JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, June 19, 2015

BULAN PUASA BUKA PERIUK

Ehsan Google
Teringat waktu zaman kecik2 dulu selalu terdengar kata-kata seperti "Puasa yang yang yok, balik rumah bukak periuk" dan macam-macam lagi. Ada yang puasa setengah hari, ada yang puasa suku hari dan ada jugak yang berlakun puasa tapi balik rumah diteguk air 2,3 gelas. Zaman budak-budak lah katakan.
Kadang-kadang ada yang tinggal berdekatan dengan sungai atau air terjun... waktu tengahari memang waktu kegemaran untuk berendam... kata orang sambil menyelam minum air cuma bezanya zaman budak2... memang betul2 diorang sambil menyelam minum air..ahakss. Tau2 kembung dah perut dok sedut air je.
Kelakar jugak bila sy ingatkan apabila waktu petang2... kira waktu untuk bermain.. menghabiskan masa sebelum waktu berbuka. So masing2 bertanya.." Kau puasa tak?" "Kau puasa tak?" ... paling best ada member yang jawab puasa tapi kuah kari masih cantik je meleleh kat tepi mulut dia..ahaksss.
Memang banyak kenangan masa kecik2 berpuasa terutama dengan kawan2 sekampung.. macam2 ragam.. Tapi tu semua kenangan. Sekarang semua dah dewasa.. ada yang masih dapat berhubung dan ada yang terpisah tanpa mengetahui di mana mereka sekarang........

2 comments:

  1. kalu budak kecik ok lah lagi. ni nak cerita...depan mata masa kakCT lagi. rokok kat tangan kiri...talipon isteri konon terasa nak berbuka tom yam kung...mmg kena pelengkung free kakCT...abes satu seksyen gelak.

    alahai...dh jadi bapak budak pun buat perangai buruk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak berlaku tu kak ct... apalagi kalau sebelah office tu kedai mamak...order saja...ahakssss.

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails