JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, April 21, 2015

RESEPI KERABU PUCUK PAKU KELAPA MUDA

Tak sempat ambil gambar - Google
Beberapa hari ni cuaca panas betul.. Weekend lepas sampai habis stock air sejuk dalam peti ais, siap belum sempat sejuk pun dah kosong dah botol air dek sebab terlalu dahaga .... Ada sekali tu sy keluar nak pekena air kelapa, tengok2 dah habis.. kata penjual tu ada orang bolot sampai 30 biji kelapa. Last2 air kelapa tak ada, jelly kelapa pun jadilah...ahaksss
Cakap pasal kelapa ni, semalam sempatlah sy buat kerabu pucuk paku...campur jugak dengan kelapa muda nak bagi sejuk badan kan. So jom kita ke resepinya yang mudah sangat.
Bahan-bahannya adalah:
Se ikat pucuk paku dibersihkan dan dikukuskan sekejap dan potong ikut selera anda
Setengah biji isi kelapa muda dihiris nipis
50gm udang kering ditumbuk
3 biji cili merah ditumbuk
3 biji cili padi ditumbuk
Sedikit kunyit ditumbuk
Sedikit tauge.. dalam segenggam
2 @ 3 biji bawang merah dihiris halus
Air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
Sy suka part membuatnya..ahaksss. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati dan secukup rasa dan bolehlah dihidangkan

11 comments:

  1. Aummm kerabu pakis.. fav i ok...yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh ye ke? Kalau dapat pucuk paku yang muda dan lembut lagilah sedap rasanya..

      Delete
  2. Replies
    1. Nyum..nyum...cubalah nanti. simple je resepinya

      Delete
  3. Nak lg sedap kalau org buatkan..hahahaha

    ReplyDelete
  4. holaaaaaaaaaaaa! ^_^ ...wah simple je..senang nak buat..tapi..Sha malas nak try hehehe..nak minta tuan blog yg buatkan...boleh kannnnn hihihihi ^_^..

    ReplyDelete
  5. terima kasih infonya......
    sangat menarik dan bermamfaat.....
    mantap...

    ReplyDelete
  6. terima kasih infonya......
    sangat menarik dan bermamfaat.....
    mantap...

    ReplyDelete
  7. Kerabu pucuk paku salah satu hidangan wajib time berbuka pose dgn family... yummmmiii..
    Pissstttt... jgn selalu kn sngt ye minum ais. tak elok utk tekak..hehee

    ReplyDelete
  8. selalunya bulan pose mesti ada menu ni time berbuka

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails