Wednesday, September 19, 2018

LUKA SEMALAM..CERITA LAMA

Ada luka yang boleh dirawat, ada yang tidak. Ada yang mengambil masa pendek dan ada yang panjang. Ada luka yang nampak dan ada yang tidak.... 
Dulu pernah satu ketika saya terluka. Luka di hati. Dalam sangat hirisannya sehingga ke hari ni masih belum dapat sembuh. Entah kenapa susah sangat untuk saya melupakan kisah lama walaupun sudah perkara itu sudah lama berlalu tapi se akan baru semalam semuanya berakhir. Semuanya berakhir hanya...
"Semalam you pergi mana? Kenapa bila I call you tak angkat?"perbualan petang itu. Saya masih ingat dengan cuaca mendung semendung keadaan kami.
"Kenapa? You ingat I ada buat apa-apa ke?" Nur pula memecah kesepian petang sambil memalingkan muka dia dari saya.
"Bukan...setidak-tidaknya jawablah whatsapp I. Bagi tau you kat mana.." Saya tahu dalam keadaan masa tu seorang harus berlembut dan meredakan keadaan.
"You ada nampak tanda I baca kat whatsapp tu? Tak ada kan.." Jawab Nur. Tak perasan pulak aku samada dia baca atau tidak whatsapp tu...
"Kalau you tak baca whatsapp, kan I ada sms...mesti you dapat kan message tu?"
"Eeeiiii...kenapa you ni? I nak pergi mana...I nak duduk mana.. I nak tidur kat mana kenapa you nak ambil tahu?" suara Nur semakin tinggi...mendung mula bertukar cerah secara tiba-tiba...
Saya pun mula resah.. Cuba mencari cara bagaimana untuk meredakan keadaan. Teringat dalam cerita drama-drama kat tv, selalu cara mudah nak pujuk kena nyanyi....lalu saya pun cubalah nyanyi sebuah lagu dengan harapan dia pasti suka dan mula sejuk......
"Ehemmmmmm......
"Semalam bobo dimana
bobo sama siapa
ngapain aja
Tadi malam bobo dimana......"

Taksempat saya menghabislan lagu itu, Nur terus berlari tanpa menoleh sehinggalah ke hari ini.


Tuesday, September 18, 2018

BULAN INDAH - ZARA ALI

Lagu pilihan Jomsantaisekejap pada bulan ini adalah lagu bertajuk Bulan Indah nyanyian Zara Ali yang sedang popular dengan drama Cinta Lemon Madu. Ceritanya bagi saya ok tapi bila lagu bulan indah ni asyik berkumandang membuatkan ramai yang mula mengikuti drama ini yang masih bersiaran..rasanya dah nak sampai penghujung dalam seminggu dua ni. Hayati lirik lagu Bulan Indah dari Zara Ali.

BULAN INDAH - ZARA ALI

ku mendekat engkau menjauh
aku ada dan kau tiada
aku datang dan kau pun pergi
membiarkan hatiku
engkau jauh aku mendekat
engkau tiada aku pun ada
engkau pergi dan aku datang
dan terbiar hatiku
aku seumpama bulan yang indah
bersendirian di langit malam
dihias bintang tanpa kekasih
sepi merenung diri
aku seumpama bulan yang indah
bersendirian di langit malam
dihias bintang tanpa kekasih
sepi merenung diri


LAMA BETUL BERSAWANG

Dah terlalu lama sangat saya meninggalkan dunia blogging. Sibuk dengan urusan2 lain sehingga tak dapat nak cari masa untuk menulis apalagi nak buka blog...akhirnya bersawang lah blog ni, sampaikan bila saya nak buka blog ni pun sy dah lupa apa user dan password blog ni, tapi cuba punya cuba akhirnya berjaya jugak dan Alhamdulillah masih ada lagi blog ni.. ingat dah lama tak aktif kena gantung..huhu.
So... adakah sy akan memulakan balik blogging? Tak dapat nak saya jawab sekarang. Maybe. Tapi konsep nya mungkin akan berubah sedikit bersesuaian dengan masa yang saya ada sekarang. Kalau dulu boleh 2,3 post sehari.. boleh blogwalking tiap2 hari tanpa jemu..hahaha.
But secara jujurnya terlalu banyak yang boleh kita dapat dari berblogging. Rakan blogging, ilmu tentang bermacam2 aspek, jana pendapatan, melatih kita berkreatif serta memberi kita inspirasi serta motivasi dalam pelbagai sudut tidak kira dari segi kehidupan kita mahupun orang lain.
Till next post...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails