JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, June 11, 2015

TERJUMPA KEKASIH LAMA...

Semalam bila terasa keboringan, maka sy pun redahlah ke Shah Alam untuk pergi makan malam. Malas pulak rasa nak masak, sekali sekala makan luar lah pulak. So dalam pukul 8.30 mlm tu sy pun pergilah bersantai ke sekitar Alam Sentral, SACC Mall dan PKNS sambil meninjau2 kemanakah tempat makan malam sy... Last2, sy decide nak pekena mee sup kat kedai makan berhadapan Alam Sentral. Dalam sy dok berjalan2 menuju kekedai makan tu, tiba-tiba sy terlihat.... Ehh Ehh..Betul ke? Macam tak percaya je setelah hampir 6 tahun berpisah, akhirnya boleh terjumpa kembali. Sy pasti kini dia sudah berpunya, cuma rupa dia sudah agak kusam sikit, tapi masih lagi dengan warna kulit yang original. Oleh kerana teruja sangat, sy pun mendekatkan diri sy sambil melihat sekelilingnya tanpa menyentuh.. yelah, sudah jadi milik orang lain... Nanti kena marah free aje. 4 tahun bersama.. Kenangan yang tak dapat nak sy gambarkan, maklumlah cinta pertama sy. Ingatkan nak jugak sy tunggu untuk melihat siapa pemilik dia sekarang tapi nanti gamaknya sampai tengah malam tak muncul.. tak makan malam pulak sy nanti. Jadi sy tinggalkan kenangan sy tu dengan menyentuh sedikit di bahagian depan bonet kereta yang pertama kali sy beli dulu... Kancil 660, warna merah.. huhu.

18 comments:

  1. Kisah sedih bercampur kelakar susunan kata tu. Takpe lah, barang yang lepas usah dikenang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hik hik hik..lepas tu hahahaha... saja je nak bagi suspens sikit.. ahakksss.

      Delete
  2. Tiba2 akak terdengar lagu Aris Ariwatan (Lamunan Terhenti tak silap tajuknya) bila baca entry ni..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii menusuk tu lagu aris ariwatan..pasti banyak kenangan...

      Delete
  3. cissss kereta rupanyaaaaaa !...syok2 orang baca..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala...lepas kan lah sikit tension asyik serius kerja je.. bagi Sha release sikit stress tu.

      Delete
  4. hahahaha..ok suspen gila baca...igtkan ex..patut pelik siap boleh sentuh...pandai buat karangan!sampai i pon tertifuuuuu

    singgah blgwalking! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..saja je bagi hilang sikit stress... cite straight forward nanti mengantuk pulak orang baca..kan kan kan..thanks sbb singgah. nanti kita singgah balas ye

      Delete
  5. HAHAHAHA. bikin suspen je tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..sekali sekala kan...asyik straight forward je.. bagi suspens pulak.

      Delete
  6. Lamanya 4 tahun tuuuu. Mesti sedih hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih sedih Sedih Nad... Kereta pertama tu.. suka duka bersama..ahakss

      Delete
  7. huhu., layan sentimental la plak.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua kita layan... sentimental, heavy metal, rock metal, jazz... ahaksss

      Delete
  8. Hampehhh... ingatkan apalah tadi...
    hahaaa first2 baca syok giler.. tapi yang last tu tersenyum sorang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha...Oooo syok lah kalau jumpa kekasih lama tu orang ehhh... bagi feeling sikit ehh..ahaksss...

      Delete
  9. Pelik jugak bila baca part "rupa dia sudah agak kusam sikit.." Kereta rupanya.. Alahaiiiii XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiiii... kan. Yelah... takkan orang pulak rupanya kusam.tu dah buka kekasih lama lagi dah...ahaksss

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails