JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, March 9, 2015

MUDAHNYA HATIMU BERUBAH

Kadang-kadang keadaan sekeliling boleh mengubah sifat dan sikap kita samada luaran mahupun dalaman. Lebih2 lagi jika ianya melibatkan suasana kehidupan kotaraya. Kalau tidak  kuat iman, tidak kuat hati..selangkah saja kita masuk, pasti kita sudah bertukar menjadi orang yang bukan seperti diri kita dahulu.....
Dulu, sy adalah seorang kawan. Orangnya baik. Asal orang kampung dan dapat belajar ke IPTA sama2 dengan sy cuma dia ambik jurusan perniagaan. Dari awal sampai ke penghujung pengajian, sy rasa dia tidak pernah lupa asal usulnya. Sentiasa pakai apa yang ada, guna apa yang mampu, beli apa yang dapat dibeli. Tak lebih tak kurang. Setahun selepas dia berjaya masuk ke IPTA, tunang dia jugak sekampung, dapat masuk ke IPTA yang sama ambil jurusan akaun. Pada asalnya hubungan mereka baik, berjalan lancar. Mereka jarang bertemu kerana semasa di kampung pun kata kawan sy ni, mereka hanya bertemu di rumah keluarga perempuan. Jarang berjalan bersama mahupun berjumpa berdua namun kasih sayang antara mereka tidak pernah kurang....
Tapi lama kelamaan, tunangnya mula menjauhkan diri, bila cuti semester jarang pulang kekampung dengan alasan kerumah kawan untuk belajar. Bila dikampus, selalu tiada di hostel dan akhirnya tau2 kawan sy ni dapat perkhabaran daripada keluarganya yang pertunangannya telah diputuskan atas permintaan tunangnya walaupun keluarga tunangnya cuba membantah. 
Selidik punya selidik, rupa2nya tunangnya sudah ada orang lain.... "cepat benar hati dia berubah". Itu aje yang dapat sy dengar keluhan dr kawan sy...

8 comments:

  1. Seriaunya.. Hati manusia tak tetap.. terlalu mudah untuk berubah. tapi andai kata kalau betul sayang tu dibina atas dasar kejujuran dan keikhlasan pasti kesetiaan akan terpatri kukuh.. Maybe laaa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu cuma zaman sekarang ni bukan senang untuk berjumpa orang yang sebegitu.. dugaan dan cubaan sentiasa ada...kan kan kan

      Delete
  2. Banyak betul kes -kes berubah hati mcm ni sekarang.Aduhai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah selalu sangat sampai kadang2 tu kes patah hati ni dah jadi macam kebiasaan pulak.. lama2 feel untuk bercinta tu semakin longgar..huhu. jauh pulak perginya

      Delete
  3. wuuuuuwuuuuu...sedihnyaaaaa kisah cinta dorang ni...dia single lagi x skang??..hahahaha^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii...soalan belakang tu yang best tu... Masih single lagi Sha. Last sekali sy dengar dia bekerja di sekitar KL cuma sy tak tahu kat mana... sedih ehh? nnt kalau sy jumpa dia sy beritahu ye yang Sha sedih..huhu

      Delete
  4. ya Allah jauh kan lah . takut bila hati mudah berubah. -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. kadang2 bila dengar cerita orang..cerita kawan..takut pulak benda2 ni terjadi pada diri sendiri... mintak2 lah ianya tidak terjadi..

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails