JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, June 3, 2015

BILA ADA PIHAK KE TIGA

Ehsan Google
Minggu lepas sy terima whatsapp daripada salah seorang kawan baik sy dari JB. Katanya perlukan bantuan sangat2. Selama ni jarang sekali atau rasanya tak pernah pun dia meminta bantuan sy tapi bunyinya macam penting. So sy tanyalah apa yang boleh sy bantu. Dia pun menceritakan serba sedikit tentang masalah yang melanda adik dia yang berada di KL. Oleh kerana adik dia masih muda, maka kawan sy ni meminta sy menolong mana yang boleh dalam membantu kes adik dia yang dipukul suami walaupun baru kahwin tak sampai setahun. 
Dipendekkan cerita kes diorang selesai dengan mahkamah mengesahkan penceraian diorang kerana sebelum ni suami dia berkali2 melafazkan dengan niat untuk meninggalkan dia.... huhuhu.
Tapi persoalannya ialah apakah punca yang menyebabkan masalah macam tu berlaku. Kalau nak di ikutkan dari cerita, salah satu puncanya adalah campurtangan daripada pihak ke tiga... dalam kes ni mak mertua adik kawan sy ni yang agak cemburu apabila anaknya terlalu memberi perhatian kepada isterinya. Maka jalan mudah adalah dengan mengada2 kan cerita negatif hinggakan berjaya mempengaruhi anak nya dan sejak itu hubungan mereka sentiasa tegang dan selalu bergaduh hingga satu ketika mendatangkan kecederaan kepada adik kawan sy ni... Dengar tu memang simpati jugak sebab muda2 lagi dah ada title..tapi kadang2 semua ini ada hikmahnya. Semuga adik kawan sy ni sentiasa tabah dalam menghadapi kehidupan yang mendatang dan bertemu jodoh yang sesuai dah saling memahami.... 

9 comments:

  1. MasyaAllah..moga tabah sentiasa..insya Allah..Allah dah sediakan rezeki yang lebih baik..anenn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan..sama2 lah kita berdoa dan dipermudahkan semuanya untuk kita dan sesiapa saja....

      Delete
  2. hmmm susah gak bila dah sampai campur tangan pihak ketiga ni..kadang2 akibatnya kita lebih terpengaruh untuk mengambil tindakan ikut telunjuk orang..apalagi kalau keluarga kita sendiri..memang tersepit laa jawabnyaa..huhu..semoga tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dalam cerita tv pulak kan..ada unsur2 hasad dengki dan cemburu.. entahlah kadang2 manusia ni tak suka tgk orang lain happy..walaupun anak sendiri.

      Delete
  3. ramai ibu tunggal yg tabah. title tidak akan mmberi ppe kesan asalkan peribadinya mulia. insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul... semuga mereka2 ini sentiasa tabah dalam menghadapi liku2 hidup biarpun sebagai ibu tunggal..

      Delete
  4. Susah lah bila melibatkan pihak ketiga nie..
    Pokok pangkalnya dari hati. Kalau hati tu ikhlas syg dn jujur, takkan munculnya org ketiga.
    Apapun berfikir sebelum bertindak. Lihat balik kesan yang akan dihadapi utk masa akn datang....

    ReplyDelete
  5. Tulah... kadang2 kita lebih mendengar cakap orang lain sebelum kita berbincang dengan pasangan kita menyebabkan kata orang tu bertindak sebelum menyiasat punca sebenar.. anyway semuga adik kawan sy sentiasa tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kadang terlalu percaya sampai tak nak dengar penjelasan. One-sided-explanation selalu membuahkan hasil yang negative. Kesian dengan adik kawan tu. Semoga dia terus tabah

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails