Thursday, August 6, 2015

LEPAS RAYA, OPEN HOUSELAH PULAK...

Memang kebiasaanlah, lepas je Hariraya, bermulalah musim open house.. Cuma tahun ni, sy rasa keghairahan orang untuk membuat open house tu memang nyata berkurangan. Kalau macam tahun2 lepas rasanya dalam seminggu tu adalah tak kurang 2,3 jemputan seminggu untuk open house tapi tahun ni seminggu mungkin ada 1 je.. Apalagi dengan kenaikan harga barang, harga minyak petrol (walaupun harga pasaran dunia menurun.... ahaksss ) dan dengan GST nya lagi, maka tak ramai yang 'berminat' nak buat open house.....
Minggu lepas sempat sy join open house aka open bank sebab yang buat tu yelah Bank Rakyat seluruh Malaysia diorang buat majlis makan2 raya..Masuk dalam Malaysia Book of Record. Sy masa tu dapat whatsapp dari kawan sy yang merupakan bekas pekerja Bank Rakyat yang memberitahu bahwa ada open house kat Bank Rakyat...Emm kebetulan, office sy tu jalan beberapa tapak je dah sampai..apalagi, tanpa membuang masa terus je pergi...ahakss kebetulan pulak waktu lunch masa tu. Macam2 juadah ada. Ada lontong, roti jala, nasi minyak, rojak, pelbagai kuih raya.....Tkasih ye Bank Rakyat.. Kalau boleh buatlah sebulan..Kan sebulan beraya..huhu.

4 comments:

  1. Biasalah,, raya kan sebulan.
    Btw, jemput la ke entry post kite pulak.. jangan lupa komen *dengan muka tak malu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...of coz nanti kita akan singgah balik... betul kan raya sebulan...

      Delete
  2. Replies
    1. Tulah...harap2 ada banyak lagi open house nak hujung2 syawal nanti...ahaksss

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails