JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Saturday, June 20, 2015

RESEPI PUDING KARAMEL


Antara salah satu kuih kegemaran sy sewaktu bulan puasa ni adalah karamel atau puding karamel. Kat bazaar Ramadhan memang selalu jugak kita nampak orang jual tapi harga nya boleh tahan mahal. Jadi daripada beli mahal, makan tak puas, apa kata kita buat je sendiri... dapat bedal sepinggan karamel.. ahaksss. Buatnya pun mudah sangat.........

Bahan-bahannya adalah:
3/4 - 1 cawan gula bergantung kepada kemanisan yang anda suka
4 - 5 biji telur
1 tin susu cair
sedikit esen vanilla
1- 1 1/2 cawan air
Cara memasaknya pun mudah. Mula-mula masukkan 3/4 cawan gula dalam kuali. Panaskan dalam api sederhana sehingga nampak keperangan dan kemudian masukkan air dalam 1/2 cawan dan kacau cepat-cepat dan kemudian masukkan air gula perang tadi kedalam acuan atau bekas ( yang akan dikukus nanti). Kalau bekas besar, boleh lah dituang semuanya tapi kalau bekas kecik, kenalah guna beberapa bekas... janji lapisan gula tu tidak terlalu tebal. (Nipis je macam dalam gambar)
Pukul 4 biji telur dalam bekas, perlahan-lahan sehingga sebati. Masukkan 1 tin susu cair kedalam periuk dan panaskan dalam api sederhana dan kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan lebih kurang 3 sudu besar gula dan 3/4 cawan air. Kacau sehingga gula larut dan kemudian padamkan api dan masukkan susu tersebut kedalam bekas berisi telur tadi dan kacau perlahan2. Kemudian anda boleh tapis untuk mendapatkan isi yang lembut. Kemudian masukkan acuan yang ditapis ini kedalam bekas yang berisi gula perang tadi dan kukus dalam 30 minit. Siap untuk dihidangkan...

3 comments:

  1. kuih feveret..nak buat sendiri xpandai..hehe..thank bg resepi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah je buatnya.. Tak sampai sejam pun... cubalah. Puas hati buat sendiri.. ahakss. kan kan kan

      Delete
  2. feveret saya ni. kat umah ni ada adik yg raji buat caramel puding ni..so saya makan je xyah buat.haha

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails