
Ada sebuah kisah rakan sy. Bagi nama Daniel ( Bukan nama sebenar ) Asalnya dulu dia pernah bercinta dengan seseorang daripada kampungnya sehingga ke IPTA dan kemudian masing2 terpisah apabila temannya melanjutkan pelajaran ke US sementara Daniel mula bekerja di KL. Daripada kerap berhubung sehinggalah terputus hubungan kerana temannya itu telah bernikah dengan orang lain diUS. Oleh kerana patah hati, Daniel mengambil keputusan untuk mencari cinta baru namun gagal kerana hatinya masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya dan akhirnya cinta itu sampai jua dalam keadaan yang tidak diduga. Dia ditangkap khalwat ( tapi sebenarnya ada orang yang nak sabotaj dan aniayai kawan sy, tapi kita tutup kes tu... ) Singkatkan cerita, mereka berkahwin atas dasar untuk menutup cerita tersebut. Dalam 2 tahun kemudian, Daniel telah bertemu dengan seseorang yang benar2 memahami dan serasi seperti cinta pertamanya namun semua terbatas kerana hubungan yang sedia ada.... Bagaimana kesudahannya? Opssss.....