JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, June 2, 2011

TERUS HILANG NGANTUK DIBUATNYA

Hari ni mata ngantuk sangat. Apa tidaknya semalam tidur pukul 4 pagi. Ada kerja sikit kena buat, jadi nak tak nak kenalah lupakan pasal malam yang nyaman, sejuk dek hujan dan bunyi katak2 menyanyi sumbang lagu tidurlah permaisuri. Bila pagi2 mengantuk, maka bukaklah radio waktu memandu ke office..tapi lagu rancak ke, lagu metal ke, mata tetap merah..tiba-tiba dalam dok tukar siaran radio, terdengar pulak pasal cerita bayi yang dicampak daripada tingkat 5 sehingga pecah kepala. What?!!! Dah gila ke diorang ni sampai main campak2 je bayi lelaki yang tak berdosa tu? Terus hilang ngantuk sy bila mendengar cerita pasal bayi tu. Ikut pada ceritanya, seorang lelaki mencampak dan mensasarkan tong sampah tetapi balingan nya tak betul lalu tersasar daripada tong sampah dan jatuh di atas simen jalan. Sedih betul. Makna perginya keperihatinan manusia sekarang? Dah banyak pertubuhan untuk bayi2 terbuang, remaja mengandung...pergi sajalah ke sana daripada membunuh nyawa yang tidak kenal apa2. Malas nak cakap apa dah...sedih teramat sangat.

9 comments:

  1. sudah tiada perikemanusiaan lagi. binatang pun sayangkan anak. dia lebih teruk dari binatang. moga bayi tu dirahmati Allah

    dill.

    ReplyDelete
  2. ni lah namanya akal letak kat lutut. bodo nak mapus, pastu gali je kubur, n masukkan mamat tuh teros. bangang...

    ReplyDelete
  3. sedih kan? saya pun sedih ngan orang2 yg macam tu. kalau ye pun dah tak nak baby tu, jangan la buat cam tu. Ingat baby tu sampah ke? haih! kalau letak kat depan rumah saya pun tak pe...

    ReplyDelete
  4. betul ke crita campak bayi tu...nampak sangat saya tak dengar berita...teruk betul dah fikiran manusia yang sudah hilang pertimbangan ni...sedihnya dengar...

    ReplyDelete
  5. Cuba kita pulak campak org lelaki yg cmpak baby tu dari tingka yg sama.... Sure best kan??? Ingat baby tu apa?? Sampah ke nk men campak2...

    Errrrr... Sorry.. ter emosi plk kt sini... Heehehh...

    ReplyDelete
  6. org tu giler ! die igt sampah ke men campak2 buang cmtu je..
    org berhati perut pun xde campak2 sampah dr tingkat atas ke bawah.. grrr...

    ReplyDelete
  7. manusia dah takder akal pikiran...
    iman dah lama lenyap tu...

    semoga tuan blog sehat sentiasa... :)

    ReplyDelete
  8. huhu..
    mmg sedih sgt2..
    npe la xde rase prihatin..

    ReplyDelete
  9. Sian kat baby tu kan.. huhuhu..

    Manusia akhir zaman semakin kejam..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails