Wednesday, September 24, 2014

AKHIRNYA SELESAILAH SUDAH...

Akhirnya berlalu lah sudah kesibukan melampau... setelah 2,3 minggu di hempas pulas dengan soalan2 yang bertalu2 dari auditor, akhirnya selesai sudah. Bolehlah kita memulakan balik perjuangan yang belum sudah..ahaksss.
Banyak benda yang nak ditulis sepanjang 2,3 minggu yang lepas tapi memang tak sempat... sempat buat tajuk je supaya bila masuk balik kat entry, taklah lupa apa yang nak kita tulis sebab dah tahu tajuknya...
Anyway, to all rakan bloggers yang masih sudi singgah walaupun sy seminggu ni memang tak sempat nak singgah balas atau blogwalking, terimakasih banyak2...huhu.

Monday, September 15, 2014

SECUBIT KISAH BABAK 3 - SEMAKIN TERASA DEBARAN

Ini merupakan kesinambungan Secubit Kisah Babak 2 - Siapa Allyn dulu..... 
Beribu persoalan masih tidak terjawab, masih menjadi tanda tanya siapalah Allyn? Adakah mereka pernah bertemu? Tapi takkan lah Daniel boleh lupa... Mungkin jugak kawan sekampung dulu2 atau kawan masa sekolah rendah?
"Haaaa...mengelamunlah tu pasal Allyn...tak habis2." sapa Husin mengejutkan Daniel yang sedang terpaku walaupun sedang mengadap makanan tengahari di cafe.
"Entahlah..puas dah aku dok fikir tapi memang tak ingat langsung..." jawab Daniel pendek.
"Kau apa yang ingat. Nasib baik aku ni kau ingat..kalau tak aku tak tahulah..." Husin cuba berselorok sambil melihat sedikit senyuman di wajah Daniel...
"Haaaa..tu tu tu. Buah hati kau dah datang. Apa lagi.. pi lah tanya dia kenal kau ke tak? Kan elok daripada kau dok fikir sorang2 macam orang gila dah aku tengok" sambil muncung mulut Husin menunjuk2 ke arah Allyn yang sedang berjalan menuju ke cafe....
"Hisshh kau kesini..."
"Kau tak nak aku panggil kan..kita kan senior." Belum sempat Daniel melarang Husin.....
"Allyn!! Sini jap...ada hal." sambil melambai2 ke arah Allyn.
"Haaahhh...Abg berdua ni lagi? Nak apa pulak kali ni?" Tanya Allyn sambil melihat Daniel yang agak serba salah dengan ajakan Husin tadi.
"Ni haahhh abg kau nak tanya soalan cepumas... Haahhh Daniel tanyalah..dan dan tu jadi pemalu pulak" usik Husin. Tahu benar dia perangai malu Daniel.
"Ahhhh..ada apa bang? Allyn nak cepat ni.. lepas ni ada kelas" 
"Ye ye ke? Macam tu tak pelah lain kali lah kita sembang..." Husin seakan lega bila Allyn bergegas untuk ke kelas.
"Apalah punya slow kawan aku ni... Ni hah, Abg Daniel ni nak tahu Allyn pernah kenal dia tak dulu ke..pernah jumpa ke..pernah cakap ke...ada tak?" Husin terus aje mencelah melihat Daniel agak lambat...
"Pernah...." Jawab allyn pendek. Lalu terus meninggalkan Daniel terpaku dan Husin ternganga seketika.

Friday, September 12, 2014

SEJENAK KITA IMBAS

Bila kita imbas.....
Perjalanan hidup yang telah kita lalui pastinya banyak sketsa suka duka, pahit manis dan turun naik nya. Ada yang terpaksa kita menempuhi pelbagai rintangan, kesusahan dan dugaan dan tidak kurang jugak ada yang menemui kejayaan dan kebahagiaan.
Sekali kita imbas...
Semua itu jugaklah yang akan kita tempuhi pada masa akan datang kerana kita tidak akan tahu apa yang ada di depan. Mungkin kita akan lebih berjaya dan mungkin kita akan menerima rintangan dan dugaan yang lebih menguji sikap dan sifat diri kita.
Lalu kita rumus kan imbasan2 itu dan berfikir sejenak... Kemanakah kita sekarang? Adakah masih di tempat yang sama atau ke tempat yang lebih baik atau semakin teruk? Bagaimana pulak harapan kita pada masa akan datang?
Tujuan sy menulis entry ini adalah kerana sy tengah pening dengan kerja yang banyak...maka terhasillah entry yang sebegini rupa...ahakss


Thursday, September 11, 2014

RESEPI SAMBAL KERANG ALA SANTAI

Ehsan Google
Rasanya dulu pernah sy share entry pasal resepi sambal kerang dan kali ini sekali lagi sy share, cuma sy tambah sana situ sini bagi mempersedapkan lagi rasanya. Antara bahan-bahannya adalah:
3 kg kerang direbus dan diambil isinya.
4 biji bawang putih dikisar 

4 biji bawang besar kisar
4 batang cili merah dikisar
1 biji bawang besar dipotong kasar

Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Cara memasaknya pula adalah mula-mula panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama belacan sehingga naik bau. Kemudian masukkan kerang, bawang besar dan air asam jawa. Gaul sehingga sebati dan sedikit pekat. Kemudian masukkan garam dan gula merah secukup rasa atau air jika anda inginkan kuah sambal sedikit. Dalam beberapa minit, bolehlah anda angkat dan hidang.


Kadangkala, sy campurkan jugak tempe goreng atau tahu goreng dalam sambal untuk mempelbagaikan masakan sambal tersebut. Apa saja boleh ditambah mengikut selera anda dan tidak mengubah rasa masakan itu sendiri.

Tuesday, September 9, 2014

SIBUK SIBUK SIBUK

Seminggu ni banyak pulak kerja2 yang kena sy buat menyebabkan tak sempat untuk sy meluangkan masa mengepost entry...Blogwalking pun masa dekat2 nak balik kerja baru sempat nak singgah blog rakan2, ..
Semalam paling rekod lah bila sy balik pukul 2 pagi..ahaksss. Memang tak sedar langsung. Kerja punya kerja punya kerja..tengok jam dah pukul 1.30 pagi. Maklumlah office kat kawasan sy ni walaupun pukul 2 pagi masih lagi banyak kereta lalu lalang, jadi tak terasa lah masa begitu cepat sampailah sy terasa mata dah kuyu..tengok jam kat laptop..tu dia. Burung hantu berjaga malam pun tidur jugak.. Apa lagi, kemas sana sini situ ..terus kunci office terus ke parking terus balik terus mandi terus ...tidur. 


Friday, September 5, 2014

RESEPI IKAN KURAU MASAK LEMAK NENAS

Ehsan Google
Semalam bila periksa2, masih ada lagi stok ikan kurau..balance2 masak sambal jambi masa hariraya lepas, so kali ini kita guna ikan kurau tu untuk masak lemak nenas..Bahan2nya taklah banyak sangat, mudah dan senang aje... Antara bahan2nya adalah:
Satu peket ikan kurau yang dijual di hypermarket ( atau 6 -8 ketul ikan kurau)
3 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 batang serai
1/2 biji nenas dipotong kotak atau nipis..ikut suka mata anda.
1 kotak kecil santan segera atau 1 biji perahan santan pekat
5 biji cili padi ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa.
Cara membuatnya lagilah senang... Panaskan 2 sudu besar minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk bersama serai. Sampai naik bau, masukkan nenas dan air sedikit hingga nenas kelihatan separuh masak. Kemudian masukkan ikan kurau dan kacau hingga sebati dan kemudian masukkan santan dan kacau. Bila nenas sudah kelihatan masak, masukkan garam dan gula secukup rasa dan siap untuk

Thursday, September 4, 2014

PENDUDUK MALAYSIA 30 JUTA

Menurut jabatan perangkaan negara penduduk Malaysia sudah mencecah 30 juta. Satu jumlah yang cukup ramai dan semakin meningkat. Apakah keadaan pada masa akan datang bila peningkatan ini semakin naik dan naik.. Apa akan jadi dengan ekonomi negara? Apa akan jadi dengan kawasan2 luar bandar? Apa akan jadi dengan tumbuhan2 yang menghijau......?
Pastinya peningkatan penduduk Malaysia seiring dengan kepesatan dan kenaikan taraf kehidupan yang sy pasti sedikit sebanyak banyak memberi impak yang besar pada kos sara hidup. Tengok saja harga rumah... Rasanya kalau tak bergaji RM2,000 keatas susah jugak nak merasa rumah sendiri.. menyewa ajelah jawabnya.
Dalam masa yang sama, terbaca sy di internet semalam jumlah warga asing yang berada di Malaysia mencecah 5.8 juta orang. 5.8 juta orang? Biar betul...Dan lagi dinyatakan daripada 5.8 juta tersebut, 2.9 juta tidak mempunyai dokumen yang sah atau tamat tempoh dan sebagainya. Emmm sy rasa kita patut ambil berat akan angka ini yang pasti jugak akan seiring meningkat sebagaimana meningkatnya penduduk Malaysia....Tak nak lah satu masa nanti, penduduk Malaysia ramai, tapi ramai lagi warga asing yang tinggal di Malaysia....huhu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails