Friday, June 24, 2011

RESTORAN LONTONG KLANG SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Audit dah pun habis. Rasa lega sikit sebab dah boleh sambung balik blogging, tapi sebab lama sangat tinggalkan blog, rasa kebuntuan sedikit nak mula blogging. Macam baru balik cuti raya, mood kerja tu rasa liat sangat nak buat, tapi lama2 hilang lah tu...bukan hilang kerja, hilang mood malas buat kerja..ahaksss. Pada hari minggu yang lepas, sy singgah sekejap bersarapan di sebuah restoran Lontong Klang. Speciality dia dah tentulah lontong, memang sedap terutama sambal sotong dia tu, makan dengan nasi lemak pun sedap. Restoran tu terletak di seksyen 7, Shah Alam berdekatan dengan sebuah Universiti... jugak berdekatan pintu belakang UiTM Shah Alam. Sebab sedap punya pasal, hari tu sy makan 2 makanan terus. Sy order lontong dulu, lepas tu sy order pulak nasi lemak...Mungkin jika ada yang tinggal berdekatan, boleh cuba try test. Kebetulan pada hari yang sama tu, Jackel dan butik Ariana mengadakan jualan diskaun sehingga 70%, sampai nak cari parking pun susah...  

Thursday, June 2, 2011

TERUS HILANG NGANTUK DIBUATNYA

Hari ni mata ngantuk sangat. Apa tidaknya semalam tidur pukul 4 pagi. Ada kerja sikit kena buat, jadi nak tak nak kenalah lupakan pasal malam yang nyaman, sejuk dek hujan dan bunyi katak2 menyanyi sumbang lagu tidurlah permaisuri. Bila pagi2 mengantuk, maka bukaklah radio waktu memandu ke office..tapi lagu rancak ke, lagu metal ke, mata tetap merah..tiba-tiba dalam dok tukar siaran radio, terdengar pulak pasal cerita bayi yang dicampak daripada tingkat 5 sehingga pecah kepala. What?!!! Dah gila ke diorang ni sampai main campak2 je bayi lelaki yang tak berdosa tu? Terus hilang ngantuk sy bila mendengar cerita pasal bayi tu. Ikut pada ceritanya, seorang lelaki mencampak dan mensasarkan tong sampah tetapi balingan nya tak betul lalu tersasar daripada tong sampah dan jatuh di atas simen jalan. Sedih betul. Makna perginya keperihatinan manusia sekarang? Dah banyak pertubuhan untuk bayi2 terbuang, remaja mengandung...pergi sajalah ke sana daripada membunuh nyawa yang tidak kenal apa2. Malas nak cakap apa dah...sedih teramat sangat.

JUALAN PAKAIAN KANAK2 DI SACC MALL 2

Beberapa hari lepas sy berjalan2 ke Sacc Mall Shah Alam. Cadang pada awalnya nak makan kat sebuah cafe di tingkat 2, kemudian tertarik pulak dengan orang ramai di luar legar. Rupa2nya ada jualan pakaian kanak2. Ada jualan diskaun sehingga 70%..banyak tu! Kena pulak dengan cuti sekolah, ramai para ibu-ibu yang sibuk memilih itu ini situ sini. Rasanya ada jugak beberapa kedai berdekatan yang jugak mengadakan jualan seperti Watson dan lain-lain. Bila cakap pasal cuti sekolah ni, ada 2 perkara yang tak boleh nak lari...pertama bercuti, keduanya ialah jemputan kahwin. Sy sendiri mendapat 4 jemputan kahwin termasuk dengan auditor yang menjalankan audit di office sy..hahahaha. Kenalah pergi nak bodek sikit supaya tak ditanya banyak sangat soalan nanti. Cuti sekolah jugak ramai yang memilih untuk bercuti ke sana ke sini. Bagi mereka yang berkeluarga pasti sudah merancangnya lebih awal....anda bagaimana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails