Friday, June 26, 2015

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU - RETRO

Pastinya bagi mereka yang mendapat pelepasan balik awal pada bulan puasa nanti akan menggunakan masa tersebut untuk memasak juadah berbuka puasa.. sy rasa pastinya bulan puasa ni blog ini pun akan ada banyak entry samada berbentuk resepi atau tempat2 untuk berbuka puasa..ahaksss. So kali ini sy mulakan dengan resepi yang agak mudah..pasti ramai yang boleh mencuba ini iaitu resepi Ikan Tenggiri Masak Taucu.
Antara bahan-bahannya adalah:
Ehsan Google
3 @ 4 keping ikan tenggiri ( Ikan lain pun boleh tapi sy selalu pakai ikan tenggiri)
1 peket taucu yang selalu jual kat kedai ( atau dalam 1/2 cawan taucu )
1/2 batang carrot di potong kecil.
1 sudu kecil kunyit
Garam,gula dan air secukup rasa.
Bahan-bahan untuk di mayang adalah:
3 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
2 biji cili merah di hiris panjang
2 biji cili hijau dihiris panjang
2 biji bawang besar dihiris kasar
1 batang serai.
Cara memasaknya. Pertamanya ikan tenggiri (setelah dibasuh) hendaklah di gaul dengan garam dan kunyit, di goreng dan kemudian di ketepikan. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan2 yang di mayang tadi sehingga naik bau. Masukkan taucu, air, carrot dan biarkan mendidih. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Setelah agak serasi dan sebati, masukkan ikan tenggiri yang sudah digoreng dan biarkan dalam seminit dua....Siap untuk dimakan.

4 comments:

  1. xprnh rasa lg masak taucu,slalu wt kari je..blh try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo boleh cuba..boleh cuba. Mana tau air tangan awak buat makin sedap rasanya.. kan..kan ..kan

      Delete
  2. Wooo.... nampak best.. tapi saya tak makan taucu.. nanti pening2.tapi cik suami suka.. boleh laa try nanti, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa ye ke tak makan..tak pe, janji boleh buat untuk cik suami...ahakss

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails