JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, October 24, 2012

SEKALI OMBAK MEMUKUL PANTAI

Semalam masa tengah nak pergi bayar parking, sy terserempak dengan kawan lama semasa sama2 belajar di UiTM Shah Alam dulu. Sempatlah kami minum petang sambil cerita2 pendek pasal kawan2 lama.. Ada yang dah kahwin anak 2,3..ada yang dah berjaya jadi boss, jadi pengusaha kantin...yang tak kenal kawan pun ada...ahaksss.
Bila cakap pasal tu, memang ada jugak tempias2 diantara kawan2 sepengajian sy yang bila sudah menjadi orang berjaya dan berpangkat tinggi....bila berjumpa, dah macam tak kenal siapa kita..tegur setakat macam antara boss dengan pekerjanya padahal kita ni pernah berkawan rapat semasa belajar dulu...Teringat jugak cerita "Antara Dua Darjat"...Masa belajar, sama2 makan maggi... sama2 duduk belajar di library.. sama2 makan di kantin.. sama2 naik keretapi balik kampung....tapi itu semua kenangan masa belajar. Bak kata pepatah, sekali ombak memukul pantai, sekali itu pantai berubah... Bagi sy dan kawan2 yang mengenali, itu semua hanyalah salah satu rencah kehidupan dan sebenarnya kita tidak mengharapkan apa2 kecuali nilai sebuah persahabatan.....

7 comments:

  1. tak suka kawan cenggitu..nasib baik setakat ni tak ada lagi yang macam tuh. masih berhubung baik walaupun da lama tak jpa.

    ReplyDelete
  2. ermmmm...kakCT pon turut berubah...tambahan 6kg.

    tang mana tu ea agaknya...aduhai rindu nak dapat body mcm dolu!!!!???

    ReplyDelete
  3. cintazulaikha - ada yang ok dan ada yang tak...

    kak ct - hahaha..tu bukan ombak memukul pantai, tu dah macam tsunami dah. apa2 pun harap kak ct dapat bentuk macam dulu...

    ReplyDelete
  4. wah lama nya saya tak singgah blog ni..bukan lupa tapi sibuk sikit...nilai persahabatan itu sangat penting pada mereka yang sentiasa ingat walaupun jauh...

    ReplyDelete
  5. biasala tu...
    orang ni kdg2 rase pelik jgk..hidup ni kan mcm roda..
    xperlu utk merasa tgi wlupun kita berada di punck..
    nk cri yg betul2 shbt yg mghargai mmg sush..

    ReplyDelete
  6. singah bce entri blog ni...saya pn lama x jumpa kwn2 lma nih...

    5 Cara Jaga Kesihatan Dengan Lifebuoy

    ReplyDelete
  7. salam santai2 sini sambil cari kawan2 lama n baru.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails