Monday, June 22, 2015

CINTA PANDANG PERTAMA DIBULAN RAMADHAN

"Kadangkala kita tidak tahu bila cinta itu akan datang. Kita tidak tahu dengan siapa kita bercinta....."
Perghhhh pembuka cerita macam tengok movie je...
Kisah ni kisah lama. Kisah semasa sy sedang belajar di UiTM. Sy ni dikatogerikan sebagai pelajar yang biasa2 aje.. result pun biasa2.. rupa biasa2... semua biasa2 aje.. ahaksss. Dalam dok biasa2 tu, sy memang minat sangat dengan seorang student yang sama batch dengan sy tapi dalam kursus yang berlainan... Dia ni memang top student.. cantik bertudung menjadi kegilaan bukan saja kawan2 satu batch, malah senior pun berebut2..dapat jadi abang angkat pun jadilah...ahaksss
Satu ketika, waktu tu bulan puasa. Sy sedang dalam perjalanan balik dari perpustakaan.. menapak dari perpustakaan ke hostel adalah dalam beberapa ratus meter. Dalam perjalanan keluar dari perpustakaan tu sy ditegur oleh seseorang....
"Assalamualaikum... Boleh mintak tolong?"
"Waalaikumusallam.... Nak mintak tolong aaaaaaa.... mintak tolong apa ye?" Sy terkedu sekejap bila yang menyapa sy tu adalah student yang sangat2 sy admire tu ..
walaupun dari jauh.
"Boleh tolong ambilkan beg sy tak kat loker.. Kawan sy tadi dia letak kat atas. Dia dah balik. Sy ni tak berapa tinggi nak ambik beg tu... Kawan sy tinggi."
"Ooooo boleh je.. kat mana?" Sambil dia menunjukkan di mana beg itu berada dan sy pun mengambilkannya....
"Ni nak balik hostel ke? Kejap lagi dah nak berbuka..." tanya sy tanpa malu walaupun sy ni pemalu.. ahakss.
"Ye.. kawan semua dah balik. Sy kena siapkan assignment.. tu yang kena tinggal ..." 
"Emm kalau macam tu nak sy temankan ke... lagipun satu jalan kan..?" muka tak malu sy semakin menjadi2.. yelah peluang tu sekali je kan.
"Emmmm bolehlah jugak... kalau tak sure ramai yang kacau.. tak suka" jawab dia pendek.... 
Sepanjang berjalan tu banyak jugak yang kami bualkan.. dalam beberapa minit sampailah di hadapan hostel student perempuan dan saat-saat indah pun berakhir.
"Terimakasih awk ye sebab tolong sy tadi dan escort sy balik..." 
"Sama-sama...bukan apa2 pun..benda kecik je... Sy sebenarnya pun dah lama........awak..ehh mana awak?"
"Allahuakhbar Allahuakhbar!" tiba2 kedengaran suara azan maghrib berkumandang.....
"Oiii JSS. Bangun. Dah maghrib ni... orang puasa jugak tapi tak adalah tidur memanjang. Lepas tu siap boleh senyum-senyum pulak tu... mimpi aweksss lah tu?"... kawan satu bilik mengejutkan sy dan dalam masa yang telah menghilangkan cerita cinta sy.... huhu.

10 comments:

  1. makhruh lah wei tido sampai azan maghrib. ish...ish...ish....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa kak ct, bukan sengaja pun..tak sedar.. orang tak kejutkan...ish ish ish..

      Delete
  2. haha. ini betul ke mimpi ni? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Tang yang minat tu memang betul... tapi yang lainnya cuma mimpi-mimpi. Tak pernah bercakap pun sampailah grad...huhu.

      Delete
  3. amboiiiiii..indahnya mimpi dia di bulan puasa..hahahaha..mesti selalu mimpi nora danish..kannnnnn ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... eh eh.. mana tahu? Oooo ni mesti selalu masuk dalam mimpi kita ni.. kan kan kan...

      Delete
    2. Ehemm..slalu gak...wakakakaka...sha pegang watak jahat lam mimpi tu..

      Delete
    3. Amboii..watak jahat. Heroin tak moo ke? Kan senang straight forward je cerita tu tak ada babak nangis, babak sedih..huhu

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails