JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, August 19, 2014

RESEPI SAMBAL JAMBI ALA SANTAI

Sambal Jambi Ala Santai
Tiap kali raya pasti sambal jambi tak pernah sy miss..Tak sah kalau tak ada jika dimakan dengan lontong. So kali ni sy akan kongsikan dengan anda semua resepi sambal jambi ala santai. Antara bahan-bahannya adalah:
2 peket ikan kurau atau yu ( terdapat kat mana-mana pasaraya) direbus kemudian ditumbuk separuh lumat.
Beberapa potong daging yang digoreng separuh masak dan kemudian ditumbuk separuh lumat
10-15 tangkai lada kering di kisar
sedikit belacan dikisar
Beberapa sudu kicap manis
10 biji bawang merah dikisar
10 biji bawang putih dikisar
sekiub besar gula melaka yang dihiris ( atau nak mudah beli gula merah kasar sepeket yang dijual kat mana2 pasaraya)
suku cawan air asam jawa.
30 biji bawang merah yang dihiris dan kemudian digoreng sehingga garing.
Cara membuatnya cukup senang. Masukkan beberapa sudu minyak dan panaskan. Masukkan kesemua bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan belacan, kicap, air asam jawa dan tumis lagi sehingga sebati. Masukkan ikan kurau atau yu dan daging yang ditumbuk separuh lumat tadi dan kacau sehingga sebati dalam 10 hingga 20 minit. Kemudian masukkan bawang goreng dan kacau sedikit dan sedia untuk dimakan samada dengan nasi mahupun nasi impit atau lontong 

1 comment:

  1. Aduh sambal.. budak ini pernah hampir dibunuh sambal xD

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails