta itu terhadap seseorang, tapi masa tengah bercintalah..lepas tu makan entah kemana, tidur memang tak lena sebab teringat orang lain, mandi tak basah sebab memang dah malas nak mandi. Barulah keluar semua sifat2 negatif yang selama ini kita tak nampak atau tidak ditunjukkan. Ada yang berkata, masa bercinta semua yang baik aje kita nampak, yang indah2 aje yang keluar...emmmm tepuk dada tanya selera.
Apa-apa pun dalam keadaan macam tu, kita sudah pun membuat pilihan dan baik buruk tu terpaksalah kita menerimanya dan berusaha untuk menjadikan perhubungan yang kita pilih itu menjadi lebih baik...sebaik mungkin. Kata orang, kita tidak akan tahu apa yang ada disebalik sebuah gunung jika kita tidak mendakinya, begitu jugaklah dengan setiap perhubungan yang telah kita bina. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..

Thursday, January 15, 2015

PETUA KURANGKAN RABUN MATA

Sejak dua menjak ni sebab terlalu sangat asyik dok menatap computer, buat report ni buat report tu, bila rehat, handphone pulak jadi sasaran...akhirnya yang jadi mangsa adalah mata sendiri. Boleh jadi blurr sekejap...ahakss. Nak buat macam mana, memang tak sempat nak rehat.
So nak rehat kan mata, belek2 lah kat internet cari petua nak kurangkan rabun menggunakan komputer ( ahakss guna komputer lagi ) terjumpalah beberapa petua antaranya adalah dengan mengamalkan makan betik setiap hari. Sepotong betik pun dah cukup baik tapi kenalah maintain setiap hari..selain boleh melancarkan sistem penghadaman badan. Amalan memakan lobak jugak amat digalakkan dan hasilnya lebih cepat tetapi jika kita agak susah nak makan lobak mentah, boleh lah dibuat carrot juice atau carrot susu...Ada jugak petua mengamalkan minum air rebusan sayur sawi. Direbus dan kemudian disimpan sejuk dan diminum. Amalkan 3 kali seminggu, rabun anda akan berkurangan.....Petua terakhir adalah dengan membasuh mata dengan tapisan air kelapa ( tidak kira kelapa muda atau tua ) Belah kelapa dan tapis airnya sebersih2 nya kerana kita akan mencuci mata, jadi elakkan dari sebarang habuk atau hampas kelapa ada di dalam air tapisan dan kemudian cuci mata dengan menggunakan air tersebut, Seeloknya air tu biarlah dalam bekas yang sebesar muka kita..rendam sekali muka tu, Dapat bersihkan mata dan muka sekali...

Monday, January 12, 2015

JOM MAKAN DI BOAT NOODLE GAMUDA WALK

Lama jugak sy tak post entry pasal jom makan-makan, almaklumlah nak mengikuti kempen makan di rumah, masak sendiri..sambil langkah berjimat cermat. Tapi sebab minggu lepas sy tersinggah kat Gamuda Walk di kawasan kota kemuning, tersinggah pulak kat restoran Boat Noodle yang ada sy dengar sedap mee dia ala2 tom yam, ala2 johnny steamboat pun ada, maka sy pun tercubalah jugak. Pernah jugak dulu hebat diperkatakan tentang isu halal kat restoran Boat Noodle ni. So bagi anda yang nak makan kat mana2 restoran tu pastikan dulu mereka sudah mendapat sijil halal daripada Jakim. 
So apa sy makan? Sebenarnya bila tengok menu, sy tak nampak banyak sangat menunya, so sy order beberapa beef thai rice noodle dengan chicken thai rice noodle dengan dua pilihan sosnya. Semangkuk tak mahal RM1.90 je so kita kena order beberapa mangkuk baru kenyang..ahaksss. Air sy order green tea. Memang sedap airnya cuma airbatunya terlalu banyak.. beberapa kali sedut airnya dah habis,,,ahakss. Tapi noodle dia memang sedap. So bagi anda yang ingin rasa noodle ala2 thai tom yam..cubalah di Boat Noodle, tapi pastikan dulu tempat tu ada sijil halal ye, jadi kita makan pun kenyang luar dan dalam. Tu yang sampai sy bedal 7 mangkuk...ahaksss. 

Saturday, January 3, 2015

INTO THE TAUFAN...

Awal-awal tahun lagi dah terima macam2 whatsapp dan tweet pasal taufan yang akan melanda Malaysia... selagi dengar memang kecut perut, teringat sy bila pernah dulu menonton filem Into The Storm yang mengisahkan tentang saat2 penduduk satu kawasan menghadapi ribut taufan.. Memang mengerikan tapi kat situ memang dah selalu sangat berlaku taufan jadi langkah2 berjaga sudah pun di buat.. Bagaimana dengan Malaysia andakata benarlah taufan melanda? 
Walaupun paling last whatsapp yang sy terima Jabatan Meteorologi mengatakan semua perkara mengenai taufan yang akan melanda Malaysia adalah tidak benar, cuma angin kencang yang akan melanda perairan berdekatan Sabah dan Sarawak, tapi kejadian banjir yang melanda pantai timur khasnya perlu di ambil iktibar. Walaupun kita memang tahu banjir selalu berlaku tapi kali ini keadaan nya amat teruk dan kemusnahan melibat ratusan juta.. belum lagi kos untuk membangunkan dan membaik pulih...
Apa2 pun diharap segala urusan dipermudahkan dan saat inilah kita dapat lihat betapa ramai rakyat Malaysia datang membantu sesama kita dalam misi memberi bantuan kepada mangsa2 banjir.. Tabik hormat sy kepada mereka2 ini.
  

Friday, January 2, 2015

ENTRY PERTAMA 2015

Entry pertama 2015 dan sudah pastinya berkait dengan azam, tak kiralah azam tahun lepas tercapai atau tidak, yang pastinya azam tetap azam.. kan kan kan. So apa azam anda tahun ini? Tahun ni azam sy agak tidak kepada sifat, kerjaya mahupun sikap..tapi lebih kepada ke arah penjimatan dalam menghadapi kos kehidupan.... ahakss. Langkah2 memang banyak tapi antaranya adalah seperti menambahkan pendapatan sampingan dan mengurangkan perbelanjaan, berjimat ke tahap maksima ( tapi tak adalah sampai tak makan, maksudnya beli apa yang perlu dan bila ada jualan) Kurangkan melancung atau melencung yang melibatkan banyak kos sebaliknya bercuti yang tidak melibatkan banyak kos seperti berkelah di pantai, ke sungai2 yang berdekatan..ahakss. Penggunaan telekomunikasi lebih kepada yang menawarkan perkhidmatan percuma dan banyak lagilah yang sy rasa pastinya mereka2 yang ingin berjimat akan membuat langkah2 yang sama... Dunia akan menuju ke tarap peningkatan kos sara hidup yang tinggi. 
Bagi dunia blogging pulak, sy cuba untuk perbanyakkan blogwalking untuk menambah ilmu dan membaca entry berguna.. ahakss yang ini langkah berjimatnya adalah daripada kita membuang masa di luar, baik kita buat blogwalking...kan kan kan. Pasal entry tu susah lah nak buat azam sebab bergantung kepada kesibukkan masa.. 
Tahun ini jugak sy akan mengurangkan ruang iklan Nuffnang bagi memberi ruang kepada iklan2 serta affiliate 2 yang lain, walaubagaimanapun sy tetap tidak akan menjadikan blog ini penuh dengan iklan kerana iklan2 dan affiliate tu semua hanyalah sampingan aje.
Apa2 pun, Selamat Tahun Baru 2015 sekali lagi kepada semua rakan bloggers.      

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails