Thursday, July 18, 2013

KADANGKALA IANYA AKAN TERJADI...

Kata orang, sudah lumrah kehidupan ada pasang surut, ada atas bawahnya..tapi jika itu hakikatnya kenapa perlu kita takut apabila kita berada di bawah? Tak selamanya kita berada di atas walau sekuat dan sekaya mana pun..
Shafiq ( bukan nama sebenar ) merupakan kawan yang sy kenal melalui kawan sekolah sy yang kebetulan tempat kami bekerja berdekatan. Sy tidak lah mengenali secara rapat tetapi sekali sekala bila sy berjumpa dengan kawan sekolah sy ni si Shafiq join sekali. Sekali tengok cara pemakaian dan gaya Shafiq, memang simple..selalu pakai tshirt dan seluar steng ( paras lutut).. Tak pernah pulak nampak dia pakai baju kemas atau lebih senangnya baju kerjalah..Tiap kali jumpa, itulah bajunya walaupun masa kami berjumpa itu adalah waktu lunch atau tea break..So risik punya risik daripada kawan sekolah sy, rupanya Shafiq ni dulu adalah seorang yang sangat mewah..pernah mempunyai syarikat sendiri, rumah banglo dan kereta sampai 3 buah. Tapi disebabkan ditipu oleh rakan kongsi, maka dia terpaksa menanggung beban hutang syarikat berseorangan sehingga dia diistihar muflis..semua harta yang dia ada sekelip mata hilang...hinggakan satu ketika dia terpaksa tidur di masjid2 atau surau2..memang sedih bila sy dengar cerita liku2 hidupnya.....
Pendek cerita, perlahan2 dia menapak balik atas bantuan rakan2 yang prihatin terhadapnya sehinggalah semua hutang2nya dan syarikat dapat dilangsai dan kini dia kembali normal daripada muflis...

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails