JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, January 19, 2015

RESEPI KACANG BOTOL GORENG BELACAN

Ehsan Google
Minggu lepas sempatlah jugak sy memasak satu masakan mudah. Kacang botol goreng belacan. Ada yang cakap kacang botor..ada jugak yang cakap kacang kelisa. Apa2 pun janji rasanya sama. Ok, antara bahan2bahan nya adalah:
Satu peket kacang botol atau dalam 15-20 batang kacang botol dan dipotong serong
4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, ikut rasa selera andalah kalau nak kurang atau lebih
4 biji cili merah
setengah genggam udang kering
Garam dan kicap secukup rasa.
Cara membuatnya pun senang. Udang kering yang telah direndam dan ditoskan, ditumbuk bersama2 dengan cili, belacan dan bawang putih hingga lumat.
Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang telah ditumbuk dan tumis hingga sedikit garing, kemudian masukkan kacang botol dan gaul sehingga sebati. Campurkan sedikit beberapa camca air bagi mendapatkan sedikit kuah...Sy memang suka sambal yang berkuah sikit. Kemudian masukkan garam dan kicap secukup rasa... Gaul beberapa minit dan bolehlah dihidangkan. 



4 comments:

  1. hm boleh cuba ni. nampak sedap je :)

    ReplyDelete
  2. cuba cuba cuba..jangan tak cuba.. Memang sedap apa lagi masak sambal..huhu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Dah lama tak makan. Kalau dulu selalu petik je kat pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa ye ke? Bestnya kalau ada pokok2 sayur kat rumah atau keliling kawasan..senang nak makan tanpa rasa was2 pasal bahan2 kimia...huhu

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails