JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, February 3, 2013

WEEKEND YANG MEMENATKAN

Selamat Pengantin Baru....
Hari minggu yang cukup memenatkan... sy bercuti di Muar sambil menghadiri majlis perkahwinan saudara sy yang di langsungkan di Sg Abong Muar. Dah lama jugak sy tak ke area sana walaupun secara dasarnya tak banyak yang berubah...cuma sesaknya masih macam dulu bila nak masuk ke bandar Muar. Warna tema perkahwinan adalah hijau, jadi bila masuk dewan, penuh dengan kehijauan...ahaksss..Apa2 pun Selamat Pengantin Baru.
Dalam perjalanan ke Muar sy singgah le ke restoran jejantas Air Keroh, tempat yang selalu sangat sy singgah setiap kali bila balik ke JB sampai sy dah tak tahu nak makan apa bila sampai di sana...Harga pun agak mahal jugak kat sana kecuali restoran2 fast food macam KFC dan A & W sebab dah harga tetap, bila kedai makan lain boleh tahan mahal.. Hari tu sy cuba makan di restoran yang terletak di tepi sekali tapi minta maaflah sy tak ingat nama restorannya cuma sy ingat sy makan nasi campur..ahaksss. Boleh tahanlah rasanya tapi sy ambik lauk ikan, tempe dan sayur harga RM7.50 campur air teh o ais  nak cecah RM10.00 jugak
Oleh kerana waktu petangnya hujan di Muar, maka taklah dapat sy berjalan2 banyak tempat waktu petang kecuali pergi ke beberapa shopping complex spt di Wetex Parade, Bazaar Baitulmal, Uptown Muar dan lain2.

1 comment:

  1. balik JB roger la kakCT. kakCT janji kakCT belanja KFC

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails