JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, May 27, 2015

RESEPI CHAWANMUSHI ALA SANTAI

Bagi sesiapa yang pernah ke restoran makanan jepun pasti pernah menikmati salah satu menunya iaitu Chawanmushi yang seakan2 macam puding telur.. biasanya dicampur dengan cendawan dan jugak crab stick.. Memang sedap dan menyihatkan. Resepinya memang simple..
Antara bahan-bahannya adalah:
Isi ayam di potong kecil2. Kita boleh goreng tanpa minyak atau rebus dulu bagi dia separuh masak.
2 batang crab stick di potong panjang2.
Cendawan hitam di potong sederhana kecil 
Carrot di potong kecil2
4 biji telur
2 @ 3 cawan air rebusan ayam campur beberapa titis soy sauce atau kicap masin pun boleh.
( Anda boleh tambah bahan2 lain yang anda suka macam brokoli ke, udang ke..ikut suka tapi jangan banyak sangat nanti rasa dia dah bercampur2 )
Cara membuatnya pun cukup senang.....
Panaskan periuk kukus. Isi semua bahan tadi dalam cawan2 kecik. Kalau tak ada, bekas plastik yang selalu orang orang jual jelly kelapa tu pun boleh. Jangan isi banyak2. Agak2 jelah. Dalam pada tu, kita pecahkan telur dan pukul perlahan2 bagi sebati tapi jangan sampai berbuih, nanti rupa nya tak berapa cantik. Kemudian baru masukkan air rebusan ayam ( stok ayam) dan kacau rata. Tapis campuran tadi kedalam bekas lain supaya hasil nampak lebih cantik. Kemudian boleh di tuang campuran tadi ke dalam cawan atau bekas plastik mengikut sukatan yang kita suka. Tutup cawan dengan tudung atau aluminium foil selama lebih kurang 10 ke 15 minit dan kukus dalam api yang sederhana besar. Lepas tu...bolehlah dihidangkan.. nak tambah daun bawang pun boleh menambah aroma kesedapan.

13 comments:

  1. Wah mcm sedap je..
    InsyaAllah nanti try buat jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap..apa lagi kalau awak buat pasti makin sedap..leh cuba

      Delete
  2. Replies
    1. Cubalah jangan tak cuba..mudah je dan bahan2 pun ikut suka kita nak masuk apa..

      Delete
    2. Ikut suka eh? Laaagggi meriah gayanya kalau mcm tu, ekeke =D

      Delete
  3. Replies
    1. Try cuba test ye... Mana tau awk masak lagi sedap... :-)

      Delete
  4. Replies
    1. Memang yummy... selalu beli je kan... bila buat sendiri boleh belasah bercawan2.. ahakss

      Delete
  5. Ishhh santai macam dekat hotel hotel hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan.... tak dalam hotel pun tak pe, janji dekat2 hotel..hahaha... janji kita santai.

      Delete
  6. Replies
    1. Rasanya kalau awak yang buat lagi sedap agaknya... cubalah. simple je

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails