JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, July 2, 2015

KISAH PILU DI BULAN RAMADHAN

Ehsan Google
Kisah ini berlaku lebih kurang 9 tahun yang lepas. Masa tu kira hujung-hujung bulan puasa dan sy sedang bermain bola bersama member-member yang tinggal di taman perumahan berdekatan... bagi peluh sikit sebelum berbuka puasa. Dalam sy dok main tu, sy ternampak ada seorang pak cik berkain pelikat sedang duduk dihujung taman sambil memerhatikan kami bermain... Hari esoknya pun pak cik tu masih duduk di tempat yang sama. Begitu jugak hari ketiga.. Hari keempat, sy memberanikan diri bersama seorang kawan sy pergi ke tempat pak cik tersebut...
"Assalamualaikum Pak Cik.." sy memberi salam sambil sy dan kawan sy menghulur tangan bersalam dengan pak cik tu.
"Waalaikumusallam.." jawab pak cik tu pendek.
"Pak cik tinggal kat sini ke?" tanya kawan sy pulak sambil mengesat peluh.
"Tak adalah nak.. Pak cik tengah tunggu anak pak cik main bola tu.." sambil pak cik tersebut melihat2 ke arah padang. Sy dan kawan sy jugak memerhati ke arah padang tapi tiada sesiapa yang ada. Semuanya sudah balik kerumah masing2 bagi persiapan berbuka puasa. Mungkin pak cik tu rabun agaknya...
Tiba-tiba Pak Cik tersebut mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. Sy dan kawan sy bertanya kan kepada pak cik tu apa yang berlaku. Pak cik hanya mengerang, Apa lagi, sy dan kawan sy cepat-cepat memapah pak cik tersebut menaiki kereta dan terus ke hospital yang berdekatan.
Sesampai je di hospital, pak cik tersebut terus di bawa ke bahagian kecemasan dan kemudian dalam sejam, seorang doktor mengesahkan bahwa pak cik tersebut mengidap kanser perut tahap kritikal dan perlu menjalani rawatan esoknya... Sy dan kawan sy pun pergilah menemui pak cik tu yang sudah ditempatkan di wad dan siasat punya siasat.....barulah sy tahu.
Rupa-rupanya beberapa bulan sebelum tu, pak cik ni telah ditinggalkan oleh anak dia di sebuah taman perumahan berdekatan dengan padang bola. Pada hari tu, anaknya menyuruh pak cik ni duduk disebuah kerusi sambil menunggu dia pergi bermain bola namun kemudian anak dia terus menghilangkan diri. Atas keperihatinan penduduk setempat, pak cik ni di bawa kerumah kebajikan orang-orang tua. Namun risau takut-takut anak dia datang menjemput dia di taman, maka pak cik ni nekad "lari" dan apabila terlihat ada taman dengan padang bola, terus pak cik ni duduk walaupun sebenarnya tempat pak cik tu ditinggalkan bukanlah di taman tempat sy dan kawan sy menemui pak cik ni..... Tersentak jugak sy mendengarnya. Selalu sy cuma baca paper hal2 sebegini, sekarang berlaku di depan mata...
Dipendekkan cerita, sehari sebelum Hariraya, sy dan kawan sy pergi ke hospital di mana pak cik ni menjalani pembedahan. Sesampainya di sana, sy pun bertanyakan kepada jururawat bertugas wad manakah pak cik tu berada, namun alangkah terkejutnya sy apabila jururawat itu memberitahu bahwa pak cik tersebut telah meninggal dunia 2 hari yang lepas dan jenazahnya telah pun di tuntut oleh keluarganya semalam. Siapa yang menuntutnya tidaklah sy tahu kerana jururawat tersebut menyuruh sy pergi ke bahagian pentadbiran jika ingin tahu...jadi sy fikir tak perlulah. Sy dan kawan sy pun terus masuk kekereta sambil terkedu sekejap... ternampak jelas airmata kawan sy hampir mahu menitis. Begitu jugak sy.. Tak sangka boleh terjadi sampai macam tu...... 
Malam tu, sesampai je sy ke kampung halaman sy, terus sy memeluk kedua ibubapa sy dengan erat.. seerat-eratnya sambil memohon maaf atas segala kesilapan dan menyatakan sayangnya sy kepada mereka... Ibubapa sy sedikit terkejut, tapi biarlah...


3 comments:

  1. mula2 gagah jugak....akhirnya kecundang jugak bila kakCT pun terpaksa seka airmata. dalam hati berkata...kalu benar ditinggalkan....sampai hati anak dia buat mcm tu kat orang tua...

    ReplyDelete
  2. Tahniah sebab jadi masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab. Kisah nie memang sedih T_T

    ReplyDelete
  3. Ada jugak orang yg buat camtu. :(

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails