JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, February 17, 2015

RESEPI PUCUK UBI GORENG SOS TIRAM


Semalam ada jiran sebelah rumah baru balik dari kampung. Kalau balik dari kampung pasti adalah sikit2 hasil kampung yang dia bagi kat jiran2... So dapatlah ubi kayu beberapa batang dengan pucuk ubi kayu muda seikat. Emm nak masak apa ye? Last2, apa kata masak style sos tiram... So, apalagi. Jom jom jom...

Antara bahan2nya adalah :
1 ikat pucuk ubi ..agak2 lah ye. Pucuk ubi ni dibersih dulu dan direndam dengan air garam untuk hilangkan getahnya.   
1 biji bawang besar dihiris
kasar
2 ulas bawang putih dihiris kasar
3 biji cili merah dihiris kasar
3 biji cili padi dihiris kasar
1 bahagian isi ayam dipotong dadu. Guna daging pun boleh. ikut citarasa anda.
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Gula dan garam secukup rasa.
Cara memasaknya cukup mudah. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kan bawang besar dan putih sampai naik bau, kemudian masukkan ayam. Agak dah masak sikit ayam tu, masukkan bahan2 lain kecuali pucuk ubi dan gaul hingga sedikit pekat. Kemudian masukkan sedikit air dan pucuk ubi dan gaul hingga sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan siap untuk dimakan... 


7 comments:

  1. Salam. Hee untunglah berjiran yang baru balik kampung. Rejeki.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha...tapi susah nak dapat jran macam tu..kadang2 nama jiran pun tak tau..huhu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ni kata orang sayur org kampung....sambil makan boleh jugak jaga kesihatan sebab banyak khasiatnya..

      Delete
  4. senang je ni...nnt boleh la try ..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan...memang mudah dan simple dan senang..ahaksss. lagi sedap campur dengan udang kering goreng..perghh.

      Delete
  5. macam sedap ni. nanti boleh try.. huhuu selalunya Cik candy just masak lemak ataupun celur jep

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails