JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, October 4, 2017

PETUA MENGGORENG KACANG TANAH

Dah lama jugak sy tak post entry petua ni samada dari segi masakan mahupun kesihatan... Kebetulan semalam sy menggoreng kacang untuk buat jajan bila santai2 tengok tv nanti..ada jugak benda nak kunyah..ahaksss. So teringatlah sy petua pasal menggoreng kacang tanah ni... Cara bagaimana nak menghasilkan kacang goreng yang sedap dan rangup. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali dan minyak tu janganlah banyak, kira cukup2 dengan kacang tanah yang hendak kita goreng.. kira cukup2 dapat menutupi kacang tanah tu. Kemudian masukkan kacang tanah tadi dan kacau sambil kita menekan2 kacang tanah tadi dengan sudip kita... Kita akan mendengar bunyi meletup2 hasil tekanan sudip tadi..terus menekan2 dan kacau sehingga bunyi letupan tu dah tak ada.... Terus kacau dan bila sudah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan ...pasti terasa keranggupannya. Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails