Tuesday, July 31, 2012

PAK CIK OH PAK CIK

"Allahuakhbar..Allahuakhbar!" Bunyi azan menandakan sudah masuk waktu berbuka puasa. Pada masa tu sy berbuka puasa bersama dengan seorang rakan sy yang dah lama sy tak berjumpa kerana dia bekerja di Johor Bahru menguruskan perniagaan keluarganya manakala sy mencari rezeki di KL..Rancang punya rancang akhirnya kami berjumpa jugak tapi pada bulan puasa, dan kami berbuka di sebuah restoran yang terletak dalam sebuah shopping complex di Subang Jaya. Dalam 5 minit kami menikmati makanan tiba2...
"Cik, minta tolong cik...nak bukak puasa" datang seorang pak cik dengan pakaian lusuh meminta sedekah. Jadi kami pun ajaklah dia makan sekali tapi di tolak dengan baik oleh pak cik itu sambil mengatakan dia hanya nak duit kerana ingin membeli sekali makanan untuk anak2 dia dirumah. Kerana simpati, maka kawan sy pun memberi RM10 dan pak cik itupun berlalu pergi dan kami menyambung perbualan dan makanan kami.
Selepas kami berbuka puasa, oleh kerana kawan sy ada urusan lain dan sy jugak kena balik, maka kami pun bersalaman sambil menuju kekereta masing2 dan sekali lagi tiba2.....
"Ehhh bukan ke tu pak cik yang kita jumpa tadi? " tanya sy kepada kawan sy sambil kami memerhatikan betul2...Memang sah itulah pak cik yang kami jumpa tadi. Pak cik yang kami sangka 'susah' itu menuju ke sebuah kereta pacuan empat roda dan terus meninggalkan sy dan kawan sy yang memandang antara sesama sendiri dan tersenyum....pandai betul lakunan pak cik tu.

Monday, July 30, 2012

BERBUKA DI SUMMIT USJ

Persembahan muzik di Summit USJ
Sebenarnya hari ni sy tidak mempunyai tujuan khusus untuk berbuka di mana, jadi dalam dok fikir2 tu, sy 'tersampailah' ke Summit USJ dan berbuka ajelah di sana. Dah lama jgk sy tak kesana, jadi nak jgk tahu ada  apa-apa perubahan ke sempena bulan puasa ni, nampak gaya macam tak ada yang berubah kecuali ada satu kumpulan muzik seperti ala-ala acapella yang selalu kita nampak di KLCC mahupun di Sunway Pyramid. Tapi lagu yang diorang main heavy2 sikit berbanding band yang main di KLCC dan Sunway Pyramid, main lagu2 instrumental dan layan syahdu. Diorang ni main lagu org putih ala-ala blues pun ada. Sy ingat kan banyak lagu raya ke, lagu2 alam ke...ahakssss. Anyway, diorang main memang best dan menghiburkan pengunjung di Summit...So anda berbuka di mana hari ini? 
Ada jugak restoran2 makanan yang sudah memutarkan lagu raya walaupun sy masih belum lagi merasakan mood raya...tapi mood nak bercuti tu ada. Bila lagi nak cuti panjang selain daripada cuti Hari Raya.

BERBUKA DI SETIA CITY MALL


Pertunjukan Bunga Air di Setia City Mall..

Sy pernah dengar ada orang berkata jika sesiapa yang tinggal area Shah Alam dan berdekatan, tidak perlulah mereka pergi bershopping ke Mid Valley kerana di Setia City Mall lebih besar dan banyak yang menarik di sana. Jadi nak jugak sy tahu apa yang bestnya di Setia City Mall. Google punya google, dapat lah jugak lokasinya dan hari ni sy pun pergilah kesana sambil2 tu dapatlah jgk berbuka puasa di sana. Sesampai saja disana, memang bangunannya besar. Sy sampai waktu dekat2 nak berbuka jadi penuh dengan cahaya2 lampu. Oleh kerana 1st time datang, tak banyaklah tempat sy survey sebab kompleks beli belahnya besar, tapi apa yang menarik perhatian sy adalah pertunjukan ‘bunga air’ nya yang memukau dengan lampu yang berwarna warni. Ramai jugak pengunjung yang hanya duduk sambil menyaksikan pertunjukan ‘bunga air’…. Sy berbuka di sebuah restoran berdekatan di panggil Delicious dan order Raya set yang ada lauk rending tok, asam pedas, sotong goreng tepung dan acar timun. Harga memang boleh tahan mahal tapi lauknya ok lah. Sekali imbas memang Setia City Mall banyak tempat2 yang best dan menarik dan sy sendiri masih belum habis round lagi…..

Thursday, July 26, 2012

PETUA BOTOX SEMULAJADI...


Petua mudah untuk menjaga kulit muka anda supaya sentiasa segar, kelihatan muda dan bersih. Bagaimana? Semua bahan hanya dari rumah saja tanpa perlu kita berhabis wang untuk ke spa atau pusat2 kecantikan.. Antara bahan2nya adalah:
Pisang – yup. Kenapa perlu membuat botox sedangkan buah pisang boleh dijadikan face mask semulajadi. Caranya ialah dengan mengambil sebiji pisang yang telah masak dan di penyeh2kan menjadi paste yang lembut dan kemudian sapukan ke muka dan leher anda. Biarkan selama 10 – 20 minit dan kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kulit anda akan terasa segar dan berseri. Satu cara lagi facial mask yang popular ialah dengan mencampurkan ¼ yogurt biasa, 2 sudu madu dan sebiji pisang masak.
Cuka – Kegunaan nya seperti toner muka. Lepas anda basuh muka anda, campurkan 1 sudu cuka apple dengan 2 cawan air. Sapukan di muka anda sehingga dia kering. Anda akan terasa kulit muka anda semakin tegang dan segar.
Susu – Hanya menggunakan susu, anda dapat merasakan kulit muka anda segar dan bertenaga. Hanya campurkan ¼ tepung susu dengan sedikit air menjadikan satu paste yang pekat dan sapukan seluruh muka anda seperti menyapu mask muka, biarkan ianya kering dan bilaskan dengan air suam...
So, selamat mencuba ye...biar raya nanti anda tampil dengan kelihatan lebih segar, muda dan bersih :-)

PENGAT TEPUNG GANDUM


Masa kecik2 dulu, salah satu juadah kegemaran sy adalah pengat tepung gandum yang selalu dibuat oleh mak sy. Kerja sy senang aje, uli tepung gandum tu jadikan bentuk bulat2 dan kemudian masukkan dalam air panas, bila terapung, terus masukkan dalam mangkuk..ahaksss. So resepi kali ni, kita buat pengat tepung gandum...mudah dan cepat!
Antara bahan-bahannya adalah:
Tepung gandum dalam 2 @ 3 cawan
Gula melaka - ikut tahap kemanisan yang anda suka
Santan 2 cawan atau 1 biji kelapa
Daun helai daun pandan diikat
Garam secukup rasa

Cara membuatnya. Gaul sebati tepung gandum, garam dan secawan air. Buat bentuk bulat2 atau ikut bentuk apa yang anda suka. Panaskan air dalam periuk atau kuali atau apa2 saja dan masukkan adunan tepung gandum tadi satu2. Angkat bila adunan itu timbul dan toskannya.
Kemudian masukkan santan, gula melaka, daun pandan dan garam secukup rasa dalam satu periuk atau kuali dan panaskan serta kacau sehingga gula melaka cair. Masukkan tepung gandum yang di tos tadi dan masak dalam 15 - 20 minit sambil sekali sekala kacau supaya santan tidak melekat atau berketul... Dah siap juadah pengat untuk berbuka puasa.

BERBUKA DI PADANG TERBUKA, SHAH ALAM

Dah macam berkelah, buka puasa di padang Shah Alam
Hari ni sy berbuka bersama2 dengan orang ramai. Bukan di hotel. Bukan di restoran, tetapi di padang berdekatan dengan muzium Shah Alam. Memang meriah berbuka disana. Juadahnya sy beli di bazaar Ramadhan Kompleks PKNS. Pelbagai acara di adakan sambil ramai yang sudah melemparkan tikar dan duduk beramai2 di padang yang luas sambil menikmati pemandangan keindahan masjid Shah Alam...Diseberang jalan ada beberapa penceramah undangan memberikan tazkirah Ramadhan dan jugak sudah disediakan tempat untuk mereka2 menunaikan sembahyang maghrib berjemaah...Bagi anda yang tinggal berdekatan di Shah Alam, luangkan salah satu hari untuk berbuka beramai2 di padang tersebut kerana bg sy suasana dia lain sikit kalau kita berbuka di rumah, hotel atau dikedai2 makan...Yang penting, sediakan tikar dan air untuk basuh tangan serta plastik untuk membuang sisa2 makanan...kebersihan kena jaga jugak...Bila azan berkumandang, semua orang tidak kira yang single mingle, yang berpasangan, yang berkeluarga...berbuka sambil menikmati juadah dengan suasana yang harmoni dan aman......

Monday, July 23, 2012

PENGAT PISANG BAZAAR USJ4 - TAK BERBALOI

Hari pertama berpuasa. Sudah pasti juadah untuk berbuka adalah dengan membeli di bazaar Ramadhan dan salah satu tempat yang selalu sy berkunjung adalah bazaar Ramadhan USJ4. Memang seperti yang dijangkakan minggu pertama bazaar pasti ramai orang hinggakan susah nak dapat parking kereta, terpaksa menapak jauh untuk ke bazaar. Sy kalau pasal juadah berbuka sy tak kisah sangat, apa saja sy makan tapi sy suka membeli kuih2 atau pengat untuk dibuat sahur nanti.Salah satu kesukaan sy adalah pengat pisang.Jadi sy pun carilah beberapa penjual yang menjual pingat pisang dan sy singgah disalah satu antaranya. Bila ditanya harganya, biasalah macam tahun lepas jugak, RM2 untuk satu bekas plastik bulat tu..kemudian sy pun goyang2lah bekas plastik tu, tak nampak pun macam ada pisangnya, cuma nampak pengat nya aje.. sy pun tanyalah, ada ke pisang dalam ni? Penjual tu pun cakap ada....Pendek cerita, paginya bila nak sahur, sy pun makanlah pengat pisang tu...perghhh, dalam bekas tu cuma ada 6 hirisan pisang yang dipotong bulat..dahlah bulat, nipis pilak tu..Kira sy bersahur macam hirup pengatnya aje, pisangnya buat hiasan aje...Jauh lebih banyak masa beli pengat pisang masa bukan bulan puasa!! Kalau nak berniaga tu, agak2lah jugak, anyway bulan puasa punya pasal...anggaplah tu semua dugaaaannn.

Saturday, July 21, 2012

SELAMAT BERPUASA....


Kepada semua rakan bloggers dan pembaca Jom Santai Sekejap, sy ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua, semuga dapat menjalani ibadah puasa dengan tabah dan tenang, serta mendapat keberkatan dan kerahmatan atas ganjaran2 yang diberikan pada bulan puasa ini.Antara sabda2 Nabi dan firman Allah yang dapat sy google mengenai bulan puasa adalah:
# Nabi saw bersabda, “ Solat 5 waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi daripada dosa-dosa besar ( HR Muslim no:233)
# Nabi saw bersabda, “ Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah” (HR Ibn Hibban)
# Nabi saw bersabda, “ Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu2 syurga dibuka dan pintu2 neraka ditutup, syaitan2 diikat dan didalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan” ( HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
# Nabi saw bersabda, “ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan di ampunkan oleh Allah “ (HR Bukhari )
# Firman Allah, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Quran ini pada malam Al Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam Al Qadar? Malam Al Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya.Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar” (Al Qadr: 1-5)

Friday, July 20, 2012

CINTA BUAH KURMA

Bila cakap pasal bulan puasa, pasti akan di kaitkan dengan buah kurma...Bila cakap pasal buah kurma ni teringat sy pada satu kisah tentang cinta buah kurma berlaku pada rakan sy sewaktu kami mula2 bekerja...masa tu baru je lepas habis belajar di UiTM dan sapu apa saja kerja sementara menunggu konvo...Jadi nasib kami baik, dapat bekerja di sebuah kilang eletronik. Mmg kebiasaan kalau cakap kilang eletronik ni, pasti majoriti pekerjanya adalah perempuan...ahakssss. Sy dapat bekerja di bahagian pejabat manakala rakan sy pula bekerja di bahagian stor. Tiap kali rehat kami makan di kantin dan masa tu penuh satu kantin dengan pekerja perempuan...Setakat piweetttt tu dah biasa sangat kami dengar..ahaksss.. Dalam ramai pekerja perempuan tu, ada sorang yang menjadi perhatian kami berdua kerana kecantikan dan kesopanan dia setiap kali kami bertembung.. Nama dia Imah...memang nama sebenar dia, rasanya umur dia tua 2 tahun daripada kami.. Habit Imah ni ialah setiap kali lunch, dia jarang makan kecuali suka makan kurma. Nak jadi cerita, kawan sy ni pulak memang tak berapa suka sangat dengan buah kurma...tak tahulah kenapa tapi dia memang tak suka. Satu hari, kami dapat duduk semeja dan bertentang dengan Imah yang pada masa tu ditemani oleh sorang lagi rakan nya. Macam biasa, Imah dengan kurmanya manakala sy dan rakan sy makan nasi campur....Tiba2, si Imah ni mempelawa sy dan rakan sy makan kurma..Sy no hal sbb kurma mmg kesukaan sy jgk, tapi rakan sy terang2 menolak...apa reaksi Imah?

Thursday, July 19, 2012

TERIMALAH SEADANYA...

Hahhhhhhh.... Rasanya setakat ini ajelah yang dapat sy kucar kacirkan blog, mengubah itu ini dan mengeluarkan mana yang tak patut dan menambah mana yang di kira perlu... tak naklah nampak perubahan besar dan ketara sangat sebab sy bukannya pandai sangat dengan gadget2 atau istilah2 IT..janji rock. Jadi sempena perubahan itu jugak maka sy rasa nak menyambung balik entry yang dah lama sangat sy simpan kat draft...rasanya dekat setahun jugak sebab terlalu sibuk dengan kerja dan auditing, maka entry tersebut tak terkeluar2 sampailah ke hari ini. Apa2 pun sy harap anda rakan bloggers dapat menerima Jom Santai Sekejap ini seadanya dan yang penting semangat berblogging itu tidak hilang....lebih2 lagi dekat2 menjelang bulan Ramadhan lusa nanti.

Tuesday, July 3, 2012

KUCAR KACIRKAN BLOG

Entry buat sementara waktu ini terpaksa dibekukan sebab sy sedang cuba untuk mengkucar kacirkan blog ini dengan cuba pelbagai tambahan dan perubahan dalam blog sebab dah lama sangat blog jss ni dengan wajah sebegini... Jadi harap maklumlah ye kalau blog ni sejuk 2,3 minggu. Biarpun musim durian kat kebun Kak Ct dah berlalu...uhukkssss. 
Tapi dalam masa yang sama, mana lah tahu kalau you all ada sumbangsih ideas yang nak di luahkan, jangan malu2 dan segan2, silalah komen...memang ruangan komen tu untuk anda, tapi cuma satu aje, sy tak nak buat tambahan yang boleh membuatlan blog menjadi berat dan menjadi lambat bila nak on nanti.. Maybe pasal gadget yang terlalu banyak agaknya. Anyway, salam santai selalu dan keep in touch.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails