Wednesday, June 10, 2015

RESEPI KARIPAP KECIL INTI SERUNDING

Ahakkksss.. bila nak raya ni opsss bila nak puasa dulu hahaha... marah nanti cik akak dok sebut raya padahal puasa belum lagi. Macam biasalah blog ni pun sure secara amnya akan penuh dengan resepi2 tidak kira resepi sendiri mahupun yg sy google... Tapi kebiasaannya sy hanya akan google dan buat resepi2 yang mudah supaya semua boleh buat... yang lain tu bergantunglah pada anda untuk mengubahsuai mengikut citarasa sendiri....
So, walaupun belum lagi puasa, kita start dulu dengan resepi mudah karipap berintikan serunding, tak kiralah serunding daging atau ayam... biasanya yang sedap sikit serunding daging.
Bahan-bahannya adalah:
300gm tepung gandum
50gm -60gm butter yang dicairkan.
1/2 cawan air sejuk
Serunding daging atau ayam untuk inti karipap
garam secukup rasa... dalam 1/2 sudu kecil pun dah cukup.
Sedikit serbuk kari buat penyedap karipap... namapun ada pakai kari..ahaksss
Cara membuatnya pun sesenang sangat. Campurkan tepung, kari dan garam dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian tuangkan butter yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit. Kemudian tuang pula air sejuk sedikit demi sedikit sambil kita menguli adunan tadi sampai jadi doh dan rehatkan selama 15-30 minit. Lepas tu ambil doh tu dan buat kepingan bulat kecil sebagai kulit karipap ( boleh guna apa saja perkakas dapur anda yang bentuk bulat kecil....ahakksss) dan isikan dengan isi serunding dan kelim cantik2 ye... biar lagi selera anda nak makan. Lepas tu bolehlah digoreng.... mudah bukan.

11 comments:

  1. Popia karipap cute miut..sekali ngap..sambil senyum simpul..hihi.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni memang makanan untuk sekali ngap..nak2 depan tv. tau2 je dah habis..ahakkkss

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ini kuih raya feberet. Serunding ikan pun best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul... tapi sy kalau buat mmg tak sempat nak raya... ahaksss

      Delete
  4. Replies
    1. Hai Gee.... terimakasih kerana singgah. Nanti singgahlah lagi ye...

      Delete
  5. buat inti serunding ayam sedap ni huhu..tunggu org tu buatkan kat Sha la..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo nak ehhh... Bagi alamat nanti kita pos kan...ahaksss. Suka serunding ayam ehhh

      Delete
    2. uittt kalau bagi alamat kat sini kena serbu laa rumah Sha sebab tau ada orang nak pos karipap sedap kat kita..haha

      Delete
  6. Nie mmg pebre kalau time raya.. huhuuu wajib ada nie bila raya

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails