JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, June 24, 2015

KISAH NAKAL DI BULAN RAMADHAN

Ehsan Google
Bila cakap pasal nakal ni... of cozlah ceritanya masa zaman budak2. Sy ni zaman budak2, bukanlah katogeri over nakal atau baik sangat, kira biasa-biasa aje. Ada masa nakal ada masa baik. Tapi kadang2 bergantung jugak dengan siapa kita berkawan. Kalau kita berkawan dengan kawan2 yang baik, baik lah jadinya. Bila kawan dengan yang kurang baik, maka macam tulah jugak kita sebab kita selalu akan join atau buat apa yang diorang buat... selalunya lah.
Salah satu kisah yang tak dapat sy lupakan ialah masa solat terawikh. Kira saat-saat yang memang kami nantikan kerana masa nilah dapat makan free setiap kali selesai solat terawikh. Macam2 juadah ada, almaklumlah ramai yang hantar kadang2 tu sampai tak larat dah nak kami makan sebab banyak sangat...bawak balik buat sahur...
Setiap kali bila orang mula solat terawikh, kami ( kenalah cakap kami sebab ramai lagi.. kalau tak, nampak sangat sy seorang yang nakal ) akan mula berjalan-jalan ke bahagian dapur surau, meninjau-ninjau apakah makanan yang ada untuk malam tu.. kadang2 sempat jugak kitaorang 'menjamah' satu dua kuih muih yang ada... kata orang jadi tester sedap ke tak.. ahakssss.
Bila dah survey semua makanan yang ada.. kitaorang pun baliklah semula ke saf yang belakang2.. biasalah, budak2 memang saf kat belakang sekali.. buat muka tak bersalah join balik solat terawikh.. masa tu memang tak kira berapa rakaat yang sempat kitaorang buat... huhu. 

6 comments:

  1. kalu sekarang buat lagi perangai cenggitu....mari sini kakCT rotan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..takut rotan tu je yang patah kak ct... Insya Allah dont worry kak Ct. adik kak ct ni budak baik sekarang..ahaksss

      Delete
  2. Nakal gak tuuu hahaha..sha time posa umo 11 taun pernah pukul budak laki sama kelas ngan batang penyapu..dah besar ni bila terkenang malu pulak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tahap nakal brutal dah tu... cian budak tu. Mesti budak tu ajak Sha kahwin ni sampai kena dera macam tu...ahaksss.

      Delete
  3. Zaman kanak-kanak dulu best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan...memang zaman kanak2 lah kita tak fikir apa2 sangat..ingat nak main-main.. nak enjoy.. nak makan..nak tidur..

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails