JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, April 6, 2012

CERITA LEWAT MALAM

Malam ni malam apa? Malam jumaat...pandai pun. Bila cakap pasal malam jumaat bagi orang dewasa yang sudah berumah tangga adalah malam ehemmm ehemmm..Bagi yang bujang, ini adalah malam yg sama macam malam2 yang lain...Bagi budak2 pulak, malam nilah malam yang selalu diorang pulang awal sebelum maghrib..
Teringat sy waktu kecik kecik dulu, bila cakap malam jumaat aje, mesti kecut perut sebab dah selalu di hebah-hebahkan cerita hantu selalu suka keluar pada malam jumaat...Banyak benar cerita yang sy dengar samada daripada senior di sekolah mahupun cerita2 di tempat tinggal sy masa kecik2 iaitu di Johor Bahru....
Antara ceritanya yang diceritakan oleh senior sy disekolah adalah...jeng jeng jeng....
Pada satu malam, pada ketika semua pelajar sudah tidur kerana lampu harus dipadam pada pukul 11 malam dan semua pelajar diwajibkan tidur dan berada di dorm masing2. Adalah 3 orang orang pelajar tingkatan 2 yang merancang nak main permainan terup kerana boring. Tepat jam 12 tengah malam, malam jumaat... tiba2 mereka mendengar seperti seretan besi betul2 di sebelah tingkap tempat mereka bermain, iaitu di katil salah seorang daripada mereka...Oleh kerana terlalu takut, mereka bertiga tidur menutup diri mereka dengan selimut dan ketiga2 baring atas satu katil...Seretan rantai besi nyata tidak hilang, masih kedengaran sambil diselang seli dengan rentetan laungan kesakitan seorang perempuan...Tiba2 suasana menjadi senyap sunyi dan mereka bertiga perlahan2 membuka selimut mereka dan alangkah terkejut apabila tingkap mereka terbuka luas dan di tepi tingkap itu berdiri seorang perempuan berambut panjang dan memakai baju putih labuh ke lantai sedang merenung tajam ke arah mereka.....Pendek cerita, ketiga2 mereka menjadi histeria dan dirawat oleh seorang ustaz di hostel tersebut....  dan cerita ini jugak sy panjangkan kepada budak2 baru bila sy pulak jadi senior.. ahakssss...

2 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails