Monday, July 22, 2013

RESEPI BEBOLA COKELAT ALA SANTAI

Ahakksss...dah lama jugak sy tidak memberikan resepi samada masakan mahupun kuih muih...mmg dah lama jugak sy tidak ada masa untuk memasak, balik rumah biasanya dah kelambatan. Jadi sempena dengan Raya pun dah nak dekat, maka sy pun terfikir nak buat biskut cokelat.. satu je yg penting pasal buat biskut cokelat ni ialah kepekatan cokelat tu..kena sedang2..terlalu cair pun tak sedap, terlalu pekat pun jadi keras rasanya..jadi yang sedang-sedang saja..ahaksss. So, jom kita mulakan, antara bahan-bahannya adalah...
100gm coklat masakan untuk bahan bebola
150gm coklat masakan untuk bahan celupan/saduran
90gm krim putar
70gm kek coklat ( yang akan diramas2 untuk dijadikan bebola)
10gm butter koko
Cara membuatnya amat mudah sekali. Cairkan coklat dan krim putar, setelah cair kacau sehingga acuan tersebut sejuk. Setelah itu, masukkan kek coklat tadi dan di ramas2 dan buat adunan bulat seperti bola.
Kemudian anda bolehlah membuat bahan celupan iaitu dengan mencairkan coklat dan butter koko tadi. Cucuk bebola tadi dengan garfu dan celup dalan bahan celupan dan kemudian sejukkan. Anda boleh letak kacang yang telah ditumbuh dan taburkan atas bebola coklat tadi sebagai penyedap.. Mudah bukan? So selamat mencuba...

Saturday, July 20, 2013

LINE INTERNET DIGI PULAK SLOW

Selamat berhujung minggu kepada anda semua, semuga di bulan puasa ini banyak aktiviti yang anda rancangkan samada untuk persiapan Hari Raya nanti atau bulan puasa ini sendiri..Bagi sy hari minggu ini lah masanya yg ada untuk sy meng'update'kan blog sy...tapi masalahnya line internet DIGI pulak yang slow macam kura-kura naik bukit... Memang slow bebenor sampai nak menunggu tu boleh buat kerja lain..ahaksss.
Sejak dua menjak ni memang line internet DIGI dah semakin teruk. I don't know why...Maybe sebab dah banyak sangat free service dalam perkhidmatan internet kot macam Line, Whatsapp, Viber, Tango, Kakao Talk, Wechat, Skype dan segala macam lagi lah yg tumbuh macam cendawan...Anyway, harap2 ianya bertambah baik or DIGI should do something to improve it...sebab sudah semakin ramai rakyat kita yang menggunakan jalur lebar dan perkhidmatan mana yang terbaik..itu yang akan mereka pilih.

JOM TANAM POKOK BUNGA

Jerebu punya pasal, pokok bunga gantung yg sy beli beberapa bulan lepas pun turut berjerebu dan terus kiokkk. Pendek kata semua pokok bunga gantung sy mati. Jadi sy pun tundakan dulu nak beli pokok bunga gantung yang baru dan sy gantikan dengan pokok bunga yg ditanam kat tanah.. Memang susah sikit nak cari pokok bunga yang boleh tahan lama. So far pokok bunga yg sy tanam bertahan lama adalah pokok bunga jasmin yang masih bertahan sampai sekarang...semakin membesar dan setiap kali berbunga sampai kedalam rumah baunya...tapi biasanya bunga jasmin ni boleh bertahan selama 2 @ 3 hari je lepas tu semua gugur, cuma bila dia sekali berbunga, memang banyak....
So biasalah tempat kebiasaan sy mencari bunga adalah di Sacc Mall Shah Alam. So dalam cari punya cari punya cari...hampa. Tak jumpa pun pokok bunga yang sesuai. Rasanya semua tu jenis pokok yang tak tahan lama...Dalam perjalanan balik tu sy singgah ke kedai DIY dan ternampaklah sy beberapa pokok bunga yang diorang jual dan akhirnya sy tertarik untuk membeli dua pokok bunga berwarna pink dan purple..nama pokok tu sy tak pasti...

Thursday, July 18, 2013

BOIKOT AYAM...BOLEH KE?

Kenapalah setiap kali datangnya musim perayaan, mulalah harga itu naik, harga ini naik.. alasan sebab permintaan yang tinggi...logik ke? Habis tu masa permintaan rendah tak pulak turun harga mendadak.. Semalam baru je sy gi pasar malam, ingatkan nak beli ayam crispy goreng tu..tup2 dah naik harga daripada RM5.50 kepada RM6.00... Pokoknya daunnya batangnya..rata2 yang berkait dengan ayam semua naik harga..nasi ayam, ayam goreng, nasi lemak lauk ayam, soto ayam... tongkeng ayam, kulit ayam, leher ayam.. kalau tak naik harga pun, kuantitinya dikurangkan....
Kira eloklah jugak saranan untuk memboikot membeli ayam tapi boleh ke? Rata2, ayam ni dah kira macam makanan yang rutin jugaklah..seminggu tu mesti ada sekali dua berlaukkan ayam. Pihak berwajib jugak sudah meluluskan permit untuk mengimport ayam bagi menstabilkan balik harga ayam...Harap2 harga ayam kembali stabil kerana semua ini akan membebankan kita semua sebagai pengguna...

KADANGKALA IANYA AKAN TERJADI...

Kata orang, sudah lumrah kehidupan ada pasang surut, ada atas bawahnya..tapi jika itu hakikatnya kenapa perlu kita takut apabila kita berada di bawah? Tak selamanya kita berada di atas walau sekuat dan sekaya mana pun..
Shafiq ( bukan nama sebenar ) merupakan kawan yang sy kenal melalui kawan sekolah sy yang kebetulan tempat kami bekerja berdekatan. Sy tidak lah mengenali secara rapat tetapi sekali sekala bila sy berjumpa dengan kawan sekolah sy ni si Shafiq join sekali. Sekali tengok cara pemakaian dan gaya Shafiq, memang simple..selalu pakai tshirt dan seluar steng ( paras lutut).. Tak pernah pulak nampak dia pakai baju kemas atau lebih senangnya baju kerjalah..Tiap kali jumpa, itulah bajunya walaupun masa kami berjumpa itu adalah waktu lunch atau tea break..So risik punya risik daripada kawan sekolah sy, rupanya Shafiq ni dulu adalah seorang yang sangat mewah..pernah mempunyai syarikat sendiri, rumah banglo dan kereta sampai 3 buah. Tapi disebabkan ditipu oleh rakan kongsi, maka dia terpaksa menanggung beban hutang syarikat berseorangan sehingga dia diistihar muflis..semua harta yang dia ada sekelip mata hilang...hinggakan satu ketika dia terpaksa tidur di masjid2 atau surau2..memang sedih bila sy dengar cerita liku2 hidupnya.....
Pendek cerita, perlahan2 dia menapak balik atas bantuan rakan2 yang prihatin terhadapnya sehinggalah semua hutang2nya dan syarikat dapat dilangsai dan kini dia kembali normal daripada muflis...

Wednesday, July 17, 2013

AMYLEA - SEPERTI DIA

Lagu pilihan" Jomsantaisekejap bulan ini adalah lagu "Seperti Dia" nyanyian Amylea yang dipetik daripada slot Samarinda 'Ramadhan Yang Hilang' yang dibarisi oleh pelakun seperti Eira Syazira, Syatilla Melvin, Zamarul Hisyam, Zila Bakarin dan ramai lagi. Pada asalnya sy tak berapa mengikuti cerita ini tapi setelah mendengar lagu Amylea, mulalah sy tertarik untuk mengikuti ceritanya..lagu ini memang syahdu dan mendayu.. anda boleh melihat Amylea menyanyi di akhir slot Samarinda..so, rakan bloggers, enjoy the lyrics.

Seperti Dia
Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat 
Untuk aku buktikan padamu
Untukku buktikan..padamu
Ku jejak tiap haluan dia tuju..
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia..
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama
Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat 
Untuk aku buktikan semua..
Untukku buktikan semua

Tuesday, July 16, 2013

BERBUKA DI NASI ARAB D'CAFE SEK 7

Salam santai... Hari minggu nampaknya hujan turun mencurah dengan lebatnya. Jadi bermakna, ada kemungkinan di Bazaar tidak ramai yang akan menjual kerana dek hujan. Jadi fikir punya fikir..apa kata berbuka kali ini kita pekena nasi beriyani ala2 arab pulak.. Sudah pasti salah satu tempat yang sy tahu adalah di Nasi Arab D'Cafe yang terletak di seksyen 7, Shah Alam berdekatan dengan Unisel...
Walaubagaimanapun, sy tidaklah terus berbuka kat sana sebab sy pasti tempat mesti penuh punya, so sy beli dulu kuih2 di kompleks PKNS untuk sy berbuka dan selepas tu agak2 dah reda barulah sy ke seksyen 7.. Sy order nasi arab berlaukkan daging kambing..menunya ada macam2 jenis susah sy nak katakan disini, tak ingat namanya tapi memang sedap..So bagi mereka yang pekena nasi arab, silalah ke seksyen 7 Shah Alam..Jika tidak pun, di sekeliling tempat itu memang penuh dengan gerai2 makanan yang lain seperti steamboat, grill, masakan Thai dan macam2 lagi...

Friday, July 12, 2013

RAMADHAN DATANG LAGI...

Selamat menjalani ibadah puasa dan menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran2 pahala yang tidak terhingga.. diharap tidak terlewat untuk sy mengucapkannya kepada semua rakan bloggers dan pembaca blog Jom Santai Sekejap...almaklumlah kesibukan melanda macam tsunami sampai nak menjenguk blog pun susah apalagi nak menaip entry...ahaksss.
So cakap bulan puasa ni pasti perkara pertama yang di perbualkan sudah pastilah Bazaar Ramadhan.. Apa nak beli juadah berbuka nanti di Bazaar dan bagaimana pulak dengan harga makanan yang dijual kali ini.. naik lagi ke? Sekarang heboh diperkatakan harga ayam dah naik sampai 9.50/kg... Asal musim perayaan aje, macam2 yang naik..macam2 pulak barang yang habis stok.. atau mungkin sengaja ditahan atau disorok supaya dapat menaikkkan harga...dah selalu sangat berlaku dan sudah sampai masanya diambil tindakan keras kepada sesiapa yang terlibat...kan?..opsss 
So, nanti entry akan datang kita survey2 pulak Bazaar Ramadhan yang sy kunjungi...sekali lagi kepada semua, Selamat berpuasa dan lalui bulan Ramadhan ini dengan hati yang penuh keinsafan dan taqwa.. semua kita semua mendapat berkat.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails