JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, August 28, 2014

SECUBIT KISAH BABAK 2 - SIAPA ALLYN?

Ini merupakan kesinambungan daripada secubit kisah - sebuah introduksi yang telah sy post beberapa hari yang lalu............
Husin masih tidak faham dengan sikap Daniel. Kenapa dia begitu beria-ria dengan Allyn. Siapakah Allyn? Kekasihnya? Tak mungkin kerana selama ini Daniel tidak pernah menceritakan kepadanya tentang teman wanita apalagi kawan perempuan kerana Daniel begitu pemalu.. Nak tackle perempuan pun, Husin jugak yang menjadi penasihat.
Malam tersebut sewaktu mereka keluar ke Kajang untuk merasakan keenakan satay kajang, Husin cuba meleraikan kekusutan yang bermain dikepalanya.
"Aku nak tanya kau sikit boleh?" Husin memulakan perbualan sambil Daniel mengangguk2.
"Apa dia? Jangan kau tanya pasal siapa belanja dah ye..Kau ajak makan sini, kau belanja.."
"Ye Ye..itu aku tau. Aku ajak surelah aku belanja. Aku cuma nak tanya pasal petang tadi. Pasal Allyn. Kenapa kau nampak serius sangat bila cakap pasal Allyn tu. Kau berdua ada apa2 ke? Takkanlah kan sebab kau tu muka macam cina..dia tu muka macam anak mami.. " Husin masih tak puas hati agaknya sebab kejadian tempohari...
"Apa kena mengena pulak dengan muka macam cina..macam anak mami bebagai ni...?" Daniel dah mula resah dengan soalan Husin.
"Ok..Aku tanya direct. Kau kenal ke dengan Allyn tu?" 
"Aku sendiri tak dapat nak jawab... Aku rasa macam kenal dia..Macam pernah jumpa..macam pernah bercakap...tapi aku tak ingat kat mana...." sambil berkerut2 dahi Daniel cuba mengingatkan kembali....
"Hahhhhhh...apasal kau tak tanya aku benda2 macam ni..kan senang sikit aku boleh jawab kan untuk kau. Aku tahu kat mana kau jumpa dia.." tiba2 jawapan Husin sedikit mengurangkan kegusaran Daniel..
"Ahhhh?? Kat mana.."
"Dalam mimpi kau.....!! Hahahaha " Tapi yang ketawa cuma Husin seorang. Itu pun pendek aje ketawanya bila melihat muka Daniel masam semacam........

2 comments:

  1. ada sambungan lg ke.. mesti daniel benggang

    ReplyDelete
  2. Bhahaha lawak argh ingatkan terjawab sudah adeh dalam mimpi *geleng*

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails