JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, September 18, 2012

PETUA2 MUDAH KURANGKAN BERAT BADAN


Entry ini adalah bagi mereka2 yang mengalami kenaikan berat badan selepas musim raya ini termasuk sy, almaklumlah banyak rumah terbuka yang kita kena hadir, tak makan kata tak sudi atau sombong pulak, kalau dah makan, lupa diri pulak sampai tak boleh nak berhenti..ahaksss. So sy pun google dan sy rumuskan dari beberapa blog petua2 atau tips2 mudah untuk kurangkan berat badan dan tahukah anda untuk mengurangkan 1kg, anda harus membakar atau mengurangkan 7,700 kalori tidak kira melalui senaman, pemakanan atau gabungan kedua2nya? So antara petua2nya adalah:  
Jangan tidur siang – nak tidur 15-20 minit, jgn tidur lepas zuhur dan sebelum asar. Jika tidur beri kesan lesu dan lembap pada minda.
Minum air suam kosong – bukan air sejuk kosong. Ada cakap air sejuk kosong buat perut buncit.
Banyak berjalan – perjalanan darah lebih teratur dan pengaliran oksigen lebih sekata.
Jangan baring lepas makan – cara ni memang mudah berat naik, terutama jika kita makan lewat malam dan terus tidur
Minum air kosong 2 gelas selepas makan – cara ini memang terbukti menurut kajian di Amerika sehingga ada yang boleh turun 2-3kg dalam sebulan hanya memperaktikkan kaedah ini.
Makan makanan yang banyak serat – seperti sayuran  dan buahan tetapi jangan makan buahan terlalu banyak pulak..
Download mana2 exercise kat youtube dan ikut buat exercise 30 minit setiap hari minggu jika anda tidak cukup masa untuk membuatnya pada hari2 biasa, tapi peringatan untuk membakar lemak dengan cepat, jangan selepas exercise anda minum milo, 100plus atau minuman isotonic yang lain
Elakkan daripada meminum air bergas. Boleh menggemukkan di samping mudah mendapat penyakit kencing manis kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Jangan skip hidangan – Tidak perlu skip hidangan anda tetapi makan dengan kuantiti yang sederhana serta seimbang. Berdiet hanya akan menambah selera makan anda dan kadar metabolism badan anda akan menurun. Ada pendapat mengatakan lebih baik makan 5 – 6 hidangan kecil setiap dahri daripada memakan 3 hidangan besar.
Bersauna – cara ini memang dapat membakar kalori dan mengeluarkan air dan di galakkan untuk membuatnya sekali seminggu.

4 comments:

  1. buat brisk walk je tiap2 ari ^^

    ReplyDelete
  2. Siti Radz - sy buat yang mudah...minum air..ahaksss

    bella - mesti dah mengamalkannya ni...

    ReplyDelete
  3. perut kembung minum air masak sokmo.
    sedang cube wat sit up.

    moga kurus! yeah!

    haha

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails