Thursday, November 27, 2014

NUFFNANG PREMIERE SREENING - ALEXANDER & THE TERRIBLE, HORRIBLE, NO GOOD,VERY BAD DAY

Agak lama jugak sy tak join Nuffnang Premiere Screening sejak last sekali sy menonton filem Into the Storm pada 5 August yg lalu...Lama tu...maklumlah dengan kesibukan dan macam2 perkara yang nak dibuat. Tapi bila semua dah selesai, sy rasa dah tiba masa nak menenangkan diri dan ada masa untuk berblogging balik, so apalagi,,, joinlah Nuffnang Premiere Screening balik..huhu. Dan nasib sy amat baik apabila Nuffnang bermurah hati memberi sepasang tiket untuk Premiere Screening - Alexander & The Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day.
Sesuai sangat dengan keadaan sy beberapa minggu lalu yang macam2 benda berlaku..ada je tak kena...ahakss.
So tayangan nya adalah pada 2 December 2014... Emmm kali ni nak bawak sapa pulak ekk...ahaksss. Apa2 pun, harap dapat jumpa rakan2 bloggers yang lain sambil bertukar2 ideas...

Wednesday, November 26, 2014

KENAPALAH MACAM TU?

Geram ada...marah ada..nak gelak pun ada tapi kurang lah..ahakss. Apa taknya dalam kita dok beratur panjang2 nak timbang sayur tiba2 ada orang yang dengan selambanya potong que terus letak kan barang yang nak ditimbang nya dari arah hadapan... tapi yang buat lagi geram tu, pekerja yang menimbang barang tu boleh ambik dan menimbang barang2 tersebut ( masa tu di kaunter sayuran dan buahan )..paling tidak biasanya pekerja itu akan menegur.." Encik, sila beratur ye"...
Tapi biasalah. kejadian ni memang sering berlaku dan sudah pastinya ada aje orang yang tidak mengambil kira kesusahan dan adab orang lain yang penat beratur, terus potong que..janji dia punya settle... 
Samada berlaku di kaunter tiket, kaunter bayaran barangan di hypermarket, di kedai makan segera, kedai runcit...memang ada yang jenis suka potong que. Kalau yang jenis tak nak buat bising, dia akan biarkan aje..tapi kalau ada yang jenis bising dah pasti keluar jugak suara menyuruh sesiapa yang potong que tu beratur belakang atau paling tidak membebel...ahakss...
Bagi sy, potong que ni satu adab yang paling basic... tak susah mana pun. Kita nampak orang beratur, kita just follow je belakang diorang..kan kan kan.

Tuesday, November 18, 2014

ALAHAI ..TAK SEMPAT NAK SINGGAH

Sebelum hari nak hujan, sebelum jalan jam...pendek kata sebelum balik, sy sempatkan dulu untuk post entry ni...tapi 2,3 minggu ni memang sy tak berkesempatan langsung nak buat blogwalking.. tak sempat nak singgah blog rakan bloggers..huhu. Insya Allah tengok lah kalau berkesempatan, sy cuba untuk blogwalking minggu depan...harap blog tak buat hal 'blank' macam hari tu sampai sy hampir putus asa nak aje delete blog ni.... Kadang2 ada widget yang dah lama tu kita dah tak berfungsi boleh jadi virus..tapi bukanlah virus pada pc kita, virus pada blog... 
Minggu ni nampaknya hari sy akan dipenuhi dengan jemputan kahwin. Ada 2 jemputan, satu siang satu malam. tak tahulah dua2 boleh pergi atau tidak...tapi kira dua2 jemputan tu dari kawan yang rapat jugak...huhu..merajuk pulak kalau tak pergi...So apa plan anda minggu ni?

Friday, November 14, 2014

PERGHH LEGA AKHIRNYA KEMBALI NORMAL

Setelah berjam2 sy dok menggoogle dan memikirkan apa yang menyebabkan blog sy jadi blank, akhirnya sy mengambil keputusan untuk melihat satu persatu widget yang telah sy download dan men'delete' mana yang tidak perlu... mana tahu ada yang bawak virus ke. Akhirnya sy pun tersampai lah ke satu widget bunyinya agak pelik..ada dalam layout sy tapi tak keluar dalam blog...Hahaha. Sah inilah pembawa virus nya. So dengan senang hati sy pun delete widget tersebut dan kemudian save arrangement dan kemudian sy view blog........ Alhamdulillah. Sy dah boleh view balik blog sy. Hampir2 sy nak delete je blog ni sebab dah putus asa nak cari apa punca blog sy jadi blank...huhu.
So....bolehlah sy berblog lagi....

NAK VIEW BLOG JADI BLANK..HUHU

Tak tahulah mana silapnya..tiba2 hari ni blog sy tak boleh nak view. Kenapa ekk? Padahal tak adalah pulak sy adjust apa2...Ada sesiapa yang mengalami masalah yang sama? Tang lain tu tak ada masalah..nak post ke nak edit ke... tapi tang nak view blog je terus hitam legam jadinya blog sy..ahaksss. Tengok kat google punya forum macam ada yang cakap berkaitan dengan sistem baru google chrome or whateverlah..
Kelakarlah pulak nak tengok blog sendiri tak dapat..tengok, tapi tengok blog orang lain boleh.
Jadi sapa2 yang pakar internet boleh bagi idea macam mana nak solve masalah ni atau sapa2 yang pernah lalui masalah yang sama....

Thursday, November 13, 2014

TERINGAT KENANGAN DI ZAMAN SEKOLAH...

Antara banyak2 zaman... zaman semasa bersekolah menengah lah yang bagi sy mempunyai banyak kenangan apalagi bila kita bersekolah di asrama penuh.. Semua perkara kita terpaksa berdikari dan berusaha sendiri, mempunyai kawan yang dapat menjadi penghilang rindu kepada keluarga, makan di dewan makan bersama2 junior dan senior, melibatkan aktiviti2 kelas mahupun luar kelas seperti disurau, sukan dan lain2.. Pastinya apabila penghujung tahun akhir menjadi masa yang sukar untuk digambarkan kesedihannya kerana terpaksa berpisah dengan guru2 dan kawan2 yang akan membawa haluan masing2 ke peringkat yang lebih tinggi..dan pastinya ada yang selepas itu bertahun2 terpisah...
Teringat sy apabila mula2 sy menjejaki ke alam persekolahan menengah...  malam pertama saja senior dah datang ke bilik kita orang 'melawat'2..ahaksss. Lepas tu dikumpulkan semua ..( taklah semua, maybe satu dorm tu je dalam 20 orang ) dan kemudian membuka cerita2 hantu yang pernah berlaku di dorm dan kawasan sekolah tersebut...memang mengerikan menyebabkan malam tu ramai jugak yang tak dapat tidur... Dan cerita itu jugaklah yang sy ceritakan kepada junior2 bila mereka menjejaki asrama ...dan sehingga ke hari ni. Cerita tersebut tak ada yang berubah... Pasti sekolah anda jugak ada trend yang macam tu...ahaksss.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails