JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, July 26, 2012

PENGAT TEPUNG GANDUM


Masa kecik2 dulu, salah satu juadah kegemaran sy adalah pengat tepung gandum yang selalu dibuat oleh mak sy. Kerja sy senang aje, uli tepung gandum tu jadikan bentuk bulat2 dan kemudian masukkan dalam air panas, bila terapung, terus masukkan dalam mangkuk..ahaksss. So resepi kali ni, kita buat pengat tepung gandum...mudah dan cepat!
Antara bahan-bahannya adalah:
Tepung gandum dalam 2 @ 3 cawan
Gula melaka - ikut tahap kemanisan yang anda suka
Santan 2 cawan atau 1 biji kelapa
Daun helai daun pandan diikat
Garam secukup rasa

Cara membuatnya. Gaul sebati tepung gandum, garam dan secawan air. Buat bentuk bulat2 atau ikut bentuk apa yang anda suka. Panaskan air dalam periuk atau kuali atau apa2 saja dan masukkan adunan tepung gandum tadi satu2. Angkat bila adunan itu timbul dan toskannya.
Kemudian masukkan santan, gula melaka, daun pandan dan garam secukup rasa dalam satu periuk atau kuali dan panaskan serta kacau sehingga gula melaka cair. Masukkan tepung gandum yang di tos tadi dan masak dalam 15 - 20 minit sambil sekali sekala kacau supaya santan tidak melekat atau berketul... Dah siap juadah pengat untuk berbuka puasa.

4 comments:

  1. KITE PUN SUKE NI..... MCM NAK WAT PULAK'

    ReplyDelete
  2. @YUNID@TI - Cubalah, lagi sedap kalau and campurkan sedikit bahan lain, lg pun senang dan mudah aje buatnya. Selamat mencuba

    ReplyDelete
  3. menariknye. awak2, kasi la resepi lagi :)

    dill.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails