JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, April 13, 2016

RESEPI CHAR KUEY TEOW KERANG ALA SANTAI

Lama jugak tak berkongs resepi. Kebetulan semalam pulak sy masak char kuey teow.. So hari ni jom kita kongsi2 resepi Char Kuey Teow Kerang ala santai2 gitu. Bahan-bahan nya pun agak mudah, apa yang ada je kat dapur tu kita boleh guna ikut kepada citarasa masing2.. janji sedap dimakan...ahakss
Bahan-bahan:
Satu peket Kuey Teow
Segenggam Kerang ( yang dah direbus dan dikopek)
Tauge ikut citarasa anda..sy guna dalam segenggam jugak
Seikat daun kucai dipotong kasar
1 biji telur
Minyak, garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar :
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
4 @ 5 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
5 sudu kicap 
Orite. Panaskan minyak dalam beberapa sudu dalam api yang kecil dan tumis semua bahan kisar hingga naik bau. Kemudian tambah sedikit air jika anda nak kuey teow berkuah sedikit.Kemudian masukkan kuey teow, kerang, tauge dan daun kucai dan gaul sehingga sebati tapi tak perlu lama. Kemudian masukkan telur dan gaul. Tambah garam dan gula ikut citarasa anda dan siap.

6 comments:

  1. sedapnya!!
    simple je resepi, boleh ikut nanti ni. Tq!

    ReplyDelete
  2. Biasanya resepi sy memang simple dan santai2 je.. Kalau susah2 tu dah tahap chef pulak nanti..ahaksss. Apa2 pun selamat mencuba ye..

    ReplyDelete
  3. simple tapi mmg ni la yg jadi 'snek' kalau lapar petang2 atau malam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul... bila lapar dan malas nak keluar, biasanya yang mudah masak lah jadi bahan santapan selain maggi..ahaksss

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails