JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, June 29, 2015

SAMPAINYA HATI....

Anak-anak satu amanah - Ehsan Google
Entah apalah yang nak jadi pada manusia sekarang ni... Semalam bila sy menonton berita dan terlihat pulak pasal kes budak kena dera, tulang rusok semua patah 13 pulak tu.. yang mendera tu pulak ahli keluarga sendiri ( bapa kandung dan ibu tiri ).. Macam mana boleh sampainya hati diorang ni nak mendera sampai ke tahap macam tu? Anak sendiri pulak... Tak faham..tak faham. Allah s.w.t telah mengamanahkan anak-anak untuk kita jaga dan bentuk, bukannya untuk didera atau dibuat sebagai hamba... Apa-apapun, semuga sesiapa yang bertanggungjawab tu dapat di bawa ke muka pengadilan.
Rasanya kes-kes mendera anak di Malaysia ni selalu berlaku tidak kiralah di dera oleh keluarga sendiri, pengasuh, orang gaji, saudara mara, tapi kejadian-kejadian ini sudah semakin kerap. Entah di mana silapnya hinggakan sifat-sifat kasih sayang seperti sudah hilang. Kadang-kadang tu disebabkan perkara-perkara macam ni selalu berlaku, sy sampai malas nak tengok berita... bukan lah tak nak tengok tapi tak sanggup kalau berita2 macam ni selalu keluar...tapi yelah kalau berita tak keluar, kat facebook, twitter, whatsapp... lagi laju dari berita kat tv...ahaksss.
Apa-apa pun, semuga gejala2 seperti ni dapatlah di hindari dan mereka-mereka ini mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t..... Amin.

2 comments:

  1. tak tahulah hati perut dia orang macam mana. kucing mati kena langgar pun kakCT hiba. sah dan sohih hasutan syaitonnirrajim.

    ReplyDelete
  2. manusia diberi akal dan perasaan. binatang mempunyai perasaan tapi berakalkah? kalau binatang menyayangi anaknya. Kenapa tidak kita, manusia yang diberi akal fikiran. Kesian kat si kecik yang tak berdosa tue..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails