JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, April 1, 2015

BILA HUJAN LEBAT...

Dalam petang 3,4 hari ni, sentiasa aje hujan lebat turun. Bukan hujan aje, siap dengan kilat petir sabung menyabung, guruh dentum berdentum dengan langit segelap tidak.... kadang2 tu terasa jugak macam nak.....huhuhu. 
Bila hujan2 lebat ni, teringatlah masa zaman budak2 dulu kat kampung.. Pantang hujan je mesti dah ready nak main hujan. Tak kiralah lari2 anak je ke, main sampan kertas ke, main bola ke..janji main dalam hujan. Masa tu tak nya fikir pasal demam ke, sakit ke, kotor ke... Zaman sekarang ni bukan setakat hujan, tempias hujan pun tak dapat nak rasa... dengan alasan nanti demam..ahaksss.
Bila hujan2 lebat ni, teringat jugak dengan kawan2 lama yang dah lama terpisah masa zaman sekolah2 dulu. Lost contact gitu. Kenangan pahit manis suka duka semua terpahat di hati, susah nak dilupakan biarpun zaman tu dah bertahun2 berlalu. Bak kata pepatah orang putih " Friendship remains forever"... 
Bila hujan2 lebat ni, teringat jugak masakan2 mak.. memang Best In The World. Apa tidak nya sejak dari lahir sehingga kita dewasa, air tangan mak lah yang kita rasa tiap2 hari... rindunya. 
Apa2 pun... semuga hujan2 lebat yang turun memberi kan kita seribu kerahmatan dan ketenangan. 

8 comments:

  1. Kat sini plak selalunya pagi panas.. petang hujan.. malam panas... cuaca malaysia... (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan... cuba nya dah elok sangat lah tu cuaca macam tu...

      Delete
  2. banyaknya terimbas pengalaman. sy tak terimbas pon, mungkin sbb time hujan lebat tu sy asyik tidur je. hehehe. sejuk meh :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...kalau dah tidur bukan setakat hujan lebat..guruh petir pun tak dengar..

      Delete
  3. alamak bila hujan saya tidoq hehehe

    ReplyDelete
  4. Sha dulu pantang dengar bunyi hujan, terus aje nak tidur. Dah macam lullaby pulak, ekeke :D

    ReplyDelete
  5. huhuuu masa kecik2 dulu bila hujan, mesti akan nyanyi lagu anak lembu...
    hujan lebat lebat, anak lembu lemas air... heheee

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails