JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, April 9, 2012

SIAPA PIKAT, SIAPA TERPIKAT?

Kalau zaman dulu2, style pikat senang aje, biasanya duduk kat shopping kompleks dengan member2, datang group perempuan yang tengah shopping2, sweet2 beberapa kali, kemudian tgk reaksi diorang..kalau diorang ketawa2, senyum2 dan cakap2..maknanya ada peluang. Kalau diorang tarik muka masam dan jalan tak pandang belakang..maka lupakan saja...lgpun dulu2 mana ada handphone, mana ada facebook..kira pikat secara langsung..ahaksss.
Cakap pasal pikat ni, teringat pada cerita sy dan kawan sy dulu, dimana kami sama2 masih belajar di UiTM Segamat. Masa tu cuti semester dan kami sedang menunggu keretapi balik ke JB. Dalam dok menunggu keretapi sampai. datang 3 orang perempuan cantik yang jugak sedang menunggu keretapi, jugak menuju ke arah selatan...dan kebetulan, diorang pun duduk betul2 dikerusi bersebelahan dengan kerusi kami... Adakah sy dan kawan sy terus menegur? Tidak...bukan pada masa itu...
Dalam beberapa minit kemudian, ada pengumuman mengatakan bahwa keretapi ke Selatan akan lewat sejam daripada masa yang sepatutnya...Sy dan kawan sy mengeluh. Begitu jugak perempuan2 tu mengeluh sama.. Kami mengeluh serentak dan saling berpandangan dan kami ketawa. Adakah sy dan kawan sy terus menegur? Tidak...bukan pada masa itu.
Sejam selepas itu, keretapi pun sampai dan dari jauh kami dah nampak memang penuh orang. Masa itu keretapi tak ada pakai seat...Kira nasib, kalau ada tempat duduk, duduklah..kalau penuh, sampai JB tu boleh berdiri kitaorang..Kebetulan, cari punya cari, sy dan kawan sy dapatlah tempat duduk kat depan sekali berdekatan dengan kepala keretapi... dan kebetulan perempuan2 tu pun duduk berdekatan dengan kami... Adakah sy dan kawan sy terus menegur? Tidak...bukan pada masa itu....Errr boleh rehat kejap tak? Sy sambung next entry....ahakssss

4 comments:

  1. semangat sy baca , rpe-II kne tgguu sambungan . hahaha

    ReplyDelete
  2. perlu ada sambungan, baru nak syok baca nie.. hahhaa

    ReplyDelete
  3. Cik ieyra - Hahaha..sorry, jap lagi ada sambungannya ye, tengah menaip.

    Liana Ryan - betul betul betul, kenapalah dia ni tak tulis sampai habis?

    Kak ct - lawannya cepat betul tak kak ct?

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails