Saturday, February 25, 2012

MOVIE - PAPA I LOVE U


Semalam sy baru sempat melihat DVD cerita Papa I love U lakunan pelakun cilik berbakat Mia Sara Nasuha dan jugak Lisa Surihani. Jalan ceritanya agak mudah dan boleh diramalkan tapi penuh dengan emosi dan jugak komedi romantik, cuma sy rasa lakunan Zalif sebagai bapa Mia tu kadang2 dia berperangai budak2 dan kadangkala dia serius, jadi watak dia nampak kurang kuat sikit. Ceritanya mengisahkan tentang Bahar, seorang bapa tunggal bersama seorang anak perempuannya yang berdepan dengan masalah untuk menjalani hidup setelah kematian isterinya. Banyak dilema dan masalah2 yang terpaksa dihadapinya terutama dari segi kewangan hinggakan rumah, kereta dan yuran tadika anak dia tak dapat untuk dia bayar sehingga terpaksa tidur di taman permainan.
Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah namun ada saja dugaan dan rintangan membuatkan dia hampir putus asa sehinggalah dia berjumpa dengan Elly lakunan Lisa Surihani yang jugak mempunyai masalah dengan bapanya. Banyak isu2 dan permainan perasaan dalam cerita ini tapi semuanya kita boleh jangkakan. So bagi yang belum tgk, bolehlah melihatnya.
Jomsantaisekejap - 3

Friday, February 24, 2012

KENANGAN DULU2 SEMBAHYANG JUMAAT

Ahaksss...penyakit dah datang balik...penyakit hilang idea. Kadang2 tu memang ada idea datang tapi lepas tu hilang tiba2 je...langsung tak bagi chance nak taip sebaris dua. Jadi terhasillah entry begini yang tanpa ada permulaan dan penghujungnya...terus je masuk sambil2 tunggu masa nak ke masjid untuk menunaikan sembahyang jumaat.
Bila cakap pasal sembahyang Jumaat ni, teringat masa sy sekolah2 dulu di sekolah asrama penuh di Kota Bharu. Bila time sembahyang Jumaat, semua diwajibkan pergi ke masjid yang berdekatan tapi kenalah menapak sejauh 1 km ( lebih kurang )...Jadi yang bestnya, bila pergi tu, kira sy dan group adalah orang yang paling last meninggalkan hostel dan menapak pun tangkap lentuk je...sampai masjid ngam2 je org tengah baca doa..ahaksss, tapi bila time balik...tu dia, kiraorang dah jauh meninggalkan rakan2...daripada mana datang tenaga macam orang masuk lumba jalan kaki. Target sy dan member2 adalah untuk sampai ke kantin... yuppp makan tengahari. Anyway, semua tu kenangan manis.....

NUR ATIKAH PUNYA BAKAT BESAR

Dulu pernah sy buat entry pasal Najwa Latif sebelum dia buat album. Kali ni dalam sy dok belek2 kat youtube dan terpegun apabila mendengar dan menonton bakat seorang budak yang baru belajar dalam darjah 4 dari Brunei Darussalam. Cukup merdu suara dia dengan penampilan serta perwatakan dan wajah yang manis. Lagu yang dia nyanyikan iaitu Awan yang terpilu nyanyian Ning Baizura merupakan videoclip ke 2nya dalam youtube. Lupa pulak, nama budak ni ialah Nur Atikah Nabilah Thane dari Sekolah Rendah Serasa, Muara, Brunei Darussalam. Walaupun di Brunei tu mungkin dari segi hiburan ni tidak begitu menonjol tapi memang Nur Atikah ni mempunyai suara yang merdu. Untuk anda rakan bloggers, saksikan videoclipnya.


Thursday, February 23, 2012

TERINGAT MAIN HUJAN

Hujan lebat nak balik
On the way balik dari KL ni, hujan pulak. Kalau hujan pastinya jalan akan jam, kalau jam sudah tentunya akan sampai rumah lambat...wahhh berkait semuanya tu... Cakap pasal hujan ni sy teringat masa kecik2 dulu kat kampung...maksud sy bila bercuti kat kampung belah ibu sy di Segamat. Hari hujan memang kita tunggu2... bukan sebab apa, boleh main hujan.... selalunya kat kebun atok tu kita orang buat rumah daripada kotak2 dengan daun2 kelapa..perghhh memang thrill giler sebab macam tak bina rumah pun, basah tetap basah kena hujan...saja buat gempak je buat rumah tu. Lepas hujan reda, tgk2 kalau ada buah rambutan atau langsat yang boleh di makan... Well, itulah cerita dulu2. Kalau dikenangkan balik memang lucu dan menyeronokkan. Sekarang ni jarang dan susah nak rasa dan alami keadaan2 macam tu...... Miss my old days... ahakssss.

BREAKFAST DI LA CUCUR, KLCC

Makanan sy order di LaCucur
Dah lama jugak sy tak breakfast kat KLCC. Dulu oleh kerana banyak kerja sy berurusan dengan office di KLCC maka kira sekali sekala sy akan breakfast di sana... So hari ni kebetulan sy ada kerja berdekatan dengan KLCC ni sy pun tak lepas peluang untuk breakfast kat sini...Biasalah, kalau cakap pasal sarapan ni sy kena cari kedai makan yang ada jual nasi lemak dan akhirnya sy singgahlah kat cafe atau restoran yang berdekatan dengan KFC dan Secret Recipe, kalau tak salah namanya ialah La Cucur. Kat situ ada pelbagai jenis kuih yang terjual dari yang kuih manis2 hinggalah kuih yang pedas2.
Sy order dua jenis kuih dan nasi lemak 50 sen....serta segelas kopi. Rasa kuihnya boleh tahan tapi nasi lemak dia memang sedap cuma sayangnya sambalnya sikit sangat...tak puas rasanya...atau sebab sy dah lapar sangat tu yang terasa sedap kot...ahaksss.
So hari ni jugak Yusry dan Lisa akan bernikah.....uhukksss. Sedikit gembira tapi banyak sedih. Kedua2nya merupakan artis kegemaran sy. Tahniah diucapkan, semuga perkahwinan mereka akan berkekalan sampai bila2 hendaknya....

Wednesday, February 22, 2012

AKU YANG EMO

"Aku dah tak tahan dah. Aku memang dah lama menahan sabar. Aku memang pantang bila....."
"Apahal kau ni Daniel? Marah pagi2 buta ni. Apa yang tak kena dengan kau ni?" Roslan cuba menenangkan rakan sekerjanya yang jelas kelihatan kelam kelibut kelibat..
"Semalam aku nampak si Rosnah berkepit dengan si Mail...panasnya hati aku"
"APA????" kuang kuang kuang
"Mail lambung tu? Kau biar betul Daniel...setahu aku Mail tu pemalu orangnya."
"Betul...siap pakai jeket lagi. Rambut ala punk2 gitu."
"Mana kau nampak diorang?" Roslan semakin rancak ingin tahu
"Aku nampak dekat Starbuck"
"APA???? kuang kuang kuang.
"Kau biar betul...."
"Apa pulak tak betul..Kau ingat aku ni dah buta ke? Aku kalau dapat si Mail tu memang aku belasah cukup2.."
"Yang kau emo sangat ni kenapa Daniel?" Roslan cuba menenangkan lagi keadaan Daniel.
"Kau cakap apa? aku emo? Kau kawan aku kan? Apasal kau cakap macam tu?" Daniel bengang dengan jawapan Roslan...
"Yelah...setahu aku Rosnah tu bukan ada apa2 pun dengan kau, kawan sepejabat je. Bercakap dengan dia pun kau tak pernah, apa lagi keluar."
"Ye ke? Hehehehe...aku emo...betul kata kau, aku emo....lupa pulak aku tak pernah cakap dengan Rosnah..."

KEMANAKAH MEREKA?

Walaupun dunia blogging ni tidak terlalu terjerumus kepada sesuatu yang terlalu peribadi, kadangkala kehilangan rakan2 bloggers tetap terasa. Walaupun tidak pernah bersua dan tidak pernah bercakap, hanya melalui komen entry mahupun chat, bila tiba2 rakan kita menghilangkan diri, ada jugak terdetik terasa kehilangan dalam diri kita...Ramai jugak rakan2 bloggers yang selalu memberi komen dan rajin singgah di blog sy ni kini sudah tak tahu kemana...bila sy lawat blog diorang, dah berbulan2 tak update... Kemanakah diorang? Sudah tidak berblogging ke diorang ni? 
Kadang2 timbul jugak persoalan dalam diri sy...sampai bila agaknya sy akan berblogging? Pernah anda tanya tak soalan ni pada diri anda? Apakah jawapan anda?
Masalah peribadi, sibuk, sakit, kahwin, pindah kerja, tiada kemudahan internet...tu semua antara sebab2 mengapa ramai rakan2 bloggers yang hilang membiarkan blog diorang bersawang berbulan2 malah ada yang bertahun2....
Walau apa pun, selagi ada kudrat, selagi ada minat, selagi ada masa...selagi di izinkanNya, pasti kita akan terus berblogging.

Wednesday, February 15, 2012

LUNCH DI SUP ANI UTARA

Sup sy order di Sup Ani Utara
Sekali sekala pekena sup sedap jugak kan. Dalam banyak2 kedai makan yang jual sup ( selain daripada sup yang sy masak sendiri..ahaksss ) sy gemar dengan sup yang dijual di restoran sup ani utara. Rasanya boleh tahan, nampak simple tapi ada rasa. Sup kegemaran sy ialah sup urat. Memang sup urat ni sejak arwah ayah masih hidup dulu memang selalu dia bawak balik sup urat bila dia keluar kemana2, jadi sy pun terikut2 jugak suka dengan sup urat ni. Selain daripada tu, ada jugak sup perut, daging, kambing, tulang, ekor dan macam2 lagi. Sambal kicap dia pun memang sedap bila di cicah dengan lauk2 dan jugak setengah biji telur masin..perghhh. Kalau makan masa tengah panas2, memang terangkat rasanya..ahaksss. So selamat mencuba ye...
Sy tak pastilah berapa banyak cawangan sup ani utara ni tapi yang sy pernah nampak ialah di Alam Sentral, Shah Alam seksyen 9 dan Kelana Jaya. Lain tempat kena google ye. ...

Tuesday, February 14, 2012

WHITNEY OH WHITNEY

Pernah dulu... pernah satu ketika...pernah terjadi dimana sy amat2 meminati lagu2 dari Whitney Houston terutamanya lagu seperti I will always love you dan jugak I wanna dance with somebody. Seorang penyanyi yang amat di gilai satu ketika dulu sehinggalah dia berkahwin dengan seorang rappers Bobby Brown yang dah terkenal dengan ketagihannya, masa tulah kehidupan Whitney pun mula berubah daripada ok kepada teruk.. ahakssss.
Dalam kehidupan kita jugak pasti banyak perkara sebegini berlaku di mana seseorang itu membawa impak dan kesan kepada pasangannya tidak kira samada kesan yang positif mahupun negatif. Adat orang2 kampung dulu2 akan menjodohkan anak mereka dengan orang yang beragama atau berilmu agar dapat membimbing anak diorang menjadi yang lebih baik daripada sedia ada...Itu dulu. Tapi sekarang dengan kecanggihan dan kehidupan sosial yang tidak terbatas, silap2 yang anak ustaz pun boleh jenguk pub2 atau disco. Ingatkan dapat mendidik dan mengajar atau mengubah kehidupan sosial anak mereka tapi anak mereka pulak yang mengubah kehidupan pasangan mereka...tak mustahil bukan. Apa2 pun, jika keimanan kita kuat dan mempunyai asas yang setidak2nya tahu baik buruk, pasti segala gejala tidak sihat dapat di hindari..tepuk dada tanya selera... Emmm cakap pasal selera ni, lapar pulak... lunch dulu.

Saturday, February 11, 2012

SAYA RINDU AWAK

Suatu petang, suatu ketika..disebuah tempat yang cukup tenang dan sunyi.
Awak.
Awak.
Tak tahu macam mana saya nak mulakan. Tak tahu macam mana saya nak berkata-kata. Awak tahukan saya sangat-sangat mencintai awak. Sangat-sangat. Tak pernah saya rasakan perasaan ini sehinggalah saya bertemu dengan awak. Saya ingat lagi kita sama-sama tidak begitu mengenali tapi entah macam mana kita bertegur sapa dan terasa ada keserasian luar dalam antara kita. Hati tak pernah tipukan awak. Saya cintakan awak. Tidak kira apa rintangan dan dugaan, saya akan tempuhi semua itu kerana awak...bersama awak. Tapi awak?
Kenapa awak buat semua ni kat saya? Kenapa? Awak tak sayang saya ke? Awak tak tahu ke apa yang saya rasa? Kenapa tirai kesedihan mula membasahi pipi saya tatkala saya mula sayang pada awak? 
Saya masih ingat lagi, satu masa dulu awak pernah jatuh sakit masa kita berjalan-jalan. Saya hantar awak ke klinik dan doktor mengatakan awak perlu ke hospital dengan segera tapi awak enggan. Awak cakap cuma penat dan letih kerana kerja seharian. Saya tak membantah tapi rupanya awak memang sakit kan? Sengaja awak rahsiakannya daripada saya selama ni...
Awak.
Awak.
Mungkin saya tak dapat nak mendengar suara awak lagi tapi saya tetap akan selalu melawat awak dan bercerita dengan awak. Dulu awak yang selalu sangat bercerita, saya dengar je celoteh awak. Jangan tinggalkan saya. Hidup saya sepi tanpa awak.. Saya sayangkan awak.
Tak pelah awak. Esok saya datang lagi. Awak jaga diri baik-baik ye. Saya akan sentiasa sedekahkan awak Al Fatihah, semuga awak bersama mereka yang dirahmati. Selamat tinggal awak...saya tetap sayang awak selama-lamanya.

Friday, February 10, 2012

KENAPA JUMPA JIKA HARUS BERPISAH

Kita biasa mendengar kata-kata ' kalau dah jodoh tak kemana' atau setidak-tidaknya pun kata skema seperti ' kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana'.. ahaksss. Agak2 ayat mana yang sedap di dengar? Sedia maklum jodoh pertemuan adalah di tangan Tuhan. Jika ada yang putus di tengah jalan dan pasti rasa kecewa yang amat sangat akan jugak terkeluar kata-kata ' kalau tak ada jodoh kenapa kita dipertemukan?'...atau ayat paling skema ialah seperti ' Kenapa kita ditemukan kalau hanya untuk berpisah?' Ahakssss... cukup sedihkan?
Sejauh mana jodoh kita itu semua hanya Dia yang tahu, kita cuma manusia biasa yang mampu merancang dan berusaha supaya setiap yang kita lakukan dan harapkan menjadi kenyataan termasuk dengan soal jodoh. 
Kenapa sy buat entry ni? Beberapa hari lepas, kawan sy baru putus tunang dan melepaskan keluh resah suka dukanya kepada sy.. Memang sedih bila melihat keadaan dia yang seperti dah macam putus harapan untuk meneruskan kehidupan tapi tidak semua harapan kita menjadi kenyataan dan tidak semua kenyataan itu menggembirakan malah ada yang menyakitkan. Sekarang ni dia bercuti menenangkan perasaannya dan sy harap dia sentiasa tenang dan dapat menerima semua itu dengan pasrah...opsss putus tunang sebab apa ye? Mengikut ceritanya, sebab tunangnya sudah ada yang lain....perghhhh. 

DIMANA HATIMU

Papinka - Dimana hatimu
Ahakssss...bunyi tajuk macam syahdu je kan tapi ianya tiada kena mengena dengan sy mahupun anda kecuali yang ada kena mengena. Sebenarnya ianya merupakan tajuk sebuah lagu pilihan jom santai sekejap bulan ini daripada group Papinka. So dibawah adalah liriknya...so santai dan enjoy.

DIMANA HATIMU
inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahku
setelah kau jauh tinggalkan aku
tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
tak pernah aku rela kau tinggalkan aku
* tiada ku sangka engkau berubah
ku tak percaya kau membagi cinta
tahukah engkau betapa sakitnya
kau membagi cinta karna dia
reff:
tak pernah ku coba melupakanmu
mengapa kau buat luka hatiku
sekian lama aku menunggu
kasih dimana hatimu
tak bisa ku coba melupakanmu
mengapa kau buat luka hatiku
sekian lama aku menunggu
kasih dimana hatimu
tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

Thursday, February 9, 2012

PENYAKIT KENCING TIKUS

Banjir jugak boleh membawa kesan penyakit ini
Entah kenapa tiba2 popular pulak nama penyakit kencing tikus ni semenjak arwah Din beramboi meninggal dan paling baru arwah Izwan pilus pulak meninggal disebabkan penyakit tersebut. Bahaya ke penyakit ni sehingga membawa kematian? So sy pun selidik ke wikipedia dan beberapa blog lain yang menerangkan tentang penyakit ini...sy cuba ringkaskan mengikut kepada fahaman sy, kalau tiru bulat2 memang susah nak faham sebab pakai bahasa saintifik...ahaksss.
Siapa yang jumpa penyakit ini dan sejarahnya....kita skip.
Penyakit ini terjadi daripada bakteria leptospira yang menyerang manusia dan haiwan. Punca penyakit ini kebanyakkannya adalah melalui air kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus dan mondok merupakan hos utama, ianya boleh jugak di dapati daripada sejumlah mamalia besar yang lain seperti anjing, rusa, landak, lembu, biri2, rakun dan lain-lain sebagai hos kedua. Sebagai conoh anjing yang menjilat rumput yang mempunyai kencing tikus, jadi anjing itu jugak menjadi pembawa penyakit tersebut.
Penyebaran boleh berlaku melalui air, makanan dan tanah yang mengandungi kencing tikus samada kita tertelan atau tersentuh melalui kulit kita yang terluka. Kawasan2 banjir dan kedai2 makan yang mempunyai kawasan berair yang tidak terjaga jugak boleh menyumbang kepada penyebaran penyakit ini, atau mereka yang suka berendam terlalu lama di kawasan berair seperti peluncur dan pengayuh air berbuih jugak mempunyai risiko tinggi kerana sentiasa terdedah kepada air.
Simtomnya...pertamanya akan mengalami demam, sejuk, migrain, sakit kepala yg kuat. Perlu dirawat dan mendapat rawatan segera pada masa ini. Jika tidak sistom kedua akan berlaku seperti kerosakan hati yg menyebabkan demam kuning dan kegagalan buah pinggang.
Itulah serba sedikit tentang penyakit kencing tikus....salam santai.
(Sumber daripada Wikipedia)

Wednesday, February 1, 2012

CERITA KUALA LUMPUR

Ehsan Google
Hari ni rakan bloggers yang kerja di KL cuti sebab hari wilayah persekutuan termasuk jugak di Labuan dan Putrajaya. Teringat sy masa mula2 dulu sy menjejakkan kaki di KL. Bila tengok aje bangunan tinggi2 sy jadi jakun.. rasa macam teruja sangat2. Masa tu tempat paling kerap sy berjalan atau melepak ialah di Central Market, Kotaraya dan jugak Petaling Street. Kat Petaling Street tu tempat kegemaran sy beli video tape yang bentuk macam kotak tu..ahaksss. Masa tu belum ada DVD atau VCD lagi, jadi di Petaling Street memang jual murah2 berbanding tempat lain. Kalau datang KL aje mesti singgah 3 tempat ni, tempat lain memang belum famous lagi...tak pun belum ada lagi. Kalau kat Central Market tu, sy suka sangat lihat pelukis2 jalanan yang melukis secara live daripada photo...Kat situ jugak memang tempat Imuda selalu melukis lukisan dia...
Tapi sekarang Kuala Lumpur memang dan banyak sangat berubah....macam jugak dunia blogging.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails