JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, April 11, 2013

BUFFET STEAMBOAT DI TUPAI-TUPAI SHAH ALAM

Buffet Steamboat di Tupai2 Shah Alam
Lambat sikit entry kali ni..sy dah postkan sipnosisnya di tweeter dulu sebab nak cerita2, panjang pulak, so tweet dululah...Lagipun, beberapa hari ni sy sakit satu badan, tambah pulak dengan sakit tekaknya, jadi beri kesan pada mood nak menaip...lebih2 lagi nak menaip panjang2.
Minggu lepas pada asalnya nak jugak mencantikkan halaman rumah sebab kebanyakkan pokok2 bunga yang sy tanam beberapa bulan lepas dah mula berbunga dengan banyaknya tapi sebab asyik hujan pada waktu petangnya, maka sy batalkanlah niat sy nak berkebun tu...
Anyway, pada malam beberapa hari yang lepas, sy sempat menikmati juadah buffet steamboat di Tupai2 Shah Alam, Seksyen 13 berdekatan dengan Giant Shah Alam... Masa sy datang dalam pukul 8 malam tu tak berapa ramai orang tapi bila sy dah duduk beberapa minit kemudian, tup2...sold out semua meja...perghh ramai betul. Secara am nya apa yang di hidangkan sama macam steamboat tempat2 lain, cuma sy rasa bahan2 seafood nya kurang sikit..( Sy lebih suka di Flamming Steamboat...ahakss) tapi untuk menikmati suasana di kawasan taman2 memang sesuai..tak rasa panas sangat sebab kawasan itu open air sikit... Harganya ialah RM29.90 untuk seorang.. Sebulan sekali nak rasa steamboat, bolehlah...

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails