Thursday, April 11, 2013

SUSAH UNTUK MENDUGA

Kadang2 susah untuk kita menduga sifat dan sikap seseorang samada rapat mahupun tidak dengan kita... Hari ni mood ok..esok lain pulak ceritanya. Hari ni diam, esok laju je cakap tak henti2. Itu orang yang kita nampak fizikalnya..apalagi dalam zaman internet yang berasaskan kawan2 daripada alam maya, lagilah susah untuk kita menjangkakan sifat sebenar seseorang...
Dulu ada jugak beberapa rakan bloggers yang kerap datang dan sempat jugak sy berchatting dengan diorang.. ada yang peramah dan ada yang cakap sepatah sepatah..tapi yang penting siratul rahim sesama rakan bloggers. Ada jugak yang sekali chat terus menghilang, padahal dia selalu singgah blogwalking..takkan sebab beberapa baris chatting terus aje dia menghilangkan diri..ahaksss Susah untuk kita menduga tapi itulah lumrah kehidupan manusia yang penuh tanda tanya....Kata orang tepuk dada tanya selera.

BUFFET STEAMBOAT DI TUPAI-TUPAI SHAH ALAM

Buffet Steamboat di Tupai2 Shah Alam
Lambat sikit entry kali ni..sy dah postkan sipnosisnya di tweeter dulu sebab nak cerita2, panjang pulak, so tweet dululah...Lagipun, beberapa hari ni sy sakit satu badan, tambah pulak dengan sakit tekaknya, jadi beri kesan pada mood nak menaip...lebih2 lagi nak menaip panjang2.
Minggu lepas pada asalnya nak jugak mencantikkan halaman rumah sebab kebanyakkan pokok2 bunga yang sy tanam beberapa bulan lepas dah mula berbunga dengan banyaknya tapi sebab asyik hujan pada waktu petangnya, maka sy batalkanlah niat sy nak berkebun tu...
Anyway, pada malam beberapa hari yang lepas, sy sempat menikmati juadah buffet steamboat di Tupai2 Shah Alam, Seksyen 13 berdekatan dengan Giant Shah Alam... Masa sy datang dalam pukul 8 malam tu tak berapa ramai orang tapi bila sy dah duduk beberapa minit kemudian, tup2...sold out semua meja...perghh ramai betul. Secara am nya apa yang di hidangkan sama macam steamboat tempat2 lain, cuma sy rasa bahan2 seafood nya kurang sikit..( Sy lebih suka di Flamming Steamboat...ahakss) tapi untuk menikmati suasana di kawasan taman2 memang sesuai..tak rasa panas sangat sebab kawasan itu open air sikit... Harganya ialah RM29.90 untuk seorang.. Sebulan sekali nak rasa steamboat, bolehlah...

Wednesday, April 10, 2013

BILA HUJAN DITENGAH MALAM..


Malam-malam macam ni kalau pekena air kopi secawan dengan roti bakar sambil menaip dan melihat hujan yang turun dengan lebatnya...Perghhh memang happening saat2 macam ni. Susah nak cari masa2 yang syahdu dan indah seperti malam ni...tu yang menaip pun laju je walaupun tak tahu apa yang ditaipnya tapi yang penting jalan. Dalam keadaan macam nilah jugak siapa yang pernah putus dan kecewa cinta akan mengenang kembali kisah2 lama... Sesiapa yang sedang berkasih akan mula merindu dan melontar pandangan di luar tingkap seolah2 boleh menembusi dan memandang pasangannya yang entah berada di mana2...Sesiapa yang terputus hubungan mula mengkhayalkan impian untuk bertemu semula bekas kekasihnya...semuanya hanya kerana hujan yang turun mencurah2 di waktu malam2 seperti malam ini..


HABIS POKOK BUNGA ..HUJAN DAH TURUN.

Pokok bunga ros jepun semakin byk berbunga
Disebabkan musim hujan lebat yang sentiasa turun setiap petang maka banyaklah pokok bunga yang sy tanam lintang pukang jadinya...dah tak macam pokok bunga terutama pokok bunga ros jepun yang sy tanam di tanah...tapi pokok yang sy tanam di pasu nampaknya semakin banyak berbunga namun setakat ni cuma warna pink, putih dan purple aje yang keluar...warna2 lain belum pulak sy nampak. Anyway harap2 kesemua tujuh warna tu dapat berbunga baru puas hati..ahaksss.
Satu lagi yang merisaukan sy ialah benih2 pokok roselle yang sy tanam masih belum tumbuh2.. Hujan yang turun mungkin jugak merosakkan benih2 pokok tersebut...pokok roselle yang sedia ada rasanya dah semakin tua...Harap2 dalam bany
ak2 benih tu ada yang tumbuh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails