JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, May 5, 2015

A.ISMAIL DAN LES COASTERS

Siapakah A.Ismail? Kali ini sy post daripada pendekatan yang berlainan...ahaksss.
Rasanya memang tak ada siapa yang kenal tapi bagi mereka yang mengenali zaman pop yeh-yeh dan lagu2 60an pasti mengenali kumpulan Les Coasters serta penyanyi2 yang terdiri daripada M.Fadil, Orchid Abdullah dan A.Ismail, seangkatan dengan penyanyi2 seperti S.Jibeng, M Osman, Jeffrydin dan lain-lainnya.
Les Coasters adalah band atau kugiran yang sangat aktif pada era 60an dan pernah merakamkan lagu di piring hitam bersama penyanyi2nya. Kumpulan yang ditubuhkan di Pontian Johor pada 1963 adalah terdiri daripada Abd Mutalib Mansor (gitar utama) Jamaluddin Ibrahim (rythm gitar), Bakri Sahid (gitar bass) Hussin Salleh (drummer) dan Ismail Yusoff (tamburin) serta S Omar Osman yang bermain organ menyertai pada tahun 1965. Mereka telah membuat beberapa EP bersama EMI Singapura dan pada tahun 1967 telah muncul dalam filem A Go Go 67 dimana kugiran ini adalah satu2 nya kugiran luar dari Singapura yang berjaya terpilih. Kumpulan ini telah berpecah pada tahun 1969 namun penyanyi2 nya masih meneruskan karier mereka termasuklah A.Ismail. Antara lagu2 popular A.Ismail adalah Seruan Pertiwi yang pernah menjadi naib juara carta lagu pada masa itu dan jugak lagu2 lain seperti perosak jiwa, hasrat penyanyi, permata hati dan lain2.
Beliau banyak menyertai konsert2 pop yeh-yeh dan lagu2 60an dan juga pernah menjadi juri bagi siri2 pertandingan lagu2 60an. Bakat dan pengalaman yang ada telah diturun kan jugak kepada anak2 muda yang tinggal di Johor Bahru yang berminat dengan lagu2 60an dan adakalanya beliau jugak bermain muzik dan menyanyi di majlis2 perkahwinan.
Beliau telah pun meninggal dunia beberapa tahun yang lepas dan meninggalkan 2 orang isteri serta 5 orang anak. Semuga rohnya sentiasa di rahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin..... 

3 comments:

  1. teringat satu ketika kakCT masok kuiz...soalan : kugiran adalah singkatan nama utk apa? boleh kakCT tak tahu! punah ranah dunia. dah tentu2 kakCT bab2 musik ni fail. nasib sekolah kakCT johan. adoiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tu kak ct dulu2 expert bab apa? Sejarah? Matematik... ke Geografi?

      Delete
  2. dulu pernah jugak degar lagu2 arwah... pop yeyehhh..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails