Monday, May 27, 2013

PELBAGAI KHASIAT JUS BUAH2AN DAN SAYURAN

Memang adat kita di Malaysia ni dapat menikmati minuman2 yang enak seperti teh tarik, abc, lai chi kang, cendol dan macam2 segala jenis minuman..yg pastinya kebanyakkannya manis..ahakss kalau terlebih manis pasti memudaratkan dan boleh membawa kepada penyakit kencing manis dan obesiti. Tahukah anda bahwa terdapat pelbagai jenis jus buah dan sayuran yang boleh mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit2 berbahaya jika kita mengekalkan kuantiti minuman jus tersebut secara berterusan dan buah2  serta sayuran tersebut antaranya boleh didapati di negara kita Malaysia...seperti bayam, soya bean, brocoli, taugeh, betik dan lain2. Anda boleh juga layari di blog Slimming and Sexy Blog yang banyak memberi petua2 tentang kesihatan dan cara2 mengurangkan berat badan secara semulajadi...
Sebagai contoh daun serai jika dibuat jus boleh membersihkan usus dan melancarkan perjalanan darah, dapat mengurangkan panas demam dan selsema serta melancarkan kelawasan. Daun pasly yang bersifat anti cancer jugak kalau dibuat minuman atau dicampur dengan jus buah yg lain dapat menguatkan fungsi limpa,  buah pinggang dan hati...Banyak lagi khasiat buah2an dan sayuran jka dibuat jus. Layari saja di blog Slimming and Sexy Blog.untuk mendapat pelbagai khasiat buah dan sayuran.

Sunday, May 26, 2013

PEKENA NASI KANDAR DI RESTORAN PELITA

Hari minggu yg lepas mood nak makan tu memang tak ada... Biasanya bila tiba weekend je dah tau dah kemana tujuan nak makan tapi minggu lepas blur sikit..So dalam blur2 tu tersinggah jugak sy di Restoran Pelita di Plaza Shah Alam atau Plaza Massalam dan kali ni sy pekena nasi kandar..Sy tambah lauk kambing dengan sotong serta sayur kacang panjang dan jugak teh tarik...Perghhh licin pinggan. Memang sekali sekala bila makan nasi kandar ni memang berselera sekali. 
Hari minggu tu jugak sy sempat membeli pokok bunga ros di SACC Mall. Walaupun kalau ikut daripada pengalaman yang lepas2, cuma pokok bunga ros aje yang sy rasa macam tak serasi ..asal tanam je mati asal tanam je mati pokok tu, tapi kali ni sy cuba sekali lagi..mana tau boleh tumbuh dengan mekarnya..So kali ini sy terus beli 3 warna iaitu kuning, pink dan merah...ahaksss. Nak tengok menjadi atau tidak, kita tengok dalam bebrapa minggu lagi..

PERGILAH KASIH - D'MASIV

Lagu pilihan Jomsantaisekejap bulan ini adalah lagu daripada kumpulan d'Masiv yang bertajuk Pergilah Kasih walaupun sebenarnya sy lebih suka versi original yang telah dinyanyikan oleh Chrisye namun sebab sekarang ni d'Masiv yang sedang mempromosikan lagu ini maka lagu inilah yg sy promote kan jugak..ahakss. Lirik lagu nya adalah seperti dibawah dan semuga anda semua terhibur.....
Pergilah Kasih
Tak pernah ku sangka ini terjadi
Kisah cinta yang suci ini
Kau tinggalkan begitu saja
Sekian lama kita berduaurtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Tak ku sangka cepat berlalu
Tuk mencari kesombongan diri
Lepas segala yang pernah kau ucapkan
Kau tinggalkan daku
Pergilah kasih kejarlah keinginanmu
Selagi masih ada waktu
Jangan hiraukan diriku
Aku rela berpisah demi untuk dirimu
Semoga tercapai segala keinginanmu

Thursday, May 9, 2013

TERINGAT KATA-KATA DR MAHATHIR....

Perjuangan yang belum selesai... Inilah kata2 Tun Dr Mahathir yang sentiasa terngiang2 di telinga sy sewaktu beliau mengucapkannya ketika Tun menjadi Perdana Menteri Malaysia dulu. PRU 13 sudah pun selesai, namun ada jugak pihak yang masih mempunyai agenda yang belum selesai... Jika orang2 melayu sesama sendiri berpecah belah, macam mana nak selesaikan perjuangan?
Pernah dulu sy menghadiri satu kursus motivasi dan diakhir kursus itu, kami semua di kumpulkan di sebuah dewan yang gelap gelita dan kemudian semua menyanyikan lagu Warisan sehinggakan belum pun lagu itu habis dinyanyikan, ada yang kedengaran teresak2 menangis...Untuk anda semua, hayatilah lirik lagu ini.

Warisan
Anak kecil main api, 
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Kitakan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa teruskan usaha
Kitakan gagah di nusantara

Monday, May 6, 2013

BUNGA ROS JEPUN SUDAH BERBUNGA

Kita lupakan pasal pilihanraya...walaupun ada unsur2 yang tidak sihat melibatkan isu2 perkauman mula menular membuatkan sy tertanya seketika, kenapa perlu  mengaitkan isu2 perkauman dan agama sedangkan perpaduan rakyat Malaysia sudah cukup harmoni? Kerajaan harus membuat sesuatu agar perkara2 yang melibatkan perkauman tidak menjadi lebih serius...
So berbalik kepada tajuk entry sy, dulu sy ada menceritakan tentang sy mula menyemai beberapa jenis warna bunga ros jepun yang sy tanam dalam pasu dan akhirnya bunga2 ros jepun itu sudah pun berbunga dan lebih cantik lagi bila bunganya keluar dengan pelbagai warna...seingat sy, sy menanam 7 atau 8 jenis warna dan setakat ini baru keluar 5 warna....so harap2 akan datang warna2 lain akan timbul. Antara warna2 yang sy semai adalah putih, pink, kuning, oren, merah, purple, gabungan putih dan pink dan kuning cerah...

Sunday, May 5, 2013

SELAMAT MENGUNDI RAKYAT MALAYSIA..

Hari ini adalah hari mengundi. Hari yang akan menentukan siapa yang akan memimpin negara kita dan menerajui rakyat pada 5 tahun akan datang..Hari ini jugak sy mempunyai ruang dan masa untuk mencoret sedikit entry pada blog sy yang dah berkurun tak singgah akibat kesibukan kerja.. Kak Ct pulak yang selalu singgah menyapa sebagaimana sy menyinggah blog dia masa dia menyepi dulu. Terimakasih banyak2 Kak Ct...Anyway, cakap pasal pilihanraya, ini adalah kali ke berapa ekkk sy mengundi? Lupa tapi rasanya mcam kali ke 3... Saat sy menulis entry ni sy masih belum keluar mengundi, biasanya sy pergi belah petang2 sikit masa tak ada orang...kalau tak kena beratur panjang... Dah macam nak beli tiket bas balik beraya pulak. Siapa yang akan sy pangkah? Sy bukan tengok parti..tapi sy lihat siapa yang boleh memberikan perpaduan dan keharmonian kepada negara kita...Cakap pasal benda yang mengarut2 sampai caci maki, kutuk mengutuk dan menjatuhkan maruah orang, tu semua bagi sy sesuatu yang tidak sihat...politic is politic.
Jadi bagi sy perpaduan serta keamanan negara dan keharmonian rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah lebih penting daripada agenda politik.. So Selamat mengundi dan mengundi lah dengan bijak demi masa depan negara kita... Malaysia yang tercinta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails