Friday, March 6, 2015

PETUA MEMUTIHKAN KULIT CARA DULU2

Sekarang ni terlalu banyak produk2 untuk memutihkan kulit dan pastinya duta2 dia semua berkulit putih..ahakss. Kalau produk2 ubat gigi mesti gigi yang putih dan cantik. So kali ni kita guna petua2 tradisional dan langkah2 memutihkan muka cara mudah. Antaranya adalah:
1) Paling asas adalah minum air masak sekurang2nya 2 liter sehari bagi memastikan sistem dalaman badan kita dapat berfungsi dengan baik dan seterusnya membantu menggantikan sel2 darah yang mati.
2) Air limau nipis. Hiris limau nipis, dan sapukan airnya kepada kebahagian yang dikehendaki dan biarkan selama sejam dan lakukan seelok2nya sebelum tidur biar kulit kita segar dan harum masa nak tidur tu..ahaksss.
3) Tepung sagu juga ada digunakan untuk memutihkan terutamanya kepada muka kita. Hanya campurkan dengan air dan sapukan ke bahagian yang dikehendaki dan biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air bersih. 
4) Perahan lobak merah, limau nipis dan putih telur boleh jugak dijadikan mask muka sambil mencerahkan kulit. Lakukan seberapa kerap sehingga perubahan warna terjadi.
5) Ramai yang menggunakan taktik air beras iaitu dengan direndam bahagian yang dikehendaki dalam air beras. Air bilasan beras tu jangan dibuang sebaliknya di kumpulkan dan kemudian kita rendamkan kaki atau tangan atau bahagian yang nak kita putihkan. Lakukan tiap2 hari
6) Ada jugak petua dengan menggunakan kentang. Kentang yang sudah dikupas kemudian diblend lumat. Dicampurkan dengan madu dan disapukan ke muka atau bahagian yang dikehendaki dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan jugak tiap2 hari.. ahaksss.

11 comments:

  1. wahhh tuan punya blog buka SPA dah! hihi..kentang tu sayang laa kalau buat tempek kat muka..baik buat wedges..kan sedappp nyummm2 ^_^ (meleleh air liur dia laa tuuu)hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sekali sekala. Bukan selalu pun Sha. Kata orang kena jaga penampilan luar dalam..kan kan kan

      Delete
  2. ooo..yang paling senang minom air banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..ada orang minum air tu yang susah apalagi kalau air masak atau air mineral..yang tak ada rasa

      Delete
  3. Misaki pernah try ahahaha tapi tak putih pun cuma kuranglah burn and kulit jadi lembut sikit pastu malas try dah sebab renyah ahahaha...

    pst: sekarang popular betul produk kcolly yg putih tuh sampaikan putih melepak org yg memakainya.. tapi rasa seram nak try ahahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? agaknya kulit misaki ni dah putih kot tu yang memang tak jadi.. kan kan.
      Produk2 yang ada tu kalau kena dan sesuai dengan kulit rasanya tak ada masalah..

      Delete
    2. fufufu kalau betul putih takpe.. ahaha XD tak pun TT^TT
      takpelah.. bersyukur.. fufufu XD
      kan kan tapi takdak org yg mengadu lagi.. ahahahaha..

      Delete
  4. tah payah guna Qputeh pun boleh putih kan.. Huhuuu guna cara tdsional.. jimat duit... selamat dari bhan kimia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi rasanya kalau cik candy ni tak payah guna apa pun tak pe sebab dah putih..

      Delete
  5. Petua petua tradisional ni kena rajin buat baru nampak hasil. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul..sebab tu orang dulu2 dia buat sebagai amalan..selalu buat. Bukan bila dah kulit hitam atau berjeragat baru nak buat..sebab tu tak berhasil

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails