JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Saturday, June 27, 2015

MACAM TAK ADA RASA APA-APA.. KAN?

Suasan di Bazaar Ramadhan - Ehsan Google
Pejam celik pejam celik dah hari ke 9 kita berpuasa... Sy rasa puasa tahun 2015 nilah tahun yang macam tak ada rasa apa-apa... ahaksss. Maksud sy keseronokan tu kurang berbanding tahun2 yang terdahulu. Sehingga hari ni sy pun belum jejak lagi ke bazaar macam tahun2 lepas. Tak tahulah samada tak ada mood atau sebab tau harga barang yang dijual semuanya sudah naik.. yelah sana sini malah dalam berita pun ramai yang komen harga makanan yang di jual di bazaar Ramadhan rata-rata naik dan tidak berpatutan... alasan sudah pastilah disebabkan GST. 
Pada hujung minggu pun bila singgah ke mana-mana shopping kompleks terutamanya disekitar Shah Alam seperti Kompleks PKNS, SACC Mall, Plaza Shah Alam dan Alam Sentral, suasana masih agak lengang, belum ada orang yang berpusu2 untuk membeli persiapan puasa mahupun raya.. mungkin masih awal agaknya tapi jelas berbeza di bandingkan tahun2 sebelumnya bila sy dapat lihat minggu pertama saja sudah ramai yang berkunjung ke shopping kompleks... terutamanya ke kedai yang menjual pakaian baju raya dan kuih2 raya...
Nak raya ni pun tengah fikir berapa hari nak cuti... ahakssss.

4 comments:

  1. kekerapan ke bazaar ramadhan pun dah berkurang tahun ni.


    jemput singgah ke blogshop kami.
    kami menjual blouse, maxi dress & jubah yang cantik-cantik.
    kami turut menjual perfume original (tester & miniature).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah akan sy singgah balas nanti... memang kan dah berkurang keghairahan nak ke bazaar ...

      Delete
  2. belom ada yg kakCT beli juadah dari Bazaar Ramadhan sejak puasa pertama. sebabnya mcm tahun2 sudah, sampai ke pagi juadah yang dibeli senyum seringai dalam pinggan. tapi kalu jejakkan kaki ke Bazaar Ramadhan rasanya terjebak jugak. Nak elak dari termakan hasutan syaitonnirrajim...bawak duet RM10 hengget aje ... petua jauhi pembaziran.

    ReplyDelete
  3. kalau KP, mmg tak berapa suka pegi bazar... huhuuu tempat yg sesakkk berasak2

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails